Bila kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada,
Insyallah semuanya akan jadi indah,
Bila kita kurangkan rungutan,
Insyallah semuanya akan jadi mudah,
Bila kita sentaisa muhasabah diri,
Insyallah kita takkan lupa diri.
Bila kita sentiasa bersyukur,
Insyallah hati tenang, jiwa bahagia,
Tapi.....,
sebaliknya kebanyakkan dari kita jarang bersyukur dengan segala pemberiannya,
sentaiasa saja merungut tiap kali datangnya ujian,
dan kurang muhasabah diri demi kebaikkan sendiri.
Aku tak kata pada sesiapa. Tapi pada diri aku sendiri. Bila aku fikir2kan balik, aku antara manusia yang banyak lalai. Banyak lagi yang perlu aku belajar.
Dari mana harus aku mula semuanya?? Dari dalam diri aku sendiri. Belajar memaafkan dan memohon maaf dari orang. Aku telah cuba sekali, dan aku rasa sangat lega. "Ya ALLAH terima kasih untuk petunjuk itu".
Aku harus memikirkan amalan diri sendiri. Aku harus belajar membetulkan apa yang silap. Aku harus terus berusaha mengubah segala kekurangan. Cakap banyak, tapi yang penting-penting sahaja. Share apa yang patut sahaja dan jangan mudah percaya akan orang yang baru aku kenali.
Aku mahu berjaya dengan hasil usaha aku sendiri. Ya ALLAH aku mohon pertunjukmu. Semoga apa yang aku harapkan demi kebaikkan diri aku dan orang sekelilingku dimakbulkan TUHAN. Insyallah. Amin ya Rabbal Al-amin.
No comments:
Post a Comment