Pages

Followers

21.8.10

Rindu ~

Aku rindu zaman sekolah & belajar dulu.. Zaman gelak ketawa yang tak henti.. Zaman nakal.. Zaman aku mula kenali mereka... Kawan2 terbaik aku..

1. Ayu: Kawan yang aku kenal dari Darjah 1. Sayang sangat dengan dia. Dulu kecik2 kami selalu kayuh basikal pergi FRIM, hahah mandi air terjun. Bila nk petang baru balik. Dia kwn yang sangat aku senangi. Banyak benda yang kami share dari darjah 1 sampailah sekarang. Dah 18 tahun kami kawan. :)

2. Shasha: Aku kenal masa darjah 1 jugak. Awek yang jadi rebutan ramai dulu. Hehehe.. budak pandai ni. Sangat baik dan sangat hargai kawan2 sekeliling. Cuma lately, jarang dapat khabar berita. Dia mcm biskut sikit bila BZ. Tapi, BF dia nama sama ngan BF aku.. HAFIZ ;)

3. Mimah: Kawan aku yang paling tinggi, Slim. Macam model. Dari dulu smp sekarang tak gemuk-gemuk. Agak perahsia kawan aku ni. Tapi sangat best kalau lepak sama. Ada je benda nk gelak.

4. Ila: Sweet person. Isteri kepada kwn BF aku. Sangat sukakan komik. Tak sangka dunia ni kecil je. But My Dear, aku tunggu Ila & zack junior... i want twin as my adopted baby ;)

5. Nadlia: Kawan paling gila. Baik. Dah pun jadi bini orang. Tak kedekut. Sekarang dah mengandung. Tapi stil maintain. Gud2 :)

6. Ijat: Ni pun dah jadi bini orang. Kwn aku masa STPM She's the best ever. Ijat rindu kau!!

7. Ieja: Kawan yang selalu bantu aku masa kolej dulu. Selalu tumpangkan aku pergi kelas dan balik kepong. Mana kau sekarang ya??

8. Hana: Ni pun dh hilang. Mana perginya kakak aku sorang ni. Sangat pandai. cantik. comey dan sangat baik. Hana, aku rindu kau :(

9. Echa: Kwn yang baik. Selalu nasihat aku. Selalu tumpangkan aku gi kelas naik BAJAU HIJAU dia. Echa... kalau kawen jmput aku. :)


~miss those days~

Bila kita bersyukur...

Bila kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada,
Insyallah semuanya akan jadi indah,
Bila kita kurangkan rungutan,
Insyallah semuanya akan jadi mudah,
Bila kita sentaisa muhasabah diri,
Insyallah kita takkan lupa diri.
Bila kita sentiasa bersyukur,
Insyallah hati tenang, jiwa bahagia,
Tapi.....,
sebaliknya kebanyakkan dari kita jarang bersyukur dengan segala pemberiannya,
sentaiasa saja merungut tiap kali datangnya ujian,
dan kurang muhasabah diri demi kebaikkan sendiri.


Aku tak kata pada sesiapa. Tapi pada diri aku sendiri. Bila aku fikir2kan balik, aku antara manusia yang banyak lalai. Banyak lagi yang perlu aku belajar.

Dari mana harus aku mula semuanya?? Dari dalam diri aku sendiri. Belajar memaafkan dan memohon maaf dari orang. Aku telah cuba sekali, dan aku rasa sangat lega. "Ya ALLAH terima kasih untuk petunjuk itu".

Aku harus memikirkan amalan diri sendiri. Aku harus belajar membetulkan apa yang silap. Aku harus terus berusaha mengubah segala kekurangan. Cakap banyak, tapi yang penting-penting sahaja. Share apa yang patut sahaja dan jangan mudah percaya akan orang yang baru aku kenali.

Aku mahu berjaya dengan hasil usaha aku sendiri. Ya ALLAH aku mohon pertunjukmu. Semoga apa yang aku harapkan demi kebaikkan diri aku dan orang sekelilingku dimakbulkan TUHAN. Insyallah. Amin ya Rabbal Al-amin.

14.8.10

Maaf Yang Belum Terucap

Bulan puasa ni, banyak yang telah TUHAN tunjukkan pada aku. Sekarang barulah aku tahu, siapa kwn dan siapa lawan.. Musuh sebenarnya kadang2 lebih baik dr kawan yang baik dengan kita. Lagi2 kalau kwn tu adalah gunting dalam lipatan. Aku tak tunding jari pada sesiapa, sesiapa yang mkn cili, dialah yang terasa :)

Aku tak sangka, dibelakang aku macam2 yang dilakukan tanpa pengetahuan aku. Untuk apa? seronok memburukkan orang? Seronok memporakperandakan kehidupan orang? dapat apa? kepuasan? Dapat dosa lagi adalah. Aku hampir jadi seperti dia dulu. Nasib TUHAN tu maha adil, maha mengetahui, DIA celikkan mata aku. DIA bukakan hati aku. Syukur aku rasa. Jika tidak, aku juga akan dapat perkataan MEMBENCIKAN didahi aku ni. Aku tak mahu masalah begitu. Susah hidup nanti.

Aku ingatkan dh selesai segala isu yang berbangkit. Cerita & fitnah yang ditaburkan, tapi.. baru2 ni aku dapat tahu bhw, dialah dalang yang menyebabkan aku & lelaki itu bermasam muka, dan segalanya jadi tak tentu hala. Apa yang kau dapat buat mcm tu? Apa kau nk sebenarnya? Siapa saja yang kau kenal, tak kira baru atau lama, yang kau mulakan friendship tu dengan baik, dan akhirnya, kau TIKAM KAWAN KAU DR BELAKANG. Insaflah... sampai bila?? Hidup ni tak lama, sekejap je. Bertaubatlah. Ingat TUHAN. Aku harap kau berubah. Jangan disekat rezeki orang. Jangan dipertikai kebolehan orang. Jangan dijaja keaiban orang. Jangan diuji kesabaran orang. Bukalah mata, fikirkanlah apa yang telah kau lakukan. Berapa ramai yang telah kau aniaya sehingga ada yang berhenti kerja. Untuk apa kau lakukan? kerana CEMBURU? HASAD DENGKI? Rasa TERGUGAT? sudahlah, umur semakin hari, semakin tua. Fikirkanlah wahai insan.

Sejak aku tahu cerita yang kau lakukan belakang aku selama ni, aku dh pun mtk maaf sendiri dengan lelaki tu. Terpulang pada lelaki itu untuk maafkan ke atau tidak. Tapi, untuk kau, aku doakan kau bahagia. tapi TLG BERHENTI ganggu & sibuk urusan aku. Kau buat saja kerja kau. Aku buat kerja aku. Senang. Aku dh muak & jelak dengan cerita2 dan fitnah2 kau terhadap aku. Jangan dekati aku. Jangan cuba memfitnah lagi, kerana, sesungguhnya, fitnah tu lebih dahsyat balasannya dr membunuh. INGAT TU!
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers