Pages

Followers

28.11.11

Perabot Bilik

Assalamualaikum.

Malam ni aku masih susah nak tido. Entah nape entah, sejak makin dekat majlis ni, semakin susah pulak nak tidur. Anyway, arini aku nak cerita pasal keterujaan aku membeli set perabot bilik untuk hias bilik pengantin nanti. ehehehehe. Langsir dinding dah pun aku dan ibu tempah. Warna silver, berlapikkan alas warna merah bentuk hati seperti titai. Nak tahu macamane? Tunggu bila dah siap nanti okeh!.

So, semalam aku ngan ibu, dah pergi kedai perabot untuk beli perabot bilik. Ahahah aku memang teruja okeh bile bab-bab nak hias bilik ni. Yelah, dulu aku bercita-cita nak jadi Interior Designer, tapi hasrat tak tercapai sebab ayah membantah. Okeh, tak mau citer hal tu. Nak cerita pasal perabot aku.

Zaman sekarang ni ramai yang tertarik dengan perabot yang lebih moden dan simple. Ahahah tak pulak aku. Aku pilih jenis perabot yang agak old school sikit. Ahahah. Bukan apa nak kelainan sikit. Lagi pun, designnya cantik. Then aku matchkan dengan meja console. Aku takde make up desk sebab takot tak muat bilik. bilik aku kecik je. Then aku beli almari kecik. Beli yang simple-simple sebab nanti lepas kahwin, aku pindahkan, so, bilik tu cuma sekali sekala je akan aku guna. selebihnya, adik aku le tido situ. Then, disebabkan Sepet ni jenis tak tahan panas, aku plan nak pasang air-cond. Yelah sekarangkan musim panas, jadi bolehlahkan dijadikan alasan. ehehehe.

Untuk ruangan sudut pulak, aku plan, nak beli lampu tidur berkaki untuk letak kiri dan kanan. eheheh cita-cita tinggi, tapi betullah itu rancangan aku. So, nak tahu apa bakal jadi dengan bilik aku nanti? tunggggu..

Sekian.

No comments: