Pages

Followers

20.2.12

Choices!

Assalamualaikum and Hello Peeps!

Dah lama aku tak hupdate kheeeennnn? *tiru jari tak runcing sikit*. Well, arini aku nak update dan bercerita kisah aku dan en.husband selepas 63 hari kami disahkan menjadi En.Husband dan Pn. Wifey. Sebenarnya, takdelah syiok sangat cerita aku ni. Tapi, aku sangat bersyukur sebab apa yang kami impikan jadi kenyataan. Syukur atas nikmat yang Allah turunkan.

Menjadi isteri kepada en.Husband adalah pilihan aku. Yelah, setelah diselidik dikaji, diperkenalkan dengan lelaki-lelaki yang ada kat Malaysia ni. Nah.... He still the one yang mampu buat aku said "I do". Dari dulu lagi sampailah kami diijabkabulkan. Seriously! Bak kata orang tua-tua, bila kita dah mula pikir pasal kahwin ni, kita kena pikir betul-betul semasak-masaknya. Tapi jangan sampai hangit okeh. Ngeeee~. Bukan aku tak cuba untuk berkawan lebih dari seorang kawan dengan lelaki lain. Tapi, entah bila je dengan yang lain, aku rasa tak best bila en.Husband yang dulunya kawan je tu, jauh dari aku. wahahahha... terorkan en.Husband wat aku jatuh tergolek dok kat die.

Apa-apa pun, aku bersyukur dianugerahkan oleh Allah dengan lelaki yang menerima aku seadanya dan sentiasa ada bila aku perlukan kawan, teman karib, kekasih dan juga suami sekarang. Okay, sebenarnya bukan nak cerita pasal aku kahwin sangat. Actually, aku nak bercerita pasal PILIHAN ataupun CHOICES bak kate mat salleh kat luar tu.

Asal aku nak cerita pasal pilihan pulak hari ni? Sebab arini aku dah pilih untuk memulakan aktiviti diet aku yang aku dah tinggalkan sejak aku jadi isteri kepada en. Husband. Macam-macam product yang ada kat luar sana yang korang boleh amik sebagai supplement.

Tapi hari ni, aku nak share dengan korang satu rahsia yang lebih mujarab kalau korang nak trurnkan berat badan korang. Nak tahu apa dia?? EXERCISE. Well, aku tahu, ramai antara kita yang sangatlah rajin  malas nak buat exercise dan aktiviti yang mengeluarkan peluh, tapi kurus nak. eheheh.. *aku jugak golongan itu*

So, macamana nak bagi korang semua ni minat nak lakukan aktiviti yang berfaedah ni?. Jom aku share kan tipsnya!



1. Korang kena ada target yang munasabah untuk dicapai. Contohnya, macam aku, ketinggian aku 163cm dan berat ideal aku seharusnya cuma 55.5kg. Tapi sekarang ni, berat aku ni lebih 10kg dari berat yang ideal. So aku perlu turunkan 10kg.


2. Janganlah pulak korang berharap nak turun bebanyak dalam masa yang singkat. sebulan trurn 2 kg pun dah kira okay. As long as korang sihat.

3. Okay, bab makan ni. Aku pun jenis takleh control bila bab makan ni. Mane taknya, klau letak ikan siakap tiga rase depan aku. meman confirm hilanglah selera DIET aku. Selera melantak confirm datang. Pastu badan naik baru nak menyesal, ape kes. So, nak dijadikan motivasi supaya aku control makan adalah, aku akan bayangkan baju-baju aku yang saiz M tu melambai-lambai kate BYE-BYE kat aku, tiap kali aku makan dengan banyak. Dah tu bila baju tak muat, aku pun pakat pulun baju en.Husband.. Watdehek? sangat tak cantik sebab pakai t-shirt besar. Oh! NO!. Jadi control nafsu okeh.

Actually, banyak lagi tips yang korang boleh dapatkan. Kalau aku nak senaraikan kat sini, memang panjang. Insya Allah, lepas aku dah betul-betul berjaya turunkan berat badan aku ke tahap ideal, aku akan sharekan dengan korang dengan secara details. For now, aku pun baru nak start diet balik. Semoga kita-kita yang nak berdiet ni, dapat capai apa yang kita mahukan. Yang penting, semua pilihan ada ditangan kita.okay bai!

P/S: Diet secara natural tanpa supplement: Lagi 3 bulan aku update berat aku yang terkini okeh! Berusaha!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers