Pages

Followers

31.1.11

Checklist

Okay nak buat checklist, since ibu dah call tadi.

1. Cincin - Done (lame dh Sepet beli.. )
2. Cup cakes- Done (weeee kak sya buatkan......  thanx kakak)
3. Cheese tart & Fruit Tart - Done (Thanx yun... cox sudi nak hantar sampai rumah on Thursday)
4. Baju & Tudung- thought nak pakai yang beli aritu, but then ibu ckp.. should buy yang lain.. so balik KL t akan g beli wif BFF, Ieja.. cant wait to meet her!)
5. Buah-buahan - Sponsor by Mak lang (thanx second mama)
6. Makan-makan- bab ni paling aku suka.. IBU & AYAH sponsor... (weeeeee...)
7. Jemputan ahli keluarga - Ibu already did... Thanx Ibu.. nak harapkan adik ni.. xsempatlah ibu... luv u!!
8. Baju Sepet - Hurmmm he told me that he will wear Renoma shirt kaler hijau jek. So, i kena cari baru baru pun  kaler hijau. Okay then.
9. Make Up - hahahhaah yang ni maybe.... aku kenalah bukak you tube.. or aku akan cari le sape2 yang boleh nak make up aku... (kak sya... how?? hahahha)
10. Goddie bag for pihak lelaki - Balik KL t akan aku usahakan... hehehhehe.... tinggal nak beli bekasnya jek...
 isinya ada sudah

P/S: Hati saya berbunga indah.. Auwwww! im in luv again!

Don't Trust Anybody.... Unless u know that they Luv u much as u do!

Jangan Percaya Sesiapa...

Why do I said so???

Sebab inilah kenyataannya. Kawan yang sepatutnya tempat anda meluahkan rasa, share anything yang boleh kita share (depends on kwn jugak), kadang-kadang boleh jadi musuh. Ini kira Musuh dalam selimutlah.kawan boleh bercerita, mengutuk anda dengan kawan yang lain. haihssss! Okay aku memang sangat marah sekarang. Aku bengang. Aku tak tahu nak luah kat siapa. So... Jalan terbaik adalah aku diam. Ye aku sememangnya perlu berhati-hati sekarang. Ramai sangat dah musuh dalam selimut sekarang. Aku tak tuju sapa-sapa, sapa yang buat... mungkin dia yang terasa.  Apa-apa pun boleh berlaku Ieka. Juz be Aware!


Well Darling!
Manusia ni macam-macam... So aku belajar 1 pendekatan yang Ahmad Dhani ajar.. "HADAPI DENGAN SENYUMAN..." . GTH la... aku tak mahu pedulik pendapat atau kutukan yang nak dilemparkan. What goes around comes around Darling!

I miss my family, I miss SEPET & his  two adorable sisters (Kak Sya & Intan), I Miss My BFF (Ayu, Ieja, Hana, Ecah, Nadlea, Shasha) & I miss My Bedroom!!


P/S: Ya Allah, Kau je tempat aku mengadu sekarang. Sesungguhnya, aku percaya, yang kau akan bayar Cash pada siapa saja yang menyakiti orang lain.

30.1.11

Taylor Swift - I'm Only Me When I'm With You [[Lyrics]]

Dear Sepet, Here.... i dedicated this song for you! Im only me when im with you <3 <3

Taylor Swift - Speak Now , lyrics

this is nice.... like it!

Kenapa Aku Menulis?

Kenapa aku menulis?

1. Aku menulis bukan sebab aku nak tunjuk bakat aku pandai menulis. Owh! itu sangatlah tak betul, sebab aku bukan sangat pandai pun dalam bab penulisan ni. Tapi, aku menulis sebab aku nak share nagn orang kat luar sana. Ye aku bukan artis.Tapi aku mahu share dengan anda. Dengan car ini, selain daripada aku dapat bertukar pendapat, dapat gak aku bantu orang kot2 diorang memerlukan idea. (hehehehhe... ntah.. aku mampu bagi idea yang bernas atau tak aku tak pasti).

2. Aku menulis sebab, blog ni dah macam tempat tuk aku luah aku punya rasa. kegembiraan yang aku nak share dengan pengunjung2 yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. Ahhh!! biaralah tak bagus pun.. well... some said... Practise make Prefaect. Itu yang aku tahu. Kalau hari2 kita duk skodeng blog orang lain & timba ilmu dan ambil pendapat dan tips yang mereka share kan.. aku yakin mampu tuk develop diri aku tuk jadi penulis yang baik.

3. Aku menulis sebab aku nk express ape aku rasa. instead dari aku g maki orang. tak salah aku luah kemarahan aku.. kesunggulan aku... kesedihan aku dlm blog aku sendiri. Depends la kalo orang nak cakap ape.. its better for you to rite anything u want.... dari ko pendam dalam hati then meletup.. blh kena sakit jantung. Tak mahu le lagu tu.

So.. nilah sebab aku menulis... sebenarnya banyak lagi.. tapi aku susah nak describe ngan kata-kata bestnya bila dapat menekan keyboard dengan lagu dan idea ko mencurah2 macam hujan turun atas atap rzink masuk dalam tempayan bekas orang cuci kaki. Okay enough merepek disitu ya ieka. hehehhe

P/S: Hari ni johor hujan jek.. aku pun... asik nak tarik selimut dan sambung tido lagi.. da.. :P

29.1.11

Apa buat anda happy?

Apa yang buat anda happy?
Pada aku, ada beberapa perkara yang buat aku happy dan aku buat aku tersenyum sepanjang hari. Bukan sepanajang hari aku rasa, tapi perkara-perkara itu mampu buat aku rasa diri aku palin bertuah.. ececehe... Okay apa yang buat aku happy? sila scroll bawah ye adik-adik...... weeeeeeeeee~

1. Aku sangat suka bila ada dekat dengan ibu dan ayah. Aku rasa secure bila dengan mereka (weh!! dah tentu2 lah tu mak ayah ko.. selamat sentiasa la.... ah! nak cakap gak, aku suka & happy bila dekat ngan parents aku)

2. Aku suka & happy bila kami semua berkumpul sedara mara. Macam-macam kami ceritakan. Dari zaman kecik samapailah cerita anak-anak (oooopppsss! buakan anak aku ye.. anak mereka.. )

3. Aku suka & happy bila dekat ngan SEPET! yes i am... sangat happy bila dekat ngan dia. Banyak yang kami share. Walaupun kami ni kadang-kadang gado.. Tapi hakikatnya, dalam hati ada taman yaw.. :P

4. Aku happy bila lepak ngan BFF aku, Ayu, Jijah, Hana, Ecah, Mimah, Ila, Shasha, Nad & Fad. Mereka sangat superb! Asik buat aku GELAK.

5. Aku happy lepak ngan kakak Sepet. Owh! she's got a beautiful heart. She's really nice... banyak yang awesome pasal dia. Tak boleh nak describe. Tuhan je yang tau dia sangat best! Luv ya kak sya!

6. Aku happy bila main game zuma.. wakakakak ni happy yang maksimum. Tiada tolok bandingan. heheheh

7.Aku happy bila kije semua dah siap dan aku boleh tidur dengan aman. 1 nikmat wooooooo... syiok sangat kalao dapat tidur tanpa gangguan kerja opis... hehehe

8. Aku happy bila dpt makn coklat!! wahahahahah... sangat happy dapat coklat.

So, nilah antara sebab yang boleh wat aku happy.. sebenarnya banyak lagi benda yang buat aku happy...  ni antaranya la.. okaylah... memandangkan aku kat ohor lagi.. dan arini sabtu.. tak kije... aku nak sambung tido...wakakakakak bye-bye..

P/S: Sy rindu la semua orang ....

28.1.11

27012011

Genap aku berusia 26 tahun pada tarikh itu...
Maaflah post ni lewat dari tarikhnya sebab aku sangat BiZi.. sangat Moody dan sgt XDAPAT internet kat tempat ni...
haish!!!..... dah tua dah aku ni. tapi.. aku happy... sebab pada usia ni aku bakal ada pasangan hidup.. wakakakak.. Sayang anda SPET dgn dahsyat. Aku tunggu kedatangan family Sepet on this Feb.. weeee... aku Happy!

Arghh!!! aku banyak kije ni... tapi dapat experience banyak sangat kat sini. Thanks BOS sebab bagi peluang kat Ieka. apa aku buat kat sini?? hahahah t aku story.. got to go darl!

P/S: Happy kot sbb user terima user manual hasil tangan aku tuk SugarCRM.. ;)

22.1.11

SugarCRM


Apa itu SugarCRM?

SugarCRM adalah 1 aplikasi yang memudahkan sesuatu organisasi untuk menyimpan dan mengumpul data "customers" sedia ada, akan datang atau yang lama didalam 1 sistem.

Ap bestnya SugarCRM ni?

Best sangat kalau orang bahagian marketing yag pakai, tapi in tak bermakna orang management atau finance atau sesape saja tak leh rasa ke "best" annya.

Aku cerita sikit la sistem ni (aku bukan lah org teknikal, bukan juga yang urusankan functional), aku hanya sceretary yang "kena amik tahu" flow sistem ni.

Sepanjang aku explore sistem ni... sgtlah friendly user. Sangat senang digunakan, dan aku sarankan la kepada company2 besar guna benda ni sbb, senang nak monitor semua aktiviti dlm marketing. Instead dr pakai excel jek. This one much better.

So, nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi company eNCoral Digital Solutions Sdn. Bhd., atau email jek kat training@nc.com.my. korang blh gak call training coordinator mereka... alah si Ieka tu.. kat 013-300 32 66.
Confirm dia tahu pasal benda ni sbb bos dia yang handle pjct SugarCRM ni, in the same time.. dia pun kena tahu sbb bos dia suro dia wat user manual tuk sistem ni. kira mcm sambil meyelam minum air.

P/S: training lain pun company provide. dari IT training hinggalah ke management training. Mintak je.. semua pun BEREH!

Terbang

Esok kami akan Terbang
Good Luck untuk kami
Doakan ya!

P/S: Gonna miss my SEPET!

21.1.11

Surprise

Gambar aku amik UMAR MUKHTAR punya.

im juz cant stop smiling...
owh!! he's really make me feel that i m the lucky gurl in the world...
who is HE??
HAFIZ
Thanx heart!!

i tau kita selalu gaduh lately ni...
tapi i tahu gak..
u never pendam dalam hati...
thanx for the surprise...
sy sgt teruja.
Speechless bila nampak kamu senyum dengan senyuman istimewa
masa jmpt sy pulang tadi...
Malu sy bila kamu panggil dan senyum..
rasa mcm anak dara 15tahun je tadi..
hehhehe... auwww*

Well, walaupun kamu tipu kata kamu kat site...
tapi sy dh maafkan
sbb sy lebih teruja bila nampak kamu depan opis dan senyum pada sy..
Kalau dh jadi husband ni..
mau shj sy terkam kamu....
sy terharu... kamu memang ada style la...
sentiasa steady.
Thanx heart... luv ya!

hati



~aku lemah tanpa kamu... ku mahumu dampingiku~
~aku faham.. aku bukan terbaik untuk dirimu~
~Sampai syurga ku menunggu.. ~
~sampai syurga kucintamu..~
~hanya kamu~

20.1.11

MIMPI

Semalam aku mimpi.... tak tahulah petanda baik atau buruk.. tapi mimpi tu buat aku senyum selebar-lebarnya. Mimpi apa?? Mimpi si Sepet dtg meminang aku. Temanya warna hijau daun pisang. Cantik aku dlm mimpi (biarlah walaupun hakikatnya aku biasa2 jek)..... Mengharap sangat ke aku? atau itu petanda tak baik? Entah aku pun xsure. (aku tak desperate.. tapi kan baik kalau ada ikatan.. aku dah 26.. im ready to have a family)

Well, smlm we got fight again. Banyak betul dugaan lately ni.. but honestly.. aku memang windu dia sangat (weh.. windu tak terucap). Dan semalam jugak something happen yang buatkan aku diam sangat2 dalam kereta. He asked for forgiveness & i forgive him.. seperti biasa. Maybe, dia terlalu marah kot time tu. Aku tak pasti.

So i just let the things happen mcm tu jek. Aku tak mahu pikir. Aku diamkan sahaja. Only Ieja (MyBFF) sahaja yang tahu what happened. I believe in her cox dia adalah penyimpan rahsia yang paling banyak setakat ini selain dari Ayu.

Aku mahu fokus on my work. Aku harap date 6hb February tu jadi no more Postponed.. i have a family yang perlu dijaga hatinya juga. Ibu & Ayah mahu ada ikatan supaya orang keliling tak lagi bercerita & menyibuk hal orang!  Kalau tak jadi lagi mungkin aku patut percaya itu adalah petunjuk yang kurang baikAku percaya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA 

18.1.11

Teringin

Hye all....
Hari ni post aku pasal aku teringin. Haaaaaaaa... jgn angpa semua nak pikiaq bukan 2 na..... Well, aku tak tahu mana datangnya hasrat ni, mana datangnya keiginan ni. Haish!! bukan pasai nak kawen la. Bukan.. ni pada diri aku.. hidup aku.

Sebelum ni, aku kurang jelas dengan apa yang bakal aku jadi in future, tapi.. lepas aku kije kat IT company ni (company aku sgt byk bg ilmu secara percuma kepada aku.. aku dari 0 pasal PC.. skunk dh ada gak knowledge.. Alhamdulillah).

So, memandangkan aku kije kat company IT, byklah mendorong aku kearah IT ni. Lately ni.. aku sgt2 teringin nak belajar basic technical pasal how to know ur laptop or PC.. dalam bahasa kasarnya, aku nak belajar mcmane nak format PC, macmane nak setting network, buat back up, recovery, and etc. ala... yg basic2... sekurang-kurangnya, aku blh la buat sendiri bila apa-apa jadi kat lappy aku yang comey ni... nghe...ngeh..ngeh (syg u Blacky!).

Lagipun, since aku dah terlibat dengan PJCT SugarCRM yang aku memang tak tahu apa2 ni.. at least arini aku dh belajar la sedikit 1 modul yang ada dlm UTMSugarCRM ni (thanks GF & GF.. ko memang cikgu terbaik! tak sabo nk belajar lagi!.. mcmane nk create admin.. hahahah... DIRA.. aku teringin nk belajar... basicnya)....

So, plz do pray for me k kwn2.. supaya otak aku ni mampu belajar semula. Gain new knowledge. Interesting rite?!! Gud Luck Me!

17.1.11

Mata IKAN a.k.a ulser mulut

Sangat Sakit...
lidah pun rase panas jek mcm luka
nak mkn susah...
minum pun pedih..
haih!

16.1.11

16012011

Tanggal 16012011- Genap sudah si Sepet berusia 26 tahun.



Selamat Ulangtahun Sayang,
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.
Semoga you diberi kesihatan yang baik untuk tempuh semua dugaan hidup yang selama ni buat you semakin matang.
26 bukanlah usia yang lewat untuk you mulakan semuanya.
26 juga bukanlah untuk you berhenti menjadi manusia paling memahami setakat ni.

Sorry sebab belum lagi sempat bagi hadiah,
Tapi... kamu tahukan walaupun takde hadiah yang berjuta-juta harganya,
I tetap sayang you, Insya Allah sampai bila-bila sekiranya kita ada jodoh.

Thanx for be here when I needed you so much,
Walaupun kita kadang-kadang bertegang urat,
Sedih dengan sikap masing-masing...
tapi I yakin, itulah proses tuk kita kenal hati budi masing-masing.

Happy bufday syg.
Have a Blast Bufday 
~kamu selalu shj ada dlm hati sy~

With Lots of luv,
~ieka a.ka. gemuk giler!
(he used to called me that.. tapi sy tak marah sbb... sy tahu dia bergurau tak smp dlm hati pun)

15.1.11

Untitle

Pernah dengar lagu "HADAPI DENGAN SENYUMAN" oleh Dewa19? aku... aku selalu dengar lagu itu tiap kali hati aku dirundum kesedihan. Banyak betul dalam lagu tu.. antaranya:

"Relakanlah sahaja ini....Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk Menang!..... "

Lagu ni indah pada aku. Lagu ni mampu menaikkan semangat orang yang sedang bersedih. Betul kata pencipta lagu ni, kita perlu hadapi semuanya dengan senyuman. Pahit macamana pun teruskanlah tersenyum. Aku akan pegang itu.

Ye hati aku kecewa sekarang. Ahmad Dhani tlg nyanyi lagu itu sehingga sy rasa lega okay. Okaylah aku nk sambung report. Aku nk abaikan orang yang buat aku sedih untuk kesekian kalinya. Bye.

Kenapa Perempuan Mudah menangis?

Kenapa Perempuan Mudah Menangis?

1. Hatinya kecil.. Egonya rendah...
2. Mudah tersentuh.. naluri perempuan memang begitu
3. Air mata boleh express apa yang dia rasa..
4. Dia lebih senang menangis dari meluahkan kata-kata yang bakal membuat pasangannya sedih.
5. Emosinya tinggi....
6. Penyimpan rasa yang banyak....
7. Salah org kadang-kadang dia balik yg kena.. (selalu pun mcm ni haih!)

Tapi apa jadi kalau perempuan itu berhenti menangis???? hatinya dh dirobek dengan banyak.... dia dh kuat... dia dh lali..... dia taknak rugikan air matanya untuk orang yang tak nampak kesungguhan dan kesetiaan dia dlm sesuatu hubungan... ITU LEBIH TERUK UNTUK KAU FAHAM DARIPADA KAU PUJUK DIA BILA KAU LUKAKAN HATINYA DAN DIA MENANGIS! Waktu ini.. dia akan terus menjauh!

P/S: aku tak minta byk... aku tak minta apa2... tapi kau dh anta begitu.... baiklah.. aku akan menjauh!
        jangan tny kenapa aku tak menangis lagi lepas ni.

Gf.. sweeet!

hey.... 1st GF....
u r such a sweet person....
thanx for sent me home yesterday...
well, thanx also to my 2nd GF for accompany us!....
okay. apakah??

owh! lupa.... a BIG thank kat encik yang memandu semalam....
Second GF call him MAT AYEEP!
Thanx Bro.... kalau lu takde smlm.. wa kena redah hujan lebat tu smp kerumah...
bersyukur sgt korang anta pulang!
tak tahu nak ckp pe... tp THANK YOU YAW!....

P/S: hey!!! cant wait to "lepak" together kat Johor... weeee~

14.1.11

Down

Hujan petang semalam..... 
Sama macam perasaan sy...


Seperti perumpamaan
"MELEPASKAN ANJING TERSEPIT.... AKHIRNYA KITA BALIK DIGIGIT"

Maksudnya:
"Anda selamatkan orang lain dari sesuatu situasi...
tapi...
Akhirnya.. anda balik yang terkena"
Manusia PELIK!

P/S: Akan groom diri sendiri 
menjadi org IT, marketing, management, training coordinator dan secretary pjct yang baik... 
ATAS KAKI SENDIRI! 
Sy buktikan pada awak!

11.1.11

26 is just a number

27 haribulan ni, secara officialnya, aku akan berumur 26 tahun. Tua ke?? aku rasa biasa jek biar berapa pun umur kita... hati tetap muda babe! hahahha....so.. apa penting sangat bila umur 26 tahun ni? entah.. aku rasa takde apa yang akan berubah. Hanya angka je lah bergerak 1 lagi. Yang lain masih sama.

Kekasih.. masih kekal dihati , SEPET. Kije masih tempat yang sama as Training Coordinator & Project Secretary. Gaji.. setakat ni masih belum naik.. Ada rezeki adalah perubahan. Ibu dan Ayah masih sama. Kwn2 masih sama dan semakin bertambah. Life semakin interesting. Apa lagi yang kurang? setakat ni Alhamdulillah aku happy dengan hidup aku. Cuma aku harus berubah menjadi Muslimah yang lebih baik (sila jangan lewatkan semayang ye!).

P/S: Tema PINK okay tak??? lepas selesai.. kita g camping nk tak?? hahahahha :P

10.1.11

Thanx GF!

Nothing else i can say..
But a BIG
Thank You to both of my Gf and Gf..
(Both of u know who u r)
i love it!
Woots*

P/S: Dira... anda hutang sy story of that MR. Teddy!
hahahha.... i tuntut t!!

9.1.11

Maybe.. February Awesome!

Ingat tak aku pernah kata kami POSTPONED pada entry yang lepas... Ala entry ni ha.....  Well, aku tak tahu sama ada aku patut senyum luas2 atau aku patut diam dan buat muka takde perasaan (weh!! im in love... & im totally sgt happy dlm hati arini!). Seriously masa aritu, aku agak sedikit frust (tak frust sgt bila pikir semuanya akan jadi baik2 sahaja). Dan..... petang tadi Sepet telah pun bagitau yang dia bakal dtg dengan familynya. So... bincang punya bincang, aku kata depends kat family dia. Tapi, kata Sepet mintak aku bagi date. Well... aku secara spontannya, sebut jek "kalo mcm tu 6hb Feb la blh?".. wakakakka.. Okay seriously masa tu aku tak teringat yang my Cuzzy pun nak tunang. Haih! (I lupa la angah u nk tunang..... sorry ek!)... so.. bila balik umah.. aku lupakan hal Sepet nak dtg.. wakakakak.. xmau dh excited2 lagi sbb... kang postponed lagi tak kuasa mak nk postponed lagi... mak dh gatai nak kawen ni. (Sepet sila bagi perhatian!).

Ngah aku sibuk2 duk membelek2 stock baru tuk kodai den ni ha, Hp bunyi. So aku angkat. Tengok2 Mak lang call. So... borak punya borak.. Mak lang cerita pasal Doctor gila yang buat dia sakit. Bengong doctor tu.. weh! ko belajar ape kat U dulu.. smp orang yang ada OA ko suro g berurut... kan dh jammed belakang bdn orang. Then senang2 ko bagi Painkiller! bengong!... (aku emosi sbb mak lang aku sekarang need to go back to Perak jalani sesi Akupantuer (betul ke aku eja?? arhhh! pedulikkan) sebab dia punya bahu til' tangan jammed akibat ikut nasihat doctor giler yang suro g berurut. Damn u!) ... okay back to my conversation with mak lang.... so borak punya borak.. mak lang tny... "did u already get ur date.... bila Sepet nk dtg?" (alamak...... huhuhuu)... "hurmmmm he stil discuss with his family.. once i got the date... ill updates all MD's family ya"..... then mak lang said okay.. tapi jangan lambat2.. tak elok. ( okay... Sepet...... my part settle.. ur part lak)... Actually bukan kami sengaja postponed... so many thing happened lately.... hope both of us pny family fhm (okay... suddenly aku nervous.. haih! ieka ko bukan nak kawen pun.... jangan nk poyo sgt!).....

Baju & cincin settle dah.. tudung ?? ala.. aku pakai jek shawl yang byk2 aku beli tu.. but t aku cari yang cantik2 punya.... benda2 lain tak payah!..... kami suka wat simple.. janji benda tu direstui!..... kami bukan nk wat besar2 pn.. juz between my family & his family.. tertutup... xde invitation,, xde mkn2.. xde.... tertutup nih.... (bukan xnk wat besar2... tapi alahai.. umah aku tak besar tuk wat majlis besar2 kata ibu.. so.. cukuplah sekadar dua2 family merestui.. itu dh cukup buat aku dan Sepet!).....

Plan untuk kawen?? hhahhaha bagi habis hal ini dulu... baru aku nk pikir kawen!..... tapi kalau ikut hormon gatai i ni... this year i nk kawen.. auwwww... hahahahah..... (jealous tgk kwn2 dh ade anak... lagi pun kalo dh nikah ni.. nk g mane b2 pun... xde rase risau dah..... dh halal!).....

So... jadi ke tak date yg aku porposed kat Sepet tu.. kita tunggu jelah nanti k. Any updates akan aku maklumkan kepada anda yang sudi membaca... (Sepet.. even kita kdg2 gado dan masam muka.. tapi i tak pernah rase menyesal untuk pilih u sebagai sebahagian dr hidup i... u r the most i wanted... do reember this! heart u!)

Okaylah.. nk siapkan kije opis... sok dh kije.. kena siapkan Gantt Chart.... Yang sebelum ni pny dah hilang masa Blacky sakit.. sedang pikir2 nk bwk Blacky ke tak..... rasa mcm mls.. tapi rasa mcm nk.. nantilah pikir. Daaaa....

P/S: February kan bulan cinta... hurmm itu kata orang putih.... tapi bulan February tahun ni.... bagi kite umat Islam adalah.... hari kelahiran Nabi Muhammad.... ;)

Sepet a.K.a Soulmate
Lelaki yang curi hati aku
tak yah pulangkan sbb
aku pun dah simpan hati
dia dlm poket aku

8.1.11

Inspired by Arxar

Arxar Si cantik yang buat aku kagum
"HP kita sama wooo"

Pernah korang tengok gadis cantik ni? dia ni blogger yang famous macam Fatin Liyana, Datin (bff FL) and dia juga kwn pada FL gak. Cantik wooo this gurl i loike.. selain FL, blog dia memang bagi aku rujukan yang baik pasal fesyen hijab... especially bila pakai shawl! both of them memang superb! (sy kagum dengan kecantikan anda berdua.. hey sape kate student medic tak leh melaram.. heheh tgk jek FL.. fuh!)

Aku tak kenal pun Arxar ni. Tapi aku ske bebenar tengok dia. Hey! dia penah keluar majalah DARA tau jangan memain k! Sicantik ni dari apa yang aku baca nk g belajar kat Penang (dear betul akak if akak silap ya).

So kalo korang nak tau pasal Arxar ni do visit her blog http://arxarnadhirah.blogspot.com/ seriously sgt cute ini sicantik pny blog.

P/S: agak2 Arxar bace tak entry aku wat khas tuk dia ni. Hope di baca. Daaa...

scar



~I tear my heart open, I sew myself shut
My weakness is that I care too much
And our scars remind us that the past is real
I tear my heart open just to feel~

~Papa Roach~

Perfect Nightmare...

Okay! honestlly.. im in lurve with this man... i dun mind to be hurt...

Sometimes we fight
Sometimes I cry
Why don't I
Just tell him goodbye
Sometimes I should
But sometimes I don't
Build up the strength to
Say that it's wrong
Sometimes I hate
Sometimes I love
Sometimes I hurt
Sometimes I don't
Sometimes I wait
For him to change
But it's okay
I've disguised the pain
And I don't ever wanna leave him alone
They say i'm brainwashed but i'm in love
With this man
Yeah

Keep telling myself that it's not worth it
I already know I don't deserve it
But if it's from you I don't mind hurting
This is my perfect nightmare
So when will I wake up and scream
No way
But if it's from you I don't mind hurting
This is my perfect nightmare
Perfect nightmare

Sometimes I keep my cool
Sometimes I let him know
Sometimes I even pack my bags to walk out the door
Sometimes I feel safe
Sometimes I really don't
Sometimes I promise that i'm ready to let him go
But I don't ever wanna leave him alone
They say i'm brainwashed but i'm in love
With this man

P/S: thanx to dearie cuzzy ,Along Farah for share this with me

A letter for U

Dear you,

did ever felt so depress with certain things?
did u ever felt so heartbreak with someone?
did u ever cry for someone?
did u ever felt  like i feel rite now?
i need a shoulder to cry on..
i need us back.. that i used to have before..
but lately... it seem like i have lost one...
im not sure that u felt like i feel rite now or not...

im kinda think that.. there's no more us lately...
only me.. where the hell u go??
where is the luv smile that u bring for me?
u make me feel like.....
i want to leave everything behind.. suddenly.. shit!
leave u all alone without me...
leave everything... leave us...
BUT i do have no strength....

Yes! I am heartbreak..  rite now...
im not asking for much...
i miss thinking of you damn much... but if u dun like it .... fine!
People change rite??
i cried so hard lately.... im trying to make everything okay...
i pretend to be okay in front of other... but the fact is... im not okay!
Is it Clear for u?? u break my heart.

 if u need me.. u know where to find me... i wanted to b next to you forever.
i might keep off my HP cox i need a space to b okay!......

P/S: Plz  do bring us back... air hujan diluar pun takkan boleh menghentikan tangisan sy.. sy belum pernah awak kecewakan mcm ini....
 (selama ni b***n anda sy tahan... what u r expect from me..?? u answer ur self.. im off... hati sy remuk mcm kertas lama arini!).

Sape nak jadi Model Untuk Aku?

Tengok itu tajuk...
hehehhe... aku plan next month nak start jual Shawl, Inner syria, Clip ribbon & accessory lain (had ni dah start.. modelnya aku sendiri). Plan juga nk jual cardigan... (pikir-pikir.. congak.. conggak.. hmmmm duit silalah byk bln depan ya). Alhamdulillah, setakat ni, permintaan dr kwn2 dan anda-anda yang melawat blog MyPineappleOnlineShop adalah baik. Thanx to all.

 So, sape nk jadi model sy?? huhuu.. bantu sy.. hadiah istimewa menanti anda nanti :)
Aku tak cari pun yang ala-ala Nasha Aziz... biasa-biasa mcm aku blh... yang mcmane pun aku okay aje.. kwn2 yang berminat atau anda-anda yang berminat.. bgtau kat aku k.. mungin kita boleh go for win-win situaton.. hope u all tak expect payment yang banyak.. cox aku memang tak mampu r nak byr ratus2 sangat dan ribu riban.... baru nk start wif my bussiness.... sedara-mara sgt2 dialu-alukan.. kakak & adik Sepet lagilah Ieka alu-alukan.. ngeeeeee~








P/S: Sila baca ini wahai org2 yang nk kutuk aku..... Aku syukur sbb Allah bagi aku cukup sifat. Even mungkin tak secantik model antarabangsa.. tapi who cares? Aku suka muka aku. LOL!

7.1.11

HIS Back!

Yipppieeee!!!
Blacky dh sihat.. Thanx to Dr. Shol.. for helping me today. Tolong back upkan file. Tolong rawat si Blacky yang hampir dicampak ke longkang akibat sakit. Thanx banyak2 ye... Menghabiskan masa 1 hari suntuk merawat Blacky kepunyaan aku.

For Blacky,

Jangan rosak lagi ye.. I tak boleh hidup kalau u takde. U r my second Soulmate. U dun worry.. i takkan bagi anasir-anasir virus huduh tu masuk dlm bdn u lagi k. So, untuk kebaikkan u, i akan guna u kat ruma h je. U nak tahu kenapa? sebab......


Taaaaraaaaa....


I dah ada PC ofis. heheheh...... so tak yah la u diserang virus lagi.. ringan sikit bahu i. heheheh So, syg i kat u tetap macam dulu k blacky syg!


Blacky masa sakit!

P/S: Sepet.. tapi syg u lebih!

SAKIT

Blacky sakit dan perlu dihantar ke Klinik.
Susah nak buat kije, everything was in HIM.
Report... Everything...
Im so Sad rite now....
Mana taknya... nak recovery tak boleh...
Restrore tak boleh..
Arghhhh!!!! stress... dan... haish...
Duit...
tapi tak blacky.. for u...
ill do anything cox u r my soul.. selain Sepet!

Sihat cepat ya SYG.. I need U every single minute in Office.
Plz.. plz.... sihat cepat k?
Hurmmmmmm :(

P/S: Aku tak layan dh perli-perli kau. Aku lebih risaukan si Blacky. pergilah M!

5.1.11

Stock




Yeah!! Accessory comel nak sampai dh!
~sila abaikan model cantik atau tak~
sila lawati MyPineappleShop untuk tempahan.

CEO share Video untuk Kami

Sila tekan Gambar ini untuk tumbesaran yang lebih baik!


Kalo nk tengok videonya, sila click disini William Li: Can we eat to starve cancer? | Video on TED.com

Aku saja nak share ape yang our CEO share arini.  Berguna tau untuk kita semua. Ilmu ni dan boleh dijadikan ikhtibar dan panduan untuk kita menjaga kesihatan. *Woots*

Selamat Menonton!

Brooch for sales!

Hallo!!

Just a simple update sebelum aku memulakan kije arini. hehehhe sempat lagikan?... Okay straight to the point tak mau pusing-pusing. Aku nak inform MyPineappleShop buat clearance stock brooch minggu ni. So, korang boleh dapatkan Baby Brooch & Medium Brooch dengan harga yang sangat murah (try cari kat tempat lain harga tu... mungkin tak dapat jep!) Sila scroll kat bawah.

Baby Brooch only RM 0.40 Per unit
( 3 Unit = RM 1.00)
SOLD OUT

Medium Brooch on RM 2.00 per unit
(3 Unit = RM 5.00)
SOLD OUT

So kalau korang nak brooch ni, blh la lawat MyPineappleShop arini, selagi stock masih ada. (hehehhe.... belilah ye kalau sudi..mekasih)

P/S: Tak lama lagi kami juga akan jual Shawl, Inner syria & Shawl Accessori! So rajin-rajin la lawat MyPineappleShop ya!

4.1.11

DUIT aku HILANG tanpa SEBAB & tanpa infom

Sekarang ni aku harus apakah?? mencarut.. memaki atau menjerit dan nangis teresak-esak smp datang balik duit tu. Haih! macamana duit dalam akaun hilang macam tu aje? Aku baru lepas check ye ahad lepas. Duit tu terduduk cantik jumlahnya dalam akaun aku. Tup.. Tup... aku nak bayar barang niaga tuk MyPineappleShop duit takde. Yang tinggal cuma RM 2.71!. (memaki dengan banyak).

Naik terbeliak keluar mata aku. Haih! mana pergi duit aku?!!!!!!!!!!!!!!!!! Bila check statement, tgk2 adalah kejadah ni keluar

Sila click tuk tumbesaran

Ntah bila-bila masa ntah aku g IOI MALL.. aku lalu isi myk ade lah. Tapi tak la smp beratus. Cuma RM 60 je kot.(Memaki lagi dengan lebih dahsyat). So, dengan hati yang marah dan bercampur sedih dan bengang yang tahap dewa. Aku pun call la Customer Service Maybank. Conversation aku bunyinya camni la:

Aku: Sy Zulaikha, sy nak check transaction account sy la. Sebab, seingat sy.. baki duit sy banyak lagi. Tapi, nape sy check kat Maybank2u tinggal RM 2.71 dan kenapa ada transaction di IOI MALL ye??

CS: Boleh sy dapatkan no kad ATM cik?

Aku: Boleh (bagi no ATM)

CS: ada phone banking service tak cik?

Aku: Takde.

CS: Kalo macam kami tak boleh bagitau maklumat transaction cik.

Aku: Erk?... takkan awak tak leh check? (pulak dh, dh aku bg no. ATM kad.. baru ko ckp takleh)

CS: Bukan tak leh check. Tapi system tak benarkan (Bukan ke benda sama tu ngok!). Harap cik  dapat dtg mane2 branch tuk selesaikan mslh ni. (kejadah ape ko ni?? agak2 la wey.. aku emergency ni. Duit aku tu. haih!)

Aku: hurmmmm takpelah. (Haih! bank lain okay jek.. asal la syarat ko mengarut smp cmni. Susahkan PELANGGAN je tau?)

So, aku letak then call Sepet (ye aku nk nagis dh. Mane taknya.. duit tu nak beli barang). Sepet sgtlah marah. (mana taknya... semua duit takde dh. Aku nak sara hidup cmne?) haih! Disebabkan tu, kami tegang urat. (okay off record.).

So, sok aku kena struggle sorg g Maybank (sape nk teman aku? halo2 aku t.) Sepet Bz (ok off record lagi).
Hati aku sedang hancur (duit hilang, Sepat marah, bengang dengan maybank jugak!). Nasib aku blh mintak tlg Maksu tersyg tuk checkkan dulu akaun aku B4 aku ke sana. Nak dapatkan details, if not aku parah dan akan rebah! (sekarang pun hampir muntah.. aku memang macam ni bila susah hati. Aku xde perasaan dan aku sangat kecewa).

P/S: Aku dapat orang yg wat transaction tu. Aku nak maki then ckp, "sy tak halalkan dunia akhirat."

3.1.11

HoYeaY!!!!!!

Senang dalam hati... balik2 umah dapat 1 surat. Mula-mula malas bukak. Sebab macam kad gores dan menang jek. Tapi, last2 aku bukak jugak tadi. Nak tahu ada ape??? wah!!!!!!! ta daaaa......

Sampul surat

Sabo...

Sabo...



Scroll bawah..


lagi...

lagi ckit....

hahahah

inilah dia!

Dapat Voucher dari Windy Jewellery
*Woot*
Bernilai RM 200 sempena Hari Jadi yang akan dtg.

Lalalalalalalala
Bagus ni, Sepet jom g kedai Windy, Beli cincin lagi!
hahahhaha......
Happy! Thanx Windy,

P/S: Voucher valid smp 28/2/2011
lalalalala 

DIRA

Si dira yang comey ni, plan nak kuruskan badan. So, she asked me to help her. Hahahah Dira ang percaya kat aku ka? No sweat dear! aku confirm tolong ko. Dah aku orderkan stock Herbalife tuk ko hehehe (orang lain kalo nak order pun, feel free to contact me ya!).

Dira, dun be so sad ya. Kalau ang serious bukan setaka saiz 29, saiz 26 pun ang bolh sarung pasni. Dengan syarat, ang DISIPLIN!. hehehehhe aku ni pun start diet balik dearie. hehehhe same2 kite diet pasni okay!

Dira... ko gumuks pun u look so cute. Biarlah orang nak kate ape pun, yang penting hati kita baik, ikhlas sudah. Ko jangan rasa down, jangan rendah diri. U go gurl! Size doesn't matter. Kalo ko happy ngan Ayep. How cares? Kalo dah Ayep okay je ko berisi, so what?... hehehe (ckp lebih, aku pun Sepet relax je aku gemuk dulu, tapi aku gak gatal nak join contest Herbalife.. nasib menang! thanx Sepet).

So, Dira... mari kita same2 usaha. Stock ko t aku bawak g opis once ko balik KL ya. Actually dh mula rindu kat ko & Ennie. Balik la cepat!!! :P

CLEARANCE STOK!!

Hello!!

Kawan-kawan aku nak bagitahu.. mulai esok MyPineappleShop (jualan scr ON9 kepunyaan sy dan Sepet) akan mengadakan Clearance stock tuk Brooch.

So sekiranya anda nak dapatkan Brooch serendah RM 0.50, silalah layari http://iekazakariashop.blogspot.com .
jangan lupa okay! Daaaa.....

P/S: mungkin kami akan ada stock terbaru dan mungkin barang baru. Tunggu!

Hari Pertama diPejabat tahun 2011

Hari ni Hari pertama kat opis untuk tahun 2011..Semua orang pun takde. Bos Takde sebab arinikan 1st day sekolah jadi Bos nak anta anak masuk sekolah darjah satu.Team member (Training) lain pun takde. Dua-dua pun sakit. MC. Jadi aku sorang-sorang kat tempat kami.

Kawan-kawan Team UTM ada. Tapi bakal takde jap lagi sebab nak berangkat ke Johor.
Tinggal la aku lagi. Haih! sangatlah tak best kejap lagi.

So aku pun focus buat translation untuk material .
Dari English ke Malay ye kawan-kawan. Sangatlah confius.
Tengah sibuk-sibuk baca ayat yang dh aku covert, (pakai converter kat PakGoogle),
Aku jumpa something yang wat aku rasa nak gila dan buat aku tergelak sorang-sorang sebab.
Apa taknya, sila korang baca bawah ni:

Ayat sebelum Convert:

Oracle Memory Structures (continued) 
With the dynamic SGA infrastructure, the size of the database buffer cache, the shared pool, the large pool, the Java pool, and the Streams pool changes without shutting down the instance. 

Ayat Selepas Convert:

Struktur memori Oracle (lanjutan) 
Dengan infrastruktur SGA dinamik, saiz buffer cache database, kolam renang bersama, kolam besar, kolam renang Jawa, dan perubahan kolam Streaming tanpa mematikan instance.


Tak ke korang rasa nak Smack Down je translator tu? haih! makin pening mak leha macam ni.

P/S: Ada sape2 teror nak wat translation tak? Meh tlg sy.

2.1.11

Shawl Tutorial #2

Hari ni aku terlebih rajin nak share shawl tutorial lagi ngan korang. Tutorial ni pun aku sonok2 jek nak share. Kalo korang nak baca, baca.. tak nak sila click butang X kat hujung kanan tu. hehehehhe... So, tutorial kali ni aku nak share pasal Shawl anting-anting. Are you ready guys??? let's do this! Aku takkan buat vedio sbb aku memang tak pandai wat vedio dan aku malu.

Cara Pakai Shawl Anting-anting (Crumple shawl/Gipsi Shawl)


1. Seperti biasa, mula-mula sekali kenalah sediakan barang-barangnya seperti Inner syria, Shawl anting2 dan pin keronsang.
2. setelah ada barang-barangnya, korang kenalah pakai inner syria tu dulu. Macam gambar kat bawah ni. Maaf ye kalo model yg dalam gambar ni agak tak cantik rupanya. (tak kisah .. aku bersyukur ada rupa sempurna).

Boleh pakai inner ikut kaler anda suka okay!

3. Selepas itu, adjust shawl anta, bahagi kepada dua. Make sure sebelah antara salah satu shawl tersebut adalah lebih pendek dari yang sebelah lagi. Sila lihat pict dibawah.

Tengokkan sebelah nampak anting-anting sebelah lagi panjang.
Kiri or kanan ikut keselesaan korang okay!

4. Selepas itu, pinkan dibahagian dagu secara kemas mengikut keselesaan anda juga. Sila tengok contoh dibawah ini.

Pin macm ni okay adik-adik!

5. Kemudian, tarik sebelah yang panjang tadi lilit dikepala.

a (1)

a (2)

a(3)

6. Setelah seleai dililitkan dikepala, bolehlah korang selitkan kat tepi pipi. Pada yang tak yakin takot shawl tercabut, boleh la korang pinkan secara kemas ditepi pipi tu ye.

Model sedang selitkan shawl dipipi. pewwwittt.

7. Akhir sekali adjust shawl agar kelihatan kemas dan selesa dipakai.


Sekian.

Sepet

Kamu tahu tak kamu sangat awesome?
Kamu tahu tak kamu sgt baik?
Kamu tahu tak kamu antara org penting dlm hidup sy?
Kamu tahu tak kamu ada family yang best?
Kamu tahu tak sy sgt selesa dengan mak, adik dan kakak serta abang kamu?
Kamu tahu tak sy sgt tak sabar nak jadi sebahagian dari hidup kamu?
Kamu tahu tak setiap kali kamu said I Love U kat sy... 
buat sy rase im the luckiest gurl in da whole world 
cox i have u?
I love u too... even more!

Itu je sy nak bgtau untuk Sepet.

Kamu tahu sy suka bila kamu buat muka GEDIX mcm ni. 
Buat hati sy berbunga-bunga =)


P/S: Ingat janji tadi ya. Kita usaha spy hujung tahun yang kita rancang berjalan lancar. Duit. Duit.

1.1.11

First Entry for 2011

HAPPY NEW YEAR!!
This post will be my First Entry for year 2011. Aku nak cerita pasal apa? Pasal orang-orang yang aku sayang yang lahir pada Bulan Januari.

1. Ayah
Dilahirkan pada tanggal 01/01/1959 kek Rombau Nogori Sombilan. Di bosarkan pun Kek Kampung Pulau Bongek Nogori Sombilan. He's the best father ever! My Hero forever! My Saviour, My Bf and My teacher!. Luv u ayah! Semoga 2011 ni memberikan lebih banyak keceriaan dan kebahagian untuk ayah! i will alwiz luv u and our luv will be last forever! mmmuahxxx.!

2. Ibu
Dilahirkan pada 13/01/1962 dekat Simpang Renggam Johor. Tapi Ibu i orang Melaka. U r the best mummy in the whole world! i swear! Sangat penyayang walaupun dia tak tunjuk directly. Dia tunjuk melalui cara yang kadang-kadang kita rasa biasa. But still dia ibu terbaik untuk aku! I love u IBU!

3. Sepet
Lelaki bermata sepet yang berjaya curi hati sy ni dilahirkan pada 16/01/1985. Lelaki ini sangat baik. Lelaki ini dh curi hati sy selama 7 tahun Dia simpan dlm poket hari-hari dan bawa kemana saja dia pergi. Sangat penyabar dan penyayang orangnya. Abang yang baik dan anak yang sgt setia pada mak dia. Aku sangat kagum dengan kekuatan yang dia ada tuk protect auntie and adik. Dear heart... if one day, u choose me as ur wife... i hope, i can be strong as u do.. and be protector to our lov, our family and maybe our child (Insya Allah). Harap 2011 ni, akan bagi kita lebih kebahagian. Bersyukur sangat kerana dlm byk2 perempuan didunia ni.. u choose me as ur Heart.. thanx lover.

4. My self
Aku, dilahirkan pada 27/01/2010. Aku sangat degil So., untuk itu aku berazam tuk jadi hamba yang baik kepada Tuhannya. Anak yang taat kepada Ibu Bapanya. Pecinta yang setia kepada kekasihnya. Ececeehhh... ayat tak tahan. Tapi itu yang aku harapkan. Insya Allah.

So.. anda ada keluarga yg lahir on Januari?? Selamat Hari Jadi untuk mereka dari aku. If kawen pasni.. blh la celebrate bufday berempat. Awesome!
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers