Pages

Followers

27.12.11

Kami dah SAH!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan dan persandingan aku dan Sepet. Thanks to all yang banyak bertungkus lumus memeriahkan majlis kami berdua. Tak ada apa yang kami boleh balas, hanya doa semoga semuanya sentiasa diberkati Allah. Well, kalau nak diikutkan banyak suka duka sedih tawa sepanjang seminggu sebelum dan selepas majlis kami. Nanti aku ceritakan okeh!. Sebelum tu, jom kita tengok pict masa majlis persandingan kami. Thanks to adik Sepet, Intan. So, silalah enjoy!

Sepet & Me masa makan beradab.

Sesi Potong Kek.

Sepet's Aunties.

Sepet's BFF, Sdarian and wifey.

Sdarian Gang.

Sepet's Family & Mak Ngah Kedah.

Sepet's Big Family Members.
(Sebenarnya ramai lagi, cuma ada yang takde dalam gambar)

Kakak Sepet dengan Keluarga.

Dah boleh pelok-pelok.. ngeh..ngeh... Halal Sudah :P

My Parents... Luv u guys!

Kami dah SAH!!

Sekian. Terima Kasih.

12.12.11

A Tribute to Aca a.k.a Helmi

Assalamualaikum.

Hari ni, aku terasa nak update pasal seorang kawan aku yang aku kenal sejak sekolah rendah. Seorang yang periang, kawan yang suka mengusik, nakal tapi dia seorang kawan yang baik. Dah pun menunaikan haji sejak umur tujuh belas tahun lagi. Dia disenangi oleh ramai kawan-kawan kat sekolah. Walaupun dia nak nakal, tapi jauh disudut hati dia, dia tak pernah berniat nak lukankan hati sesiapa pun.

Aku ingat lagi, dia panggil aku dengan panggilan MAK LEYHA. Ahahah. He actualy, make a joke. But suddenly, benda tu melekat kat aku. Ramai kawan-kawan kat sekolah panggil aku MAK LEYHA. Mula-mula tu marah jugak, tapi lelama tu aku dah biasa, sebab dia bergurau je kan.

Nak dicaritakan pasal Helmi ni, tak banyaklah yang aku tahu. Cuma, aku memang pernah sekelas dengan dia dari teingkatan empat sampailah ke tingkatan lima. Orangnya sederhana sahaja. Kadang-kadang dia agak pemalau. Tapi most of the time dia memang happy go lucky. Susahlah nak tengok dia marah. Ke, memang tak pernah. Sebab sepanjang aku kenal dia, aku lum tengok lagi dia marah.

Tapi, lately ni, susah betul kami nak tengok dia senyum. Nak tahu kenapa? Sebab dia tengah terlantar sakit kat hospital akibat ketumbuhan dalam otak. Siapa sangka, kawan yang periang seperti dia akan diuji Allah dengan begitu berat sekali. Baru-baru ni kawan-kawan ada update kat Muka Buku yang kawan aku si Aca ni dah pun selamat menjalani pembedahan yang terkini. Ya Allah bila tengok gambar dia lepas operate tu aku rasa sebak sangat. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk dia. Semoga Allah meringankan segala ujian yang diturunkan kepada Aca.



To Aca, 


Aku doakan semoga ko cepat sembuh. Tabahlah hadapi segala ujian yang diturunkan. Aku faham, berat mata memandang, berat lagi bahu kau yang memikul. Takde apa yang aku boleh bantu untuk ringankan segala kesakitan yang ko sedang alami. Hanya doa aku untuk seorang sahabat supaya ko dapat kembali segar macam biasa. Semoga ko dapat bersama kawan-kawan lain macam dulu. Kau perlu kuat untuk hadapi semuanya. Orang keliling ko, family, Amira si gadis kesayangan ko yang tek pernah-pernah putus memberi ko sokongan dan dorongan. Ko kena kuat ya! Insya Allah segala yang diturunkan Allah kepada ko, ada hikmahnya. Kami kawan-kawan ko sentiasa mendoakan kesihatan ko.


So, kepada yang membaca post ni, aku harap korang dapat juga mendoakan kawan aku supaya dia cepat sembuh dan kembali sihat macam dulu. Insya Allah.

Sekian.

7.12.11

Kenapa?


Kenapa Aku Malas Sembahyang


Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,


Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,


Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,


Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,


Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,


Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,


" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "


- Artikel iluvislam.com-

Sepuluh Hari

Assalamualaikum.

Tinggal sepuluh hari je lagi. Perasaan aku sekarang aku pun tak pasti. Semuanya bercampur. Ahahah. Happy ada, takot ada, risau ada, nervous ada, sedih semuanya ada. Semoga segalanya dipermudahkan oleh DIA yang satu. Insya Allah. Nanti bila aku free lepas majls aku update lagi ya.

Pada kawan-kawan yang dikenali dan family members jemput datang majlis aku yang bakal diadakan pada Lapan Belas Disember 2011 ya. Yang tak dapat datang, doakan yang terbaik untuk aku dan Sepet ya. Insya Allah. Sayang semua.

Sekian.

6.12.11

Teaser Turun


Assalamualaikum.


Nak tahu rahsia aku turun berat badan 1.5KG dalam masa 4 hari?
dan kawan aku turun 2KG dalam masa 4 hari?
Tanpa rasa lapar, masih bertenaga dan kulit masih cantik tak kusam?
Tunggu post akan datang okeh!
Sekian.

3.12.11

Rezeki, Tugas dan Perkahwinan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat pada Allah kerana rezeki yang DIA turunkan pada aku sejak akhir-akhir ni murah sungguh. Diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan, menangis banyak sampai terdiam tak berkata. Tapi, aku bersyukur kerana setiapa tangisan itu, Allah pulangkan dengan ni'mat yang tak terhingga. Alhamdulillah Ya Allah. Arini aku nak update ketiga-tiga cerita pasal rezeki, tugas dan perkahwinan.

TUGAS
Isnin nanti (5 Disember 2011), akan menjadi hari pertama untuk aku memulakan tugasan bersama team yang baru. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki kepada aku. Allah permudahkan semuanya dan makbulkan doa aku. Aku selalu mengharap agar aku diberi peluang untuk timba ilmu sambil menambahkan pengalaman kerja aku. Tugas baru aku taklah jauh dari tugas aku yang sekarang.Cuma, cabarannya adalah, aku perlu bekerja dengan kawan-kawan yang baru. Hopefully, aku dapat adapt dengan cepat segala serahan tugas yang bakal aku pikul ni.

Tapi, ini tak bermakna aku lupa kawan-kawan aku yang selama ni aku rapat dalam team UTM SugarCRM. Korang still dekat dalam hati aku. Thanks kat korang sebab banyak bantu aku selama ni. Dari zaman En.bob sampai ke zaman En.Samsol, banyak yang kita lalui same-same. Macam-macam kerenah yang kita tempuh. Hey ada something aku nak cakapkan. (Poyo kan?? walaupun, aku bukan kuar dari company, tapi, mesti nanti jarang akan jumpa korang.... okeh mahu nangis sudah)

To Kak Taqi, thanks ya sebab selalu tumpangkan Ieka pergi Johor, tumpang balik, gie jenjalan, tidur sebilik, makan sesame, wat report sesame, ajar sql kat Ieka mana yang boleh, ajar Ieka pakai Pentaho. Thanks banyak-banyak ya. Nak sebut semunya, memang tak tersebut kat blog ni. Mintak maaf jugak ye kalau ada salah silap, terkasar bahasa yang wat akak terasa ke, kecik hati ke. Peace! : D

Untuk Dira, mintak maaf banyak-banyak ye kalau ada terasa hati dengan Ieka, terlepas kata, tekasar bahasa. Thanks sebab banyak ajar Ieka pasal teknikal, tidur sesame dan jadi telinga yang baik bila Ieka ada prob. Go, go chaiyok.. kepp it up Insya Allah apa yang Dira impikan semuanya akan jadi kenyataan. Kamu still adik kecik sy. If you need me. Juz ym, fb, call or sms... ill be there for you 24-7. Insya Allah. Peace! :D

Untuk Syafiq, thanks babe! banyak benda yang kita sharekan. Seronok kenal yang Syafiq. Maaf ya kalau ada gurauan yang terkasar atau sepanajng kenal ni menyakitkan hati syafiq. Sorry ya. Semoga Syafiq berjaya jadi seorang pensyarah yang fabulous!. Jangan lupa keep in touch okeh!

Ajib!! ahahha.. thanks bebanyak babe. Ko banyak tolong aku. Good teacher as well. Kalau aku ada yang tak paham, hope ko sudilah jadi cikgu aku lagi selagi aku ade kat eNCoral. ehehe. Mintak maaf gak ya kalau ada wat ko marah ek jib. Ahahha aku doakan ko ngan super model akan sentiasa bahagia hingga akhir hayat. Amin.

Aku harap korang semua boleh datang masa wedding aku. Tapi kalau korang kena pergi Johor, aku harap, korang doakan aku sentiasa bahagia dengan Sepet ya. Sayang korang semua. Jangan Lupe aku tau! Hopefully, satu hari nanti kita akan disatukan dalam team yang sama lagi. eheh. (Sorry guys, tak sempat belanja korang Domino's.. aku hutang tu dengan korang. Insya Allah, nanti kita kuar sama ya. Kalau aku dapat pinjam kuda hitam Sepet okeh!)

Nah ni lagu untuk korang.. Remember When by Avril Lavinge. You guys knew how Im so into this girlkan.. What the Hell tu kan my faveret song. eheheh. Gonna miss you guys!


Ni satu lagi lagu. Ahahaha. Aku tau nape aku bagi lagu ni. Tapi nak jugak bagi kat korang. (poyokan.. ahahah ade mak kisah noqs?) Peace :D



Thanks guys! korang memang superbbbbb awesome. Hope aku akan okeh kat sane. muuuahxxx!

REZEKI.
 Sejak nak dekat dengan majlis kahwin ni, banyak nau duit keluar macam air. ahah. Seriously guys. Banyak benau. Duit atas angin prang panggil. Tapi aku syukur sangat. Walaupun duit keluar, tapi aku tak pernanhlah sampai tak makan. Ada je rezeki yang Allah turunkan. Alhamdulillah syukur benar aku. Betapa sanyangnya Allah pada aku. Ya Allah syukur ni'mat. Rezeki yang DIA curahkan untuk aku tak pernah putus. Alhamdulillah. Aku tahu banyak kali aku sebut Alhamdulillah tapi itu je yang keluar dari ingatan dan mulut aku. Aku tak tahu nak ucap macamane lagi. Aku memang betul-betul berterima kasih. Betullah cakap orang tua-tua dan mak ayah kita, kalau kita nak kawin dan mendirikan masjid ni, Insya Allah Allah akan sentiasa permudahkan untuk kita. Cuma kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakal. Aku tahu aku bukan hamba Allah yang baik. Tapi aku selalu berusaha untuk menjadi lebih baik. Semoga dengan niat mendirikan rumah tangga ini lebih dekatkan aku dengan Allah, semoga aku menjadi isteri yang baik dan semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan aku nanti. Insya Allah. Aku mahu jadi isteri yang taat pada yang SATU dan taat kepada suami dan Insya Allah menjadi mama yang baik untuk anak-anak aku satu hari nanti. Amin.

Meh kita panjatkan doa dan sentiasa dekatkan diri dengan Allah.



PERKAHWINAN
Lagi dua minggu atau empat belas hari je aku akan bertukar status. Insya Allah. Ya Allah. Hati aku berbunga-bunga. Semoga dengan pernikahan ini nati akan jadikan kami lebih memahami antara satu sama lain. Perkahwinan yang dilaksanakan kerana Allah akan lebih dirahmati. Insya Allah. Lepas hampir sembilan tahun kami kenal. Akhirnya, inilah yang Allah tuliskan untuk aku dan Sepet. Memang jodoh. Allah yang tentukan dan kita sebagai manusia perlu bersyukur dan redha dengan kentetuannya. Alhamdulillah. Mengenali Sepet banyak buat aku belajar untuk menjadi seorang yang sebtiasa bersyukur dan sabar dengan setiap dugaan yang diturunkan. Dan aku percaya Allah ada sebab kenapa DIA turunkan segala ujian untuk aku. Aku ngan Sepet dah lalui macam-macam dugaan dan aku yakin dia adalah jodoh aku yang Allah ciptakan untuk mendidik dan menyempurnakan kekurangan aku.

Perkahwinan yang dirahmti oleh Allah, apabila kita mendapat restu kedua ibu dan ayah kita. Tak kira siapa pun kita. Restu ibu dan ayah tu amat penting. Dan segala usaha disertai doan dan tawakal akan sentiasa dibantu oleh Allah. Hati ni punya nervous hanya Allah je yang tahu. Setiap malam akan aku terfikir, mampu ke aku menjadi isteri yang baik. Menantu yang baik. Boleh ke aku bahagikan masa yang cukup untuk spend dengan family aku. Macam-macam aku pikir, yet aku jugak mahu jadi pekerja yang baik. Ya Allah moga kau permudahkan. Amin.


Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah dan berjalan lancar. Amin.

Sekian.

1.12.11

Close Friend.. You Never Walk Alone

Assalamualaikum.


i am so sorry. i'm not pushing you to tell me everything that you think its too personal to you. 
its okay. i know everyone needs their own moment... sometimes.
we are juz human being. so ada masa kita pun akan ada masalah.
itu aku paham.
but, aku terasa sebab takde yang berterus terang beritahu aku, yang kamu ada masalah peribadi.
bila tanya, jawab takde pape.
yes, aku curious.

Well, bila kita rapat macam adik beradik,
both your kakak and adik juz talk together and bila you tanya jawab takde pape.
kita bukan nak tahu urusan peribadi orang,
cuma kita mahu orang tu sentiasa okeh.
Aku wisau bila tengok kamu selalu sedih dan nangis.
Dan aku nangis juga tadi sebab orang tak mahu terus terang, kamu ada masalah.
buat aku tertanya-tanya.
Maaf kerana aku terasa.

Tapi, jangan wisau....
Kamu masih adik kecil sy yang boleh pinjam bahu sy bila kamu perlukan seorang kakak untuk menjadi pendengar dan telinga untuk kamu.
Sy akan selalu ada.
Itu sahaja yang sy nak bagitau.
Sekian.

STOP.... Will ya?




Stop act like YOU like to be my friend,
when YOU start talking behind my back
Enough said.

P/S:IF U GOT SOMETHING TO SAY TO ME, SAY IT STRAIGHT CAUSE BEING ALL SHADY IS ONE THING THAT I HATE

28.11.11

New Recorder Application: Skype Call Recorder

Assalamualaikum And Hi Peeps!

Today I would to present to new a new recorder application that might help you to record all your call from Skype. Woooo canggihkan?? eheheheh... So kalau korang nak tahu details.. Boleh baca kat bawah ni.. atau layari laman web ini. So, selamat membaca dan mencuba!


Riviera for Skype is a Skype call recorder for Windows. It automatically records Skype calls and conversations to MP3 files. You may play call recordings with built-in player or any other external MP3 player.

How it works:

You launch Skype call recorder by clicking on Riviera for Skype icon:


It appears minimized in a system tray and starts to monitor incoming and outcoming Skype calls immediately:



On first start Riviera will try to connect to Skype and you will receive an authorization request. Please click on “Allow access” button to allow Riviera for Skype to use Skype:




This is a main screen of Riviera Skype call recorder. It has a table with a list of already
recorded Skype calls and build-it player for playing recordings.  Each recording is stored
in separate MP3 file.



When you make a call or receive call the Skype call recorder shows the dialog asking if you want to record this call. If you don’t want to see this screen next time just tick “Do not ask again and start recording call immediately” check box and next time a call will be recorded automatically.


You may stop / start recoding any time on the call:




Now you may play any recording with build-in MP3 player or press “Open folder” button to open the folder with MP3 files with recordings:



Built-in player:



Folder with call recordings:



Window with settings:


Thanks.

Perabot Bilik

Assalamualaikum.

Malam ni aku masih susah nak tido. Entah nape entah, sejak makin dekat majlis ni, semakin susah pulak nak tidur. Anyway, arini aku nak cerita pasal keterujaan aku membeli set perabot bilik untuk hias bilik pengantin nanti. ehehehehe. Langsir dinding dah pun aku dan ibu tempah. Warna silver, berlapikkan alas warna merah bentuk hati seperti titai. Nak tahu macamane? Tunggu bila dah siap nanti okeh!.

So, semalam aku ngan ibu, dah pergi kedai perabot untuk beli perabot bilik. Ahahah aku memang teruja okeh bile bab-bab nak hias bilik ni. Yelah, dulu aku bercita-cita nak jadi Interior Designer, tapi hasrat tak tercapai sebab ayah membantah. Okeh, tak mau citer hal tu. Nak cerita pasal perabot aku.

Zaman sekarang ni ramai yang tertarik dengan perabot yang lebih moden dan simple. Ahahah tak pulak aku. Aku pilih jenis perabot yang agak old school sikit. Ahahah. Bukan apa nak kelainan sikit. Lagi pun, designnya cantik. Then aku matchkan dengan meja console. Aku takde make up desk sebab takot tak muat bilik. bilik aku kecik je. Then aku beli almari kecik. Beli yang simple-simple sebab nanti lepas kahwin, aku pindahkan, so, bilik tu cuma sekali sekala je akan aku guna. selebihnya, adik aku le tido situ. Then, disebabkan Sepet ni jenis tak tahan panas, aku plan nak pasang air-cond. Yelah sekarangkan musim panas, jadi bolehlahkan dijadikan alasan. ehehehe.

Untuk ruangan sudut pulak, aku plan, nak beli lampu tidur berkaki untuk letak kiri dan kanan. eheheh cita-cita tinggi, tapi betullah itu rancangan aku. So, nak tahu apa bakal jadi dengan bilik aku nanti? tunggggu..

Sekian.

26.11.11

Facial

Assalamualaikum.

Malam ni aku nak bercerita pasal facial yang dilakukan dirumah. Okeh, bukannya susah pun actually nak buat facial sendiri. Cuma kita perlu ada barang-barang yang diperlukan. Yelah, kalau nak wat facial tapi takde kelengkapan pun tak gunakan. Anyway, aku bukanlah beautician yang kerap kali buat facial kat muka orang lain atau customer. Aku buat kat muka sendiri. So, jom kita sama-sama share apa dan cara macamana aku buat facial kat muka sendiri supaya aku punya muka ni tak tumbuh jerawat (tapi kalau masa period tu, memang tak boleh elak sebab kitaran hormon okeh).


Memula sekali, sebelum aku lakukan apa-apa, aku mesti pastikan aku mencuci muka aku sebersih-bersihnya dengan pencuci muka. Tak kisahlah korang pakai apa sahaja jenama yang korang suka. Tapi macam aku, aku memilih product Mary Kay, sebab aku memang selesa dengan product ni. Lagipun memang berkesan kat muka aku. So, masa cuci muka tu, ada caranya tau. Bukan boleh main boh je ikut suka hati. No..no.. no... Nak tahu caranya.. Macam ni, kalau korang nak tahu, muka kita ni ada liang-liang roma untuk bernafas. Jadi, bila kita tepek make up, ruang tu makin mengecil, jadi kalau tak cuci dan bersihkan betul-betul, pencuci tu takkan masuk kedalm ruang roma dengan betul, sekaligus takkan ade effect apa-apa pun pada kulit kita, walaupun berpuluh-puluh kali kita cuci. Cara cuci muka yang betul senang jek. Mula-mula, basahkan muka korang dengan sedikit air. Kemudian, ambil sedikit pencuci muka, dan buat lima titik pada titik fokus dimuka (dahi, dagu,pipi kanan, pipi kiri dan hidung). Selepas itu, korang mulakan cuci mula dari bawah dan naik keatas, urutkan secara membulat okeh. Urut dalam dua minit macam tu. Beri penekanan padah bahagian T muka, iaitu, dahi dan hidung. Lepas tu bilas sampai bersih. Korang akan rasa lebih segar dan kulit pun lebih bersih dari biasa.

So, lepas dah cuci bersih, bersih. Korang boleh pakai masker pulak. Okeh, tak kisahlah masker jenis apekan. Macam aku, aku pakai jenama Mary Kay untuk membersihkan kotoran muka dan bintik-bintik hitam yang kecil dan satu lagi masker aku pakai jenama Cosway. Khas untuk membuang bintik-bintik hitam yang besar dan dalam dimuka.  Untuk masker yang pertama, aku cuma pakai dalam 10 minit jek. Kemudian aku cuci. Yang bestnya masker dari Mary Kay ni adalah dua dalam satu. Kalau korang nak tahu, masker ni juga boleh dijadikan scrub. Ahahaha bestkan?. Anyway, lepas dh cuci masker yang pertama, aku apply masker yang kedua. Yang ni kena pakai lama sikit dalam 30 minit, sebab masker ni jenis krim yang bergam. Kena kering betul-betul baru boleh kopek ataupun cabut. Kalau tak mau tersiat kulit. eheheh.

So, lepas dah pulun masker dah kopek atau cabut dr muka, aku akan wapkan muka aku kat air panas dalama masa 10 minit. Sebab nak bagi liang-liang bintik-bintik hitam dan putih tu terbuak, sepaya senang aku nak tarik keluar. ehehehe, so mane yang jerawat ke ape ke, lagi senang nak dihapuskan.

Kemudian, lepas selesai aktiviti tu, aku pun apa lagi, cuci muka dengan air bersih-bersih, dan tidur. eheheh biasa aku wat facial ni memalam okeh. Keesokkan paginya, aku akan pastikan aku cuci bersih-bersih then, pakai refresher, krim pelembab, serum pengecilan jeragat than serum pemutih, sebelum aku apply make up kat muka aku. So, aku rasa, korang lebih arifkan? ni cuma contoh je aku buat facial dirumah. So, selamat mencuba. Sekian.

P/S: Next aku nak cerita pasal foot massage pulak.

23.11.11

19112011 & 20112011

Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan untuk Kak Ngah Ngan Abg Adi. Selepas tiga kali akad, akhirnya, pada petang 19112011 (sabtu), Kak Ngah atau name sebenarnya Noor Shahida Hj. Alwi, sah menjadi isteri kepada Mohd Zaidi. Tahniah korang berdua. Pasni dah boleh gie memane dengan hati tenang. Bak kata makcik-makcik semuanya.... DAH HALAL! hehehe.. Tahniah ya!














Ni mak andam untuk pengapit dan kanak-kanak.
Tak bertauliah.
nak tengok hasilnya?

Sebelum

Selepas
Tak lah pro sangat.. boleh la dari yang sebelum..
hehehe

Dan inilah Photographer yang tak bertauliah tu. 
Enjoy!
Okbai.

21.11.11

Teaser of 19112011 & 20112011

Congratz Both!

18.11.11

rant on lagu cinta

17.11.11

Two Plus Equal One

In every single things that I've done lately, 
I'm now always think of us.

I am too shy to admit that I'm totally into you. 
I love the way you are.

I keep all the memories between us properly.
You are not only my best friend. You are the other me.
My soulmate.

And now, we are waiting for the time to come.
The day that we will be together as one.
Insya Allah




16.11.11

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Okay lately ni aku tahu aku banyak update blog ni. ehehehe. Bukan pe banyak benda nk bagitahu. Ahahah. Macam menarik sangat je cerita ko kan ieka?. Tak kisahlah menarik tak, aku nak update gak. Okay ceritanya macam ni, bulan ni, aku memang kategori orang-orang miskin di Malaysia. Ahaha sebab apa? Sebab kalau korangnak tahu, dalam wallet aku cuma tinggal tiga ringgit jek. Dalam akaun pun tak ada duit. Korang bayangkan arini baru 16 November 2011. Belum pun cukup bulan. Aku ada lima belas hari lagi untuk ulang-alik ke opis, makan, itu ini sementara nak tunggu gaji akan datang. Ahahah dahsyatkan?

So nak dijadikan cerita, semalam aku dapat MC sebab tekanan darah rendah. So, doktor bagi MC sehari la suruh berehat. Tapi tak berehat pun. Aku duk kemas umah, memasak then tengah hari aku ke rumah mak ngah aku sebab nak tolong apa-apa yang patut sebab cousin aku nak kahwin Sabtu ni. Congratz Kak ngah in advanced!. Okeh, back to real story, duk ngah lepak-lepak cerita pasal duit kutu turn sapa bulan ni. Rupa-rupanya turn aku. Ngeh..ngeh..ngeh.. Alhamdulillah. Masa tu aku rasa nak sujud syukur. Ya Allah, terima kasih banyak-banayak sebab tolong hamba-MU yang betul-betul tengah sesak ni. Alhamdulillah.



So, bila dah dapat, aku pun duk la buat bajet. Almaklumlah, duit kutu tu adalah salah satu cara untuk aku kumpul duit. Then nak kawen ni kan banyak duit nak pakai. So, aku dah kira itu, kira ini. Adalah tinggal sikit tuk aku belanja sampai ujung bulan ni. Alhamdulillah.

So, minggu depan bolehlah pergi amik baju. Yahoo. Sekian.Okbai.