Pages

Followers

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

12.11.10

Macamana nak happy setiap hari?

Hey all.. have a nice day pees!! Have u  all already take ur breakfast? Jangan tak makan ok. Breakfast tu penting tau. Tak makan breakfast t sakit perut, then takde tenaga nak bekerja. At least, amik sekeping roti pun dah ok. Kalau yang jenis amk breakfast lak, jangan amik banyak-banyak sangat, t mengantuk pulak nak buat kerja kalau dah terlalu kenyang.

Ok, enough about breakfast.Let's move on wif our topic. Actually guys, i had a lil' secret nak share wif all my readers. (ada ke??... weeee~). Seriously, pernah tak korang terfikir sebenarnya apa yang kita buat hari-hari adalah kesinambungan daripada hari-hari yang semalam? So akan effect gak mud korang hari ini?? hehhe.. mesti selalukan?? So, macamana nak bagi korang lalui hari-hari yang baru tanpa rasa tak best yang semalam tu, takde lagi dalam hati. Secara tak langsungnya, korang boleh bekerja dan belajar dengan hati yang senang.



Tips yang aku nak share ni, adalah daripada pandangan aku sendiri. So kalau ada yang terkurang or tak kena, hope u all dapat bagi pendapat ye. ( im just want to share my point of view.. do not be too serious, it just my sharing is caring kan??). Ok, tutup iklan. Meh kita sama-sama review apa yang boleh bantu korang lalui hari-hari baru dengan mud yang BAIK PUNYA, walaupun kadang-kadang korang sedang melalui masa-masa sukar dengan orang-orang yang sukar. (Tunjuk jari kat sy sendiri).

Tips aku adalah seperti berikut:

1. Tinggalkan kenangan tak best semalam dengan memaafkan semua orang yang korang jumpa sebelum tidur.
2. Baca doa tidur sebelum tidur dan niat untuk mimpi yang indah-indah agar keesokkan harinya, mud korang akan baik dengan sendirinya.
3. Mandi dan anggap korang nak pergi bekerja seperti nak pergi dating dengan yang tercinta. Weeee... atau yang dah kawen tu, anggap macam korang nak pergi honeymoon ngan husband korang (yang had ni terpulang apa saja imaginasi yang membahagiakan korang)
4. Checklist (tak kisah la.. dalam otak ataupun ditulis atas kertas) tentang saki baki kije yang lum siap semalam.
5. Breakfast ( ini penting even kalo korang diet sekali pun : tunjuk diri sendiri lagi)
6. Siapkan saki baki kije yang mudah dulu dan kemudian baru yang senang sambil dengar muzik yang happy.
7. Mulakan segalanya dengan senyuman dan ucapan SELAMAT PAGI SEMUA. ^__^
8. Sekiranya korang perlu bertemu dengan orang-orang yang SUKAR, kuatkan semangat dan niat jangan hilangkan mood walaupun, dia buat korang rasa mcm nak bunuh orang.
9. Hargai hari korang. setiap saat perlu gunakan dengan baik.
10. Jangan spoiled kan mood korang walaupun ada sesetengah orang cuba menjadikan korang hilang mood dan rasa tak best langsung arini. Atasinya dengan berfikir sekejap dalam 5 minit, dan mulakan semula kije dengan senyuman. Confirm korang akan rasa lega.
11. Perkataan YES sematkan dalam diri. YES untuk kata AKU BOLEH!! walaupun korang rasa tak yakin, tapi bila ada motivation tuk diri kan sedikit sebanyak akan bantu korang.
12. Sebelum balik, review balik kije apa yang nak kena buat esok. Sekurang-kurangnya ini akan mmbantu korang tuk hadapi hari esok dengan lebih baik.

So, ini sahaja tips daripada aku. Aku bukan pakar motivasi. Dah aku katakan, tips ni hanya MY POINT OF VIEW je, mana yang terkurang maaf ya. Maybe korang boleh bagi pendapat, sama-sama kita boleh improvekan??so.. See ya later. Sekian.

P/S: hidup akan lebih senang kalau kita sentiasa bersyukur dan hari-hari belajar perbaiki diri.

1.11.10

Mari Hilangkan Stress

Memandangkan lately ni, aku selalu stress bila kat tempat kerja. So, aku rasa, aku patut cari cara untuk hilangkan stress tu. So, disini aku sharekan dimana, terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
3) Banyakkan Solat Sunat
4) Selalu berdoa kepada Allah
5) Bersangka baik dengan Allah
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
8) Luahan Hati
9) Hargai kebolehan diri sendiri
10) Cintai diri sendiri

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang kalau kita sentiasa membiasakan diri dengan mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Baguskan?? patut amalkan ni.. Supaya aku jadi orang yang lebih byk bersabar. Wudukkan antara cara untuk kita sejukkan hati yang tengah panas. Untuk student plak,  korang juga digalakkan membiasakan diri dengan mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.Insya Allah.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ha.. Yang ni memang jarang orang lakukan. Termasuklah aku. Jadi perlu la praktikkan balik benda ni. tips berguna ni. Bukan sahaja dapat ketenangan malah, ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. So mulai sekarang,  mari kita semua jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. (gud tips)

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.(gud tips)

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis. So, lepas ni blh u all sama-sama join i diet! (gud tips)

8) Luahan Hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain, hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. Just smile!

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. Biar apa pun orang kata. Kita buat bodoh jek. Yang penting, mana kritikan yang baik kita amik, yang cuba melemahkan tu, kita doa byk2 kat Allah. Well, doa orang teraniaya selalu dimakbulkan. Insya Allah.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. Sabar tu separuh daripada imankan. Sabar jelah.

16.10.10

Galak

Hujung minggu yang aku rasa indah, bila sampai hujung petangnya, aku mula rasa bosan. Nak workout, baru lepas aku buat tadi, nak tido, aku takut GEMUK. Ok, gemuk adalah perkataan yang sensitip untuk aku sekarang. Aku tak mahu lagi gemuk. Aku serik diejek dan diumpat malah dikutuk depan-depan. *fikir dan mengimbas*. Benda-benda ni buat aku makin semangat nk turunkan berat badan. Aku nk buktikan pada orang yang pernah mengata aku depan-depan tu yang aku mampu jadi kurus. (Ibu pesan jangan ejek orang, nanti diri sendiri kena... dan orang itu kini makin gemuk) . Ok, off the record, aku tak peduli hal dia.

Aku sangat galak menurunkan berat badan sekarang. Aku tak nak sekurus Paris Hilton. No way! Tapi, aku mahu kurus cantik macam Nasha Aziz ke, Maya Karin ke. *berangan* So, dalam bosan-bosan ni, aku cari tips diet yang seimbang. Walaupun aku dh pun ada supplement yang membantu. Tapi, tak salah kalau aku cari tips yang blh membantukan.. *bernas dan seyum seorang*

Ok, apa yang patut aku lakukan untuk make sure yang aku akan kurus dan maintainkan bentuk badan yang cantik? inilah tipsnya.

1. Berat badan

Ketahui berat badan terkini kita. Korang kena tahu berat badan korang yang terkini. Tapi,janganlah pulak hari-hari korang timbang. Tu akan menyebabkan korang cepat putus asa nak memulakan diet. Time terbaik untuk timbang adalah 2 minggu sekali. Ok, bila dah tahu berat badan terkini, korang try kira BMI korang. setahu aku kalau 19.0 hingga 25.0 tu adalah BMI untuk normal weight. Kalau kurang 19.0 tu dah kire kurang berat. Kalau lebih 25.0 pulak dh overweight. So, dr situ korang boleh tahu yang korang ni Obesiti ke tidak. Dengan cara ni, dapatlah bantu korang control pemakanan dan capai target berat yang diidamkan. Semangat kena kuat. Jangan cepat mengalah. Perut kena kasi control. Itu pun kalau korang betul-betul nak kurus. Tips paling utama, jangan timbang berat badan selepas makan, jogging ataupun hari-hari. Confirm korang akan rasa down sebab korang tak nampak perubahan. So, aktiviti diet pun terbantut. Maka, hajat dihati tak mampu diteruskan. Banyak makan lagi adalah sebab kecewa.

2. Cara pemakanan


Cara pemakanan seseorang akan mempengaruhi kenaikkan berat badan seseorang tu. Sekarang ni, macam2 makan yang sedap ada kat M'sia ni. Daripada Nasi lemak hinggalah ke Chicken chop. Korang bayangkan, kalau hari-hari kita makan, breakfast nasi lemak, lunch dengan nasi berlauk ayam, daging atau seafood, then minum petang dengan kuih seperti seri muka, pulut panggang dan sebagainya. Dinner pulak dengan mee goreng tak pun fast food, bila masa perut kita nak rehat? Kalau kita kerja sebagai CONTRACTOR binaan, boleh dimaafkan kalau kita makan byk2 ni. Tapi, kalau kerja kita mengadap laptop 24 jam, tanpa aktiviti yang cergas, mana pergi makanan tu semua kalo tak menjadi lemak. Sebab tu dalam masa 1 bulan je kita mampu naikkan berat badan dengan cepat. Ingat tu.
So, apa nak dilakukan, ialah kita kena tahu tahap metabolisme kita. Samada tahap metabolisme kita ni rendah atau tinggi. Kalau rendah, so kita perlu contol sikit pemakanan kita tu. Kena balance. 1 hari makan 1 kali je benda yang berat. Pada aku better breakfast yang berat, sebab kita memerlukan tenaga untuk berfikir pada belah pagi. Lunch pulak boleh ambil yang ringan sedikit. Dan makan mlm lebih ringan kerana kita tak gunakan byk tenaga ketika itu. So, rajin2 search apa yang baik dan tidak untuk dapatkan diet yang balance.

3. Target biar smart


Kalau korang nak kurus ni, janganlah letak target yang melampau-lampau pulak.Contohnya, berat korang 70KG, then korang berharap sangat dalam masa sebulan korang capai target 48KG. Agak-agaklahkan. Jangan obses sangat. Bak kata orang, biar lambat. asal selamat. Iyurp. Biar lambat proses penurunan berat badan tu, asalkan, korang hidup secara sihat. Tak seksa badan sendiri. So, kena relevan. Mungkin korang boleh letak. Sebulan turun 4KG ke. Mean 1 minggu 1KGturun. Ok apa, menjelang 3 bulan dh 12 KG turun tanpa korang seksa badan sendiri. Kan lebih bagus. Tapi, jangan plak hangat-hangat tahi ayam jek. 1 2 hari jek berazam nak kurus. masuk hari ketiga, hampeh. Balun balik makanan yang boleh menyebabkana aktiviti diet korang terbantut. So, semnagat dan target tu penting ok.

4. Exercise atau Bersenam

Kalau korang nak tahu exercise ni penting untuk kita semua. Bukan sekadar nak bantu turunkan berat badan, malah membantu kita untuk tingkatkan metabolisme. Taklah kita tercungap-cungap naik tangga kan? Lagi satu dengan exercise kita juga boleh mengawal rasa stress. Kita akan lebih positif dalam apa jua yang kita lakukan. Dengan exercise kita boleh melupakan kesedihan dan kekecewaan. Baguskan? So, rajin-rajinlah bersenam. biar badan tu Fit, nak pakai apa pun cantik. Bukan lama pun, 1 hari 15 minit pun dah cukup. Biar badan tu cergas sikit bila bangun dari tidur. Taklah rasa letih sentiasa.Hati pun rasa lebih selesa. Dengan exersice dapatlah kita lupakan rasa tension dan kerja yang melambak-lambak tu. apa salahnya kalau ada masa hujung minggu tu kita pergi exercise. Dapat jogging 1 round padang pun kira ok apa. Janji peluh keluar. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerja diopis. Aktiviti ni memang sesuai untuk bantu korang turunkan berat badan dan hilangkan stress. aku dan mencubanya, korang bila lagi.

5. Supplement
Ok, Supplement ni bukan wajib pun. Tak amik pun tak apa. Tapi, bagi sesiapa yang amik, aku nasihatkan, korang jangan letak harapan tinggi. Korang jangan terlalu obses untuk cepat kurus. boleh amik supplement. Sebab aku sendiri amik supplement. Tapi, supplement tak membantu korang kalau korang pun tak disiplin. Sekurang-kurangnya korang kena amik masa 3 bulan untuk rasa perubahan supplement tu. Percayalah, 3 bulan tu baru korang boleh namapak perubahannya Tapi kalau korang juz hadap supplement jek, tak makan benda lain maybe korang berjaya dapat target yang diidamkan dalam masa sebulan, akan tetapi.... bila korang berhenti secara mendadak korang akan naikkan berat badan korang 2 kali ganda dari yang seadanya, sebab korang akan sentiasa rasa lapar. Mean korang diet tak sihat la. Tapi, kalau amik supplement and control makan dan workout, korang akan berjaya maintain nanti insyallah.

So, itulah 5 Tips yang aku boleh bagi. Untuk tips-tips yang lain akan aku update dari semasa ke semasa. Aku pun baru lepas workout. Dan aku nak pergi mandi, sebab peluhpun dah kering. Nak g lepak borak-borak dengan ayah memandangkan ibu takde. Ya, maklumlah aku anak perempuan tunggal. Jadi, aku banyak spend masa dengan mereka bila weekend menjelma. Aku manja. Sekian.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers