Pages

Followers

29.2.12

Kamu.. Tolong?

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu….


Healthy Diet and Weight Lose

Assalamualaikum dan Morning people....

Hari ni aku nak berkongsi dengan korang tentang aktiviti terbaru aku. Okay, bermula semalam, 28 February 2012, aku dah mulakan Healthy Diet dan Weight Lose challenge untuk diri aku sendiri. Kalau korang nak tahu, sejak aku kahwin hampir tiga bulan yang lepas, berat badan aku naik medadak sebanyak 10 kg. Kenaikan yang memberansangkan. So, disebabkan baju seluar yang sudah tidak muat dan badan pun dah takde shape ala-ala Beyonce (perasan lebih nih!), aku pun tekad untuk turunkan berat badan sehingga dapat berat yang ideal.

Aku menggunakan khidmat nasihat dari Kevin Zahri untuk menurunkan berat badan disamping masih lagi boleh makan makanan yang aku suka. Kalau korang nak tahu, dengan e-book 5 minggu turun 5 kg oleh Kevin Zahri, boleh banyak membantu kita yang tak tahu pasal diet harian kita. Dulu, aku selalu pikir kalau diet ni, mesti kena tak makan nasi, asik kena makan sayur jek. Tapi rupanya aku salah. Lepas mentelaah e-book tu (aku siap print okeh!), baru aku paham apa itu diet harian yang sihat. Bukan susah nak turunkan berat badan kalau kita tahu konsepnya. Sebab itu ramai yang berjaya turunkan berat badan dengan bantuan buku oleh Kevin ni.

So, nak dijadikan cerita, aku sekarang (padahal baru hari kedua), lebih peka dengan setiap kalori yang aku ambil dan aktiviti yang aku buat. Bukan apa, aku ada target. eheheheh. So, aku nak share lah dengan korang pasal makanan yang aku amik dan aktiviti yang aku buat pada hari pertama aku mulakan aktiviti aku.

Name: Siti Zulaikha Zakaria
Age: 27
Weight (28/02/2012): 68 Kg
Height: 163 cm
BMR: 1474.3
DCR: 2064.02
Target (31/05/2012): 50 Kg

Day 1

Breakfast : 350 ml of Herbalife Shake (185 Calories), 600ml of Herbalife Tea Mix (0 calories), 1 litre of Plain Water (0 Calories)
Lunch: Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit (700 Calories), 1 litre of Palin Water (0 Calories)
Dinner: 350 ml of Herbalife Shake (185 Calories), 300 ml of Plain Water (0 Calories)
Activity: Lari Setempat 30 minutes (burn 262 calories)

So, secara keseluruhannya, aku cuma amik cuma 834 sahaja. Okaylah for starting. Aku tak berlapar dan aku still makan macam biasa, cuma kurangkan pengambilan kalori jek. Aku plan dua minggu sekali baru aku akan timbang berat badan aku. Itulah cara nak motivate diri aku. Selain tu, aku dah gantung baju lama aku sebagai pemangkin semangat untuk aku kurus semula dan berharap agar aku dapat pakai balik baju tu untuk ke opis.

Jadi kalau korang nak tahu tips-tips terbaik untuk menurunkan berat badan lepas ini, bolehlah rajin-rajin melawat blog aku ni, ataupun yang ini. Okay sok aku update lagi ya. Okay bai!

P/S: Semalam beli stock untuk makanan sihat dengan en.Husband.

27.2.12

Bengkel

Assalamualaikum dan Happy Monday...

Korang pernah kerja dari Bengkel? 
Aku sedang kerja dari bengkel.

Sekian.

P/S: MOM owh.. MOM.. Kerja keras untuk bayar bil bengkel.

22.2.12

KevIn Zahri Pesan!

SELAMAT tahun baru 2012! Apa azam tahun baru ini? Itulah persoalan biasa yang kedengaran menjelang setiap tahun baru. Ada yang ingin mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan, dapat kerja, naik pangkat, bertemu jodoh, jadi jutawan dan kuruskan badan.

Kuruskan badan?

Kebiasaannya, apabila berbicara mengenai azam yang satu ini, kaum Hawa dan Adam yang mengalami masalah kegemukan, berat badan berlebihan dan obesiti menjadi individu pertama melahirkan hajat untuk memiliki bentuk badan menawan.
Ini kerana, mereka mahu tampil menarik dan bergaya. Namun, harus diingat, jika mahu kuruskan badan, lakukannya dengan cara yang betul bagi memastikan diri anda sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit. Menyatakan azam mahu menguruskan badan memang mudah tetapi bagaimana mahu melaksanakannya? Adakah azam ini akan dilakukan secara bersungguh-sungguh atau ia hanya bakal menjadi angan dan omong kosong saja?
Justeru, bagi membantu anda, saya akan memberikan lima tip mudah untuk memastikan anda dapat menguruskan badan dengan lebih teratur. Bagaimanapun sebelum itu, saya ingin mengingatkan anda perlu tahu dengan jelas apa yang anda inginkan dan kemudian perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Antara perkara penting yang harus disematkan di dalam diri adalah jangan sesekali mudah putus asa tetapi sebaliknya terus berusaha untuk mencapai matlamat itu.
Anda juga perlu faham setiap individu berjaya menguruskan badan dengan tahap kepantasan yang berbeza. Berikut adalah lima tip untuk memastikan anda sentiasa berada di landasan yang betul dan tidak akan ‘tergelincir’.

1. Catatkan matlamat anda:

Jika anda benar-benar ingin berjaya dalam misi menurunkan berat badan, ia harus dirancang dan dijadualkan dengan baik sebelum pelaksanaannya. Ambil pen dan kertas untuk menyenaraikan semua butiran perkara yang boleh dan dilarang dibuat. Pastikan anda menyimpan kertas itu di tempat yang senang dilihat dan akan bertindak sebagai ‘alat penggera’ (peringatan).Tempat terbaik untuk menyimpannya ialah di pintu peti sejuk anda. Selain itu, anda juga perlu mengkaji semula matlamat anda pada setiap hari bagi memastikan ia masih berada di landasan yang betul.

2. Tetap dan kekalkan tarikh sasaran

Menetapkan atau menandakan tarikh sasaran pada kalendar akan membantu anda melawan kecanggungan selain dapat menghalang kegagalan azam yang ingin dicapai. Jangan biar dan benarkan rancangan anda gagal.
Rencanakan sasaran dan tarikh tertentu untuk setiap perkara berhubung agenda matlamat tetapi biarlah ia
realistik.

3. Mengawal selera makan palsu

Mulai sekarang, buang semua makanan yang kurang berkhasiat seperti kek, pastri, makanan segera, minuman berkarbonat dan snek makanan ringan. Aktiviti membuang dan menjauhkan diri daripada semua makanan itu memang diakui amat sukar pada awalnya tetapi faedah yang akan diperoleh kelak boleh membantu anda
mencapai matlamat tahun baru.
Apa yang harus anda lakukan selepas itu adalah menambah item makanan yang lebih berkhasiat ke dalam senarai pembelian barangan. Antaranya termasuk diet protein seperti putih telur, ikan dan ayam, buah-buahan seperti epal, kurma, pear, strawberi dan oren, sayuran-sayuran hijau seperti cendawan, kacang merah dan brokoli serta makanan berkalori rendah, keju rendah kalori, agar-agar tanpa gula dan air mineral.

4. Menjadi lebih cekap dan mahir

Jangan ambil mudah setiap perkara atau rutin kecil yang termasuk dalam senarai matlamat anda. Pastikan diri anda boleh melaksanakan rancangan itu supaya hasilnya berbaloi. Lakukan sesuatu aktiviti pada setiap minggu seperti anda boleh menetapkan minum lapan hingga 10 gelas air kosong pada minggu pertama.
Minggu kedua pula, anda boleh tetapkan tidak akan menggunakan lif sebaliknya berjalan saja. Seterusnya, lakukan senaman selama 20 hingga 30 minit setiap hari dan elakkan menjamah makanan yang berlemak. Pada minggu kelima pula, anda perlu ambil makanan yang kaya dengan protein serta nutrien.

5. Simpan buku rekod

Setiap perkara yang direkod atau dicatatkan selalu memberi hasil yang lebih baik dan anda tidak perlu mencabar daya ingatan sendiri. Oleh itu, simpanlah segala butir aktiviti atau langkah yang sudah dicatatkan dengan sebaik mungkin.
Gunakan bantuan visual untuk memastikan dan menyemak rejim misi menurunkan berat badan anda. Ini akan terus menggalakkan anda dalam memberikan yang terbaik seterusnya mencapai azam tahun baru dengan jayanya.
Copy from: Kevin Zahri

Diet.. Na Ah!

Assalamualaikum & Hello Peeps!

Diet? Na ah.. bukan ayat Diet yang seswai untuk plan aku kali ini. Tapi lebih kepada, penurunan berat badan secara sihat tapi gembira boleh makan apa sahaja. Seriously! Y la aku susah-susah nak turunkan berat badan. Pertamanya, aku kesian kat diri aku. Nak tahu sebab apa?? sebab perut dah boyot. Lemak dah gelebeh sana sini. Tak percaya? Sila refer gambar kat bawah ni.


I am Happy for what I got now.. But still im not HEALTHY.
Need to change my lifestyle!!

Okeh, lemak kat lengan dah macam kaki gajah. Aiyoo.. baru je dua bulan kawen. Tapi badan dah macam mak anak lima. Isk..isk..isk.. itu kan tak bagus? Aku memang sangat happy dikurniakan suami yang pada aku perfect untuk mengisi segala kekurangan aku.

Sebab kedua aku nak turnkan berat badan aku ni sebab aku punya baju masa anak dara semua dah xboleh pakai. *dahsyat kan?* baru dua bulan. tapi.. tettttttt! Okeh, skunk rase nak nangis. Bayangkan kadang-kadang aku terpaksa pakai baju en.Husband, which really not cool kalao keluar asik kena pakai t-shirt jek. Totally not cool.

Dan sebab lain, aku cepat penat lately. Yelah dulu, gie kije aku naik tren then ari-ari naik turun tangga jejantas dan jalan kaki nak ke opis. La ni, en.Husband dah bagi kereta dia kat aku. ahahah. Jadi, memang tumbesaran yang hebatlah. Punggung pun melebar seperti senyuman yang semakin melebar.

Lagi, sebab corset aku ketat!!!!! aku xleh bernafas dah kalau aku nak pkai korset. Tk sampai lima minit aku akan bukak. Then akan tinggal garisan merah jek kat badan aku. Sangatlah tak cool.

So, mulai Isnin depan, aku dah plan nak ajak cik Dira Mazlan pergi jogging bersama-sama. Kalau korang nak tahu, cik Dira ni pun, sedang menurunkan berat badan secara semula jadi. Rajin cik adik ni pergi jogging bila hujung minggu. So, ada gang! boleh sesame badan fit, sexy dan sihat!

En.Husband sangatlah suka dengan palan aku ni. Sebab malam tadi dia dah hint aku secara tersirat. dia kata "By ni comeylah.. Kalau kurus balik mesti lagi comey". So aku paham, dia nak aku kembali macam masa sebelum kawen. Well, dear Hubby... Insya Allah by tunaikan okeh.


I wish i could be like this!
CHAIYOK!!!


okay.bai

Wednesday Wordless


P/S: En.Husband sangat sweet lately
*I is fall in lurve again*

21.2.12

Next Honeymoon... Please!

Assalamualaikum and Hello Guys!

A short update from me.
Anyway guys, me and en.Husband ada plan to have another honeymoon for both of us.
Only both of us okeh!

Mana tempat yang best?

Any suggestion?
Do comment ya!

Okay bai!

P/S: en.Husband's Besties ajak pergi Goldcoast for vacation end of this year. Interesting! Mari menabung dan siapkan diri. *woots*

20.2.12

Pacu Laju-laju Katanya

Lagu ni macam comey sikit jek.
*Hakikatnya memang comey*
Aku suka part "Pacu laju-laju"
dengan part "Buku Merah jangan lupa bawa"

Okaylah, korang dengar dan enjoylah!

Bawa Aku Pergi - Kaka Featuring Zizan


"Hero Sudah Sampai.. Cepat terjun dari Loteng"

P/S: En.Husband dah bawa aku pergi dunia baru. Semoga dirahmati Allah sentiasa hubungan kami ini. Amin.

Choices!

Assalamualaikum and Hello Peeps!

Dah lama aku tak hupdate kheeeennnn? *tiru jari tak runcing sikit*. Well, arini aku nak update dan bercerita kisah aku dan en.husband selepas 63 hari kami disahkan menjadi En.Husband dan Pn. Wifey. Sebenarnya, takdelah syiok sangat cerita aku ni. Tapi, aku sangat bersyukur sebab apa yang kami impikan jadi kenyataan. Syukur atas nikmat yang Allah turunkan.

Menjadi isteri kepada en.Husband adalah pilihan aku. Yelah, setelah diselidik dikaji, diperkenalkan dengan lelaki-lelaki yang ada kat Malaysia ni. Nah.... He still the one yang mampu buat aku said "I do". Dari dulu lagi sampailah kami diijabkabulkan. Seriously! Bak kata orang tua-tua, bila kita dah mula pikir pasal kahwin ni, kita kena pikir betul-betul semasak-masaknya. Tapi jangan sampai hangit okeh. Ngeeee~. Bukan aku tak cuba untuk berkawan lebih dari seorang kawan dengan lelaki lain. Tapi, entah bila je dengan yang lain, aku rasa tak best bila en.Husband yang dulunya kawan je tu, jauh dari aku. wahahahha... terorkan en.Husband wat aku jatuh tergolek dok kat die.

Apa-apa pun, aku bersyukur dianugerahkan oleh Allah dengan lelaki yang menerima aku seadanya dan sentiasa ada bila aku perlukan kawan, teman karib, kekasih dan juga suami sekarang. Okay, sebenarnya bukan nak cerita pasal aku kahwin sangat. Actually, aku nak bercerita pasal PILIHAN ataupun CHOICES bak kate mat salleh kat luar tu.

Asal aku nak cerita pasal pilihan pulak hari ni? Sebab arini aku dah pilih untuk memulakan aktiviti diet aku yang aku dah tinggalkan sejak aku jadi isteri kepada en. Husband. Macam-macam product yang ada kat luar sana yang korang boleh amik sebagai supplement.

Tapi hari ni, aku nak share dengan korang satu rahsia yang lebih mujarab kalau korang nak trurnkan berat badan korang. Nak tahu apa dia?? EXERCISE. Well, aku tahu, ramai antara kita yang sangatlah rajin  malas nak buat exercise dan aktiviti yang mengeluarkan peluh, tapi kurus nak. eheheh.. *aku jugak golongan itu*

So, macamana nak bagi korang semua ni minat nak lakukan aktiviti yang berfaedah ni?. Jom aku share kan tipsnya!



1. Korang kena ada target yang munasabah untuk dicapai. Contohnya, macam aku, ketinggian aku 163cm dan berat ideal aku seharusnya cuma 55.5kg. Tapi sekarang ni, berat aku ni lebih 10kg dari berat yang ideal. So aku perlu turunkan 10kg.


2. Janganlah pulak korang berharap nak turun bebanyak dalam masa yang singkat. sebulan trurn 2 kg pun dah kira okay. As long as korang sihat.

3. Okay, bab makan ni. Aku pun jenis takleh control bila bab makan ni. Mane taknya, klau letak ikan siakap tiga rase depan aku. meman confirm hilanglah selera DIET aku. Selera melantak confirm datang. Pastu badan naik baru nak menyesal, ape kes. So, nak dijadikan motivasi supaya aku control makan adalah, aku akan bayangkan baju-baju aku yang saiz M tu melambai-lambai kate BYE-BYE kat aku, tiap kali aku makan dengan banyak. Dah tu bila baju tak muat, aku pun pakat pulun baju en.Husband.. Watdehek? sangat tak cantik sebab pakai t-shirt besar. Oh! NO!. Jadi control nafsu okeh.

Actually, banyak lagi tips yang korang boleh dapatkan. Kalau aku nak senaraikan kat sini, memang panjang. Insya Allah, lepas aku dah betul-betul berjaya turunkan berat badan aku ke tahap ideal, aku akan sharekan dengan korang dengan secara details. For now, aku pun baru nak start diet balik. Semoga kita-kita yang nak berdiet ni, dapat capai apa yang kita mahukan. Yang penting, semua pilihan ada ditangan kita.okay bai!

P/S: Diet secara natural tanpa supplement: Lagi 3 bulan aku update berat aku yang terkini okeh! Berusaha!

Under Construction

SORRY GUYS!

Blog ni akan ditutup sementara.. untuk penambahbaikan.

TQ

14.2.12

Ujian

Sentap bila aku tahu keadaan aku. 
Nak marah, nak sedih.. tapi ape gunakan?

Ujian itu datang dari YANG SATU. 
Aku dan En.Husband terima dengan hati yang redha.
Kita cuma berusaha, yakin dan tawakal padaNya.
Yang lain kita serahkan sahaja, kerana hanya dia tahu yang terbaik untuk kita.

Nasib en.Husband tak pernah tinggal aku sejak dia sama-sama tahu akan kebenaran itu.
Well, Thank you sayang. Ill appreciate that luv!
I tahu you takkan biarkan I rasa sedih sensorangkan.
Thanks dear.

Next month, kami akan usaha lagi.
Rawat sampai baik.
Insya Allah. Doakan kesihatan aku okeh!

8.2.12

Cerita Lama


Dear Husband,
Thanks for being such a very wonderful person. Sila kuat okeh! sy ada dengan kamu untuk lalui semua jatuh bangun kamu sekarang. Susah senang kamu, sy akan ada selalu. Itu sy janji, insya Allah. Tolong sentiasa jadi sweet, dan sentiasa ada bila kami perlu kamu macam selalu. Kamu hero kami bertiga sekarang. 

Luv,
Wife.



       
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers