Pages

Followers

Showing posts with label HIDUP. Show all posts
Showing posts with label HIDUP. Show all posts

10.6.11

Latest Me


This is me.
This picture I juz took half an hour ago.
The reason that I took this picture adalah kerana..
tak mahu orang kat KL rindu.
hahahaha. Ada ke??
Even though tak ade pun, I still wanna post this pict.
*do i look i little bit slim?*
Na... ah!


This is me again.
Nak bagitahu, baju ni dh tak ketat.
dah longgar.
Mr.Sepet sila amik perhatian.

okay cuba bandingkan dengan pict before aku ke JB

muka orang happy dapat jumpa Mr.Sepet.
huh!

Reason aku post benda ni sebab nak bagitahu, aku lebih suka muka before pergi JB.
Lebih Ikhlas.
hahahah.

*owh! i miss those hot people*
*kak Sya*
*Mr.Sepet*
*Fad*
*Hanna*
*Ieja*
Cepatlah July... I need them!

7.6.11

Sebelum Puan

Hallooooo...........

Since lagi lima bulan nak bertukar menjadi puan (Galak betul ko kan ieka?? ). So aku adalah beberapa perkara yang aku mahu lakukan sebelum aku bergelar Puan. Ehem.. ehem... bukan untuk orang lain. Tapi tuk diri aku sendiri. Duit simpanan semakin hari semakin menipis akibat membeli belah yang dahsyat sejak dua menjak nak bergelar Puan ni. Tapi aku tak regret sebab rezeki Allah bagi sentiasa Alhamdulillah mencukupi. 

So, sebelum aku nk bergelar puan kepada Mr.Sepet ni, aku mahu sesuatu untuk diri aku sendiri. Well, hanya ada lima bulan je lagi tuk aku realisasikan hasrat dan keinginan aku. 

Memula sekali aku nak kuruskan badan betul-betul. Ye sejak aku di Johor ni, aku rajin ke gym. Ye, gym ye kawan-kawan. Bukan pegi makan-makan ya. Berlari diatas treat mill *adakah ejaan betul??* So, focus aku before aku punya Pre-Big Day.. *Ade ke?? Sape nak amikkan??.. kakak sepet nk tak?? hehehehhe* aku mahu kurus secantik Irma Hasmie. Sekarang pun selain berlari-lari dan bergerak2 di gym. Aku amalkan puasa setiap hari. Motifnya?? hahahahhaha selain ganti puasa, boleh jugak aku rehatkan sel-sel dalam badan ni, cuci perut dan usus perut ni dan jimat duit makan.. nak tahu kenapa?? sebab aku sangat rajin memasak di Johor ni. hahah percaya tak?? *wink*

Keduanya, nak celebrate raya dengan meriah sgt2 tahun ni. Yelah, nanti dh jadi
puan, confirm kena gilir-gilir.. ngeeeee..... Memandangkan aku ni "Daddy's little Girl" sangat haruslah aku celebrate dengan meriah tahun ni. Huhuhu last raya sebagai orang bujang. So, tahun ni aku mahu plan pakai baju colour Oren. Motifnya?? sebab aku tak pernah ada baju kaler Oren... hehehehehhe.

Ketiga, aku nak beli kenderaan sendiri. Tahu ape tu kenderaan?? hahahhahhah alat untuk ditunggang atau dipandu. hehehe..... Yurp.. dh survey..juz wait n see.. n tak malu aku bgtau.. bukan first hand car. Beli second hand jek. tu je mampu. *ukur baju kat badan sendiri... mcm my sis Along Farah katalah.. kan Along?? hehehe*.

Keempat, holiday with family. This year nak g mana ya?? Penang!!! yeah... Ayah can ha?? then from that kita terus ke Langkawi.. wakakakak what say u ayah?? pls-pls... hehehhehhee

Kelima, meet up all my besties!! okay sejak dh kije ni sangat susah nk jumpa cinta hati cinta hati sy ni. So, before i get married *since aku yang kawen dulu dari korang semua kan* we should me up... pls ya besties... hehehehhehehe

Keenam, mencantikkan diri. Yes! itu yang aku impikan. Will be starting dengan pengurusan badan. Kemuadian, teknik bermake up dan dress up. Hey, aku cari ilmu untuk cantik sentiasa depan Sepet lepas bergelar puan nanti. heheheh.... 

Ketujuh, cuba menyimpan dengan banyak di akaun yang berbeza dengan akaun simpanan perkahwinan. Untuk apa?? untuk kehidupan seterusnya. Tanggungjawab jadi dua nanti okay. Sebagai anak dan isteri. At least kalau Sepet susah, aku boleh bantu. ngeeeee...... Insya Allah.

Kelapan, spend masa banyak-banyak dengan ibu dan ayah. hehehehehe..... dengan sepet pas kawen t la ye...  Sejak terasa tinggal 5 bulan je nak bergelar puan ni. Aku rasa mcm tak cukup je masa nk lepak-lepak dengan ibu dan ayah. Sepet... lepas kahwin boleh tak selalu i g lepak ngan ibu dan ayah.. hehehehhe... boleh kan?? kan?? hehehehe....

Kesembilan, tingkatkan skill memasak. hahahahha... selama ni hanya boleh masak simple-simple jek... *aku fail masak tomyam.. aku sangat tak pandai buat teh tarik.. jangan suruh aku buat*...... so, pasni kena tingkatkan skill memasak. Nak tahu kenapa?? Sebab Mr.Sepet dah bagitau awal-awal... "Everyday u kena masak tau. I prefer u masak dari mkn kat luar. Then if nk mkn kat luar. Weekend jelah okay". So ieka.. ko pepaham jelah ye.. tu namanya ekonomi... jimat cermat.. bagus. At least, boleh disiplinkan diri.. wakakka disiplin ke?? tunggu dan lihatlah ye.

Kesepuluh adalah yang last but not least, aku nk hatam Quran betul-betul kali ni. Yerp.. nak abiskan dengan baik dan bacaan lancar. huhuhuu.... At least,  boleh le aku baiki diri before jadi puan ya. So, selamat maju jaya untuk aku. hehehehehe *Mr.Sepet pas Kawen jadi ustaz I okay!*

P/S: Semoga termakbul


5.6.11

Activity

My current activity.
I've been trying to keep healthy.
I wish that I could be as pretty as they did.
Wish me luck.

24.5.11

Senyum

Tahu lagu senyum?
Lagu Malique & Najwa

"Kacak dalam, kacak luar.. kacak dengar sini....
Kalau sy senyum.. awak musti senyum sekali....
Bila kita senyum semua orang berjangkit
Bila semua senyum... Dunia tiada penyakit....
Senyum tak perlu kata apa-apa"

Itulah luahan jiwa aku sekarang.
Terima Kasih yang SATU kerana mendengar rintihan hati aku.
Aku percaya, jodoh pertemuan, ajal dan maut semua ditangan DIA
Kita hanya merancang dan berusaha
Kemudian berdoa dan bertawakal.
Alhamdulillah.. Doa kami makbul.
Insya Allah jodoh masih panjang.
Syukur padamu.

I have a big smiling since yesterday
Kami sudah pun dewasa
Tak stail la gado sampai tak bertegur.
We had a very deep conversation that day.
and we found the best result.
Alhamdulillah.

Jadi akan ke Johor dengan hati tenang.
Satu masalah settle.
Cuma yang satu ni liat sikit.
penurunan berat.
Tapi aku dah jumpa rahsia ajaib.
Syhhhhh... nak tahu?? 
tunggggguuuuuu...

P/S: baju kemeja hadiah yg sy dapat tu.. dh boleh disarung.. cuma bdn perlu kecil sikit lagi.. confirm cantik!

22.5.11

Baik Ada Makna



Sila duduk jauh-jauh.
Jangan datang dekat.
Virus. Nanti saya sakit.
Sekian.

17.5.11

Middle May 2011

Kerja semakin hari semakin mencabar.
Dari bidang taip menaip, susun ayat 
Ke bidang yang lebih memerlukan pikiran logik.
Jadual harian makin tunggang langgang
Personal life makin mecabar.
Kadang-kadang mahu je ambil cuti dan pergi tenangkan diri.
Tapi apakan daya.. duit poket bersamaan kosong.

Hari ni cuba menyusun dan merancang semula.
Mana yang pahit letak jauh-jauh ketepi.
Lantak pi apa nak jadi.
Sebab aku pun tak tahu apa punca aku dibuang macam tu jek.
Malas nk pikir panjang-panjang
No such thing.
Whatever!

Jadi aku sudah pun susunkan jadual aku semula
Hopefully this time around aku berjaya.
No more excuses.. and No more nak dengar kata orang.
Hate it.

Harap bermula di Middle May ni aku mampu:-

1. Selesaikan Report at least 1 hari satu.
2. Dapat pelajari dan kumpul Ilmu dengan lebih banyak especially in Pentaho.
*Untuk masa depan*
3. Dapat selesaikan semua barangan hataran, tak termasuk manisan dan kek.
4. Dapat bangun pukul 4 pagi supaya aku dapat exercise sebelum pergi kerja
5. Dapat exercise juga selepas balik kije *jadikan aktiviti harian*
6. Dapat diet semula dan tiada pengambilan nasi.
7. Dapat kuatkan semangat aku untuk tempuh ujian yang Allah bagi.
8. Dapat simpan duit banyak-banyak
9. Dapat elak Junk Food. 

31.3.11

Terima Kasih ALLAH

NOTHING ELSE
ONLY....
ALHAMDULILLAH...





THANKS ALLAH
FOR EVERYTHING
I'M SO THANKFUL

8.3.11

Celebration Nurul & Nabihah's Bufday!

Happy Bufday to both of You!
Semua pict Kak Julie dh upload kat FB
Sila tgk!
Luv ya!

6.3.11

Love

L.O.V.E

Its Subjective.

Dia CINTA HATI sy
 Insya Allah.

Inilah CINTA HATI sy smp bila-bila
Even En.Sepet pun cannot Replace her place!
Forever.. Luv u IBU!!

Ni kesasih sy dr kecik smp sekarang
Bila takot.. sy cari Ayah
Bila nk mengadu, sy cari Ibu
Bila sy nk kawin mereka yang paling gumbira.
Luv both of u... Infinity!

Sy jatuh cinta dengan Dance ni
Its like a Drug To me now!
Thanks Along Fara for introduce me to this kind of exercise!


Sy Cinta makanan


Sy cinta music!

Byk lagi sy cinta. T sy cerita.
Nak berzumba. Bye!

27.2.11

DIET & DISIPLIN

Hey All! All my readers And Stalkers!! welcome yaw.


 Okay.... today i would like to talk about my diet routine. Lately ni, memang susah benar mak nk diet nyah (suddenly i jadi adik2.. huhuhu )... y?? becox of my discipline la.. i am not very sure y la i *malas susah sgt nk maintainkan diet i (haih!! nafsu mkn membuak-buak sejak dua menjak ni) But then, bila i pikir balik (pikir memanjang tp.. haremmm) cannot wooo.... I nk cantik on my *wedding  Big day. Im so scary bile tgk my *lemak-lemak lebihan-lebihan dh kembali kat bahagian peha!! sgt hodoh okay!!...


So becox of that I pun search dengan rancaknya pasal my fav. actress *jessica alba punya diet routine. So what I found from my research (ang jgn research lebih.. tapi tak guna bikin malu ja!). Here you go:




Jessica Alba’s Diet Plan
It’s a South Beach style diet, with lean meats, whole grains, low-fat cheeses, fruits and veggies.


  • Breakfast
    1 cup oatmeal with berries with 3-4 scrambled egg whites when working on the film set.
  • Lunch
    Salad with 170 gms (6 ounces) of chicken breast or fish (salmon, tuna)
  • Dinner
    Sashimi or or 170 gms (6 ounces) of petit filet of beef or other lean protein with unlimited veggies and 3 small red potatoes
  • Snacks
    handful of almonds or hot air popped popcorn.
Jessica Alba’s Work Out 

Jessica’s is big on exercise with lots of cardio on the elliptical, stationary bike or treadmill for 30 minutes four times a week. She adds resistant-training including weights and yoga to tone up for her action roles in films.


*sekadar hiasan*

Okay honestly, all the sentences up there was not "created" by me. I do not copy & paste it from this website. There's a lot of tips kat website mat salleh tu ha. Try search okay kwn-kwn. Banyak tips yg u all boleh dapat dari situ. 

Okay back to my story morry tadi. Seriously now, I look like "tong drum" whit small head. Hodoh sungguh. So, I seriously wanted to look gud on my *wedding big day . Ramai yang kata, alah lama lagi. But for me, for person yang mcm I, 8 bulan lagi adalah sangat sekejap. Masa berlalu dengan cepat skunk u olls. Mak tak sempat bikin apa-apa pun, dh abis bulan 2. Sorry to said pada diorang yang kata, aku kalut. Yes i am. Banyak benda nk urus weh! Kursus kahwin pun tak p lagi ni. haih.

So untuk pastikan aku kembali diet. Aku kena disiplin & kuatkan semangat (hai.. ieka dulu boleh takkan skunk tak boleh.. malas banyak nampak). Kali ni aku betul-betul nak pastikan aku dapat berat hanya 50Kg on my *wedding  big day. Macamana nak buat? selain dari ikut tips yang Amirul bagi, aku akan pastikan aku buat aerobic yang aku dh download dr you tube ni .*Aerobic ni best okay sangat berkesan*

Dan aku plan untuk mula berlari kembali, stop taking rice again. This time around, aku tak mau dh ambil supplement. Bukan tak bagus, tapi nk cut cost. heheh. Insya Allah after  get married mungkin boleh wat bajet on that dengan en. Sepet.  He wanted me to look okay & unfortunately, aku ni ha selalu je hampakan dia. So, aku nk le dia tgk aku lain on our day. hahah. (berangan sangat ang ni Ieka).

Jadi, akan I usaha tuk slim melim. Tempoh yang diberi adalah 6 bulan dari sekarang. kenapa 6 bulan?? sebab bulan 8 dah puasa so automatiknya, dh boleh berdiet tanpa planning & sekat pemakanan dgn dahsyat. cuma perlu control. 


Semoga niat murni aku ni akan termakbul Setan-setan, nafsu makan sila duk jauh2 a...... ang jangan mai tang ni... aku nk kasi selim melim bdn aku. Baru aku leh bergerak cergas, pakai apa pun cantik then.. baru la aku tak "Balak Liat" lambat-lambatkan sembahyang! haihsh.. nk jadi bini orang, kena pastikan semua pun teratur. Insya Allah kalo niat baik Allah tolong.


P/S: Duk cari guru agama. Kalo minat sila comment sy. tq.

17.2.11

Peluang

Mungkin ada peluang yang cerah dihadapan itu untuk aku,
Mungkin itu pilihan terbaik,
Namun, sebelum ianya terjadi, aku perlu benar2 sediakan diri aku,
Aku masih belum cukup kuat untuk raih peluang yang terbentang tu,
tapi aku akan cuba.. Demi Masa Depan.
Doa Ibu Ayah, Keluarga, Tunangan dan Kawan2 amat aku hargai.

P/S: Ya Allah jika peluang itu terbaik untuk aku, kau permudahkanlah.
        Mari Tuntut Ilmu lagi, dan lagi!

31.1.11

Don't Trust Anybody.... Unless u know that they Luv u much as u do!

Jangan Percaya Sesiapa...

Why do I said so???

Sebab inilah kenyataannya. Kawan yang sepatutnya tempat anda meluahkan rasa, share anything yang boleh kita share (depends on kwn jugak), kadang-kadang boleh jadi musuh. Ini kira Musuh dalam selimutlah.kawan boleh bercerita, mengutuk anda dengan kawan yang lain. haihssss! Okay aku memang sangat marah sekarang. Aku bengang. Aku tak tahu nak luah kat siapa. So... Jalan terbaik adalah aku diam. Ye aku sememangnya perlu berhati-hati sekarang. Ramai sangat dah musuh dalam selimut sekarang. Aku tak tuju sapa-sapa, sapa yang buat... mungkin dia yang terasa.  Apa-apa pun boleh berlaku Ieka. Juz be Aware!


Well Darling!
Manusia ni macam-macam... So aku belajar 1 pendekatan yang Ahmad Dhani ajar.. "HADAPI DENGAN SENYUMAN..." . GTH la... aku tak mahu pedulik pendapat atau kutukan yang nak dilemparkan. What goes around comes around Darling!

I miss my family, I miss SEPET & his  two adorable sisters (Kak Sya & Intan), I Miss My BFF (Ayu, Ieja, Hana, Ecah, Nadlea, Shasha) & I miss My Bedroom!!


P/S: Ya Allah, Kau je tempat aku mengadu sekarang. Sesungguhnya, aku percaya, yang kau akan bayar Cash pada siapa saja yang menyakiti orang lain.

30.1.11

Kenapa Aku Menulis?

Kenapa aku menulis?

1. Aku menulis bukan sebab aku nak tunjuk bakat aku pandai menulis. Owh! itu sangatlah tak betul, sebab aku bukan sangat pandai pun dalam bab penulisan ni. Tapi, aku menulis sebab aku nak share nagn orang kat luar sana. Ye aku bukan artis.Tapi aku mahu share dengan anda. Dengan car ini, selain daripada aku dapat bertukar pendapat, dapat gak aku bantu orang kot2 diorang memerlukan idea. (hehehehhe... ntah.. aku mampu bagi idea yang bernas atau tak aku tak pasti).

2. Aku menulis sebab, blog ni dah macam tempat tuk aku luah aku punya rasa. kegembiraan yang aku nak share dengan pengunjung2 yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. Ahhh!! biaralah tak bagus pun.. well... some said... Practise make Prefaect. Itu yang aku tahu. Kalau hari2 kita duk skodeng blog orang lain & timba ilmu dan ambil pendapat dan tips yang mereka share kan.. aku yakin mampu tuk develop diri aku tuk jadi penulis yang baik.

3. Aku menulis sebab aku nk express ape aku rasa. instead dari aku g maki orang. tak salah aku luah kemarahan aku.. kesunggulan aku... kesedihan aku dlm blog aku sendiri. Depends la kalo orang nak cakap ape.. its better for you to rite anything u want.... dari ko pendam dalam hati then meletup.. blh kena sakit jantung. Tak mahu le lagu tu.

So.. nilah sebab aku menulis... sebenarnya banyak lagi.. tapi aku susah nak describe ngan kata-kata bestnya bila dapat menekan keyboard dengan lagu dan idea ko mencurah2 macam hujan turun atas atap rzink masuk dalam tempayan bekas orang cuci kaki. Okay enough merepek disitu ya ieka. hehehhe

P/S: Hari ni johor hujan jek.. aku pun... asik nak tarik selimut dan sambung tido lagi.. da.. :P

29.1.11

Apa buat anda happy?

Apa yang buat anda happy?
Pada aku, ada beberapa perkara yang buat aku happy dan aku buat aku tersenyum sepanjang hari. Bukan sepanajang hari aku rasa, tapi perkara-perkara itu mampu buat aku rasa diri aku palin bertuah.. ececehe... Okay apa yang buat aku happy? sila scroll bawah ye adik-adik...... weeeeeeeeee~

1. Aku sangat suka bila ada dekat dengan ibu dan ayah. Aku rasa secure bila dengan mereka (weh!! dah tentu2 lah tu mak ayah ko.. selamat sentiasa la.... ah! nak cakap gak, aku suka & happy bila dekat ngan parents aku)

2. Aku suka & happy bila kami semua berkumpul sedara mara. Macam-macam kami ceritakan. Dari zaman kecik samapailah cerita anak-anak (oooopppsss! buakan anak aku ye.. anak mereka.. )

3. Aku suka & happy bila dekat ngan SEPET! yes i am... sangat happy bila dekat ngan dia. Banyak yang kami share. Walaupun kami ni kadang-kadang gado.. Tapi hakikatnya, dalam hati ada taman yaw.. :P

4. Aku happy bila lepak ngan BFF aku, Ayu, Jijah, Hana, Ecah, Mimah, Ila, Shasha, Nad & Fad. Mereka sangat superb! Asik buat aku GELAK.

5. Aku happy lepak ngan kakak Sepet. Owh! she's got a beautiful heart. She's really nice... banyak yang awesome pasal dia. Tak boleh nak describe. Tuhan je yang tau dia sangat best! Luv ya kak sya!

6. Aku happy bila main game zuma.. wakakakak ni happy yang maksimum. Tiada tolok bandingan. heheheh

7.Aku happy bila kije semua dah siap dan aku boleh tidur dengan aman. 1 nikmat wooooooo... syiok sangat kalao dapat tidur tanpa gangguan kerja opis... hehehe

8. Aku happy bila dpt makn coklat!! wahahahahah... sangat happy dapat coklat.

So, nilah antara sebab yang boleh wat aku happy.. sebenarnya banyak lagi benda yang buat aku happy...  ni antaranya la.. okaylah... memandangkan aku kat ohor lagi.. dan arini sabtu.. tak kije... aku nak sambung tido...wakakakakak bye-bye..

P/S: Sy rindu la semua orang ....

28.1.11

27012011

Genap aku berusia 26 tahun pada tarikh itu...
Maaflah post ni lewat dari tarikhnya sebab aku sangat BiZi.. sangat Moody dan sgt XDAPAT internet kat tempat ni...
haish!!!..... dah tua dah aku ni. tapi.. aku happy... sebab pada usia ni aku bakal ada pasangan hidup.. wakakakak.. Sayang anda SPET dgn dahsyat. Aku tunggu kedatangan family Sepet on this Feb.. weeee... aku Happy!

Arghh!!! aku banyak kije ni... tapi dapat experience banyak sangat kat sini. Thanks BOS sebab bagi peluang kat Ieka. apa aku buat kat sini?? hahahah t aku story.. got to go darl!

P/S: Happy kot sbb user terima user manual hasil tangan aku tuk SugarCRM.. ;)

17.1.11

Mata IKAN a.k.a ulser mulut

Sangat Sakit...
lidah pun rase panas jek mcm luka
nak mkn susah...
minum pun pedih..
haih!

15.1.11

Gf.. sweeet!

hey.... 1st GF....
u r such a sweet person....
thanx for sent me home yesterday...
well, thanx also to my 2nd GF for accompany us!....
okay. apakah??

owh! lupa.... a BIG thank kat encik yang memandu semalam....
Second GF call him MAT AYEEP!
Thanx Bro.... kalau lu takde smlm.. wa kena redah hujan lebat tu smp kerumah...
bersyukur sgt korang anta pulang!
tak tahu nak ckp pe... tp THANK YOU YAW!....

P/S: hey!!! cant wait to "lepak" together kat Johor... weeee~

14.1.11

Down

Hujan petang semalam..... 
Sama macam perasaan sy...


Seperti perumpamaan
"MELEPASKAN ANJING TERSEPIT.... AKHIRNYA KITA BALIK DIGIGIT"

Maksudnya:
"Anda selamatkan orang lain dari sesuatu situasi...
tapi...
Akhirnya.. anda balik yang terkena"
Manusia PELIK!

P/S: Akan groom diri sendiri 
menjadi org IT, marketing, management, training coordinator dan secretary pjct yang baik... 
ATAS KAKI SENDIRI! 
Sy buktikan pada awak!

11.1.11

26 is just a number

27 haribulan ni, secara officialnya, aku akan berumur 26 tahun. Tua ke?? aku rasa biasa jek biar berapa pun umur kita... hati tetap muda babe! hahahha....so.. apa penting sangat bila umur 26 tahun ni? entah.. aku rasa takde apa yang akan berubah. Hanya angka je lah bergerak 1 lagi. Yang lain masih sama.

Kekasih.. masih kekal dihati , SEPET. Kije masih tempat yang sama as Training Coordinator & Project Secretary. Gaji.. setakat ni masih belum naik.. Ada rezeki adalah perubahan. Ibu dan Ayah masih sama. Kwn2 masih sama dan semakin bertambah. Life semakin interesting. Apa lagi yang kurang? setakat ni Alhamdulillah aku happy dengan hidup aku. Cuma aku harus berubah menjadi Muslimah yang lebih baik (sila jangan lewatkan semayang ye!).

P/S: Tema PINK okay tak??? lepas selesai.. kita g camping nk tak?? hahahahha :P

7.1.11

SAKIT

Blacky sakit dan perlu dihantar ke Klinik.
Susah nak buat kije, everything was in HIM.
Report... Everything...
Im so Sad rite now....
Mana taknya... nak recovery tak boleh...
Restrore tak boleh..
Arghhhh!!!! stress... dan... haish...
Duit...
tapi tak blacky.. for u...
ill do anything cox u r my soul.. selain Sepet!

Sihat cepat ya SYG.. I need U every single minute in Office.
Plz.. plz.... sihat cepat k?
Hurmmmmmm :(

P/S: Aku tak layan dh perli-perli kau. Aku lebih risaukan si Blacky. pergilah M!
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers