Pages

Followers

22.10.13

STERIMAR- Nasal Hygiene for babies n kids

Assalamualaikum.... 

Juz nak share info from a fren of mine... seorang dokor yang ada anak kecik.. anak sulung.. dan sangat risau like me bile anak sakit... ihihi...

Attention to mommies.... 
 Now tengah musim URTI (upper respiratory tract infection). Baby boleh dapat demam/selesema/batuk. Usually viral (so xpayahla bagi antibiotic sbb antibiotic fight bacteria unless pegi Dr and Dr noted ade element of secondary bacterial infection).

So sape2 yg tengah ada simptom ni dinasihatkan jgn cium baby and hand hygiene kne jaga btol2, lepas batuk or bersin kne cuci tangan. Sila jaga etika bersin and batuk jgk . Aqil my son, had the same symptoms + being cranky on last Sunday .I pki nasal aspirator but dpt aspirate sket je. Hingus die meleleh je mcm air haha.


Then pagi smlm noticed die ssh nak bernafas and nafas die laju . So i decided to bring him to see a Paediatrician (luckily the specialist is my husband's cousin so sng la nk jumpe haha). And she gave us this nasal spray and siap ajar mcm mne nk gune . Ms buat the 1st time, Aqil menjerit2 mengamok2 smbl tendang2 bapak die (maybe sakit kot) tp hingus klua banyaaakkkkkk gileeeeeee.


Blk rmh, i thought bende tu akan sebabkan die sakit so i try it on myself, xrase ape2 pon, painless!. Ptg smlm i buat kt Aqil lg, tp x byk dh klua then die tido like 1000 years x tidoTido pkl 1am, pkl 7am bru mintak susu hahahaha.This morning die bangun tido senyum2 kt i haha dh ok sgt idong die tp i buat lg klua hingus yg kuning2 dh pekat gile lps tu die ok.


Now tgh tido ni.. I bace blog, dorg ckp kt Tesco Watson or Guardian ade jual RM 25-28Try la gne bende nih tp kne tgk youtube dlu cne nk gune. It really do wonders!!


So all mommies kay luar sane blhlah cube gune product dibawah ni... tadaaaa...


Gud luck.... bye.

20.9.13

Sorry

Sorry dear beloved ibu...

I know that im not being fair to you and ayah... But there's nothing i could do. Im trying to give the best as i can, but seem like i never be fair to you and ayah. Menjadi isteri, ibu dan anak dalam masa yang sama lately ni agak menyentap jiwa. Ieka baru nak mule berniaga kecil-kecilan nampaknya dah datang ujian yang Ieka rase agak tidak adil buat ibu dan ayah. Walaupun diorang tak show off perasaan itu, tapi dari cara bercakap, reaksi diorang, Ieka dah boleh agak. Sorry ayah.. sorry ibu.

Tak boleh nak teruskan, nanti banjir. Len kali sambung.. tapi juz nak ckp sorry ibu and ayah.

Bye.

18.9.13

Lama

Fuhh..fuhh... fuhhh buang habok sikit

Assalamualaikum dan Hi korang...

Dah lama sangat Ieka tak update blog ni kan, sejak ada anak dan mula bekerja ni, macam tak dan ape-ape nak update. Alasan ko kan... macam bizi bebenor. Okay, anyway since dah lama sangat tak update. Hari sajalah nak update pasal apa yang terbuku dihati. Ieka sedarlah selama ni Ieka ni bukanlah pekerja yang sempurna, tapi I always try to delivered everything dengan baik which is semua kerja pun kite kena buatkan susah ke senang ke, kena buat jugak. So, after 5 years dekat company yang sama, Ieka rase syukur sangat sebab ade team mate yang yang best. Sangat support each other. Cuma, agak mengecewakan bila hak kita dilewat-lewatkan atas alasan salah kita untuk perkara yang tak sepatutnya. Kecewa memang sangat kecewa. Oleh sebab itu Ieka sangat gigih mencari kerja lain. Bukan untuk Ieka tapi untuk anak dan keluarga. Sampai bila nak diperkotak-katikkan oleh orang lain. This is so unfair.

Pada Ieka ada degree atau tak, itu bukan isu, pengalaman yang mengajar seseorang untuk lebih matang. Jika nak compared pengalaman 5 tahun dan 20 tahun adalah sangat tak fair. Tapi manusiakan , bila ada diatas, yang dibawah ni dipandang macam takde hasil. What a shame. Kesian, seseorang berpengalaman luahkan kata tanpa pikirkan hati dan perasaan orang. Yang sangat tak professionalnya, bila dibelakang digelakkan orang tu pulak beramai-ramai. Kesian melayu kita. Sangat kesian.

Okaylah tak mahu cerita yang tak seronok tu. Lepas ni kita cerita yang seronok pulak. Yang dah berlaku tu biarlah Allah yang membalasnya. Kita hanya berdoa dan terus berdoa agar satu hari nanti orang tu akan termakan balik kata-katanya.

Bye.

6.8.13

Ramadhan And Eid Mubarak

Assalamualaikum dan hello korang,

Lama jugak dh tak update blog ni kan. So camne dengan puasa, okay ke idak.. Untuk Ieka, Alhamdulillah tahun ni dapat full, Insya Allah uoollss. Nak cerita pasal raya, tahun ni masih lagi beraya dirumah sebelah suami..... Sounds macam so sad kan.. ahahahha.. Yelah, nak buat macamanekan, nak jadi isteri solehah katenya haruslah ikut kehendak suami walaupun dalam hati Tuhan sahaja yang tahu sakitnya. I wish that one fine day I could celebrate my eid mubarak again with all my MD's clan. One fine day, Insya Allah. Bila tahunnya, Ieka pun tak pasti.

Throw back my eid mubarak celebration masa anak dara dulu, sangat meriah tau. Pagi-pagi dah gather dekat umah maksu, makan sama-sama pergi solat raya sama-sama riuh rendah umah maksu. Well walaupun kami beraya di Key Ell sahaja, tapi sangat meriah tau. Kami sangat unite. Kami sangat close to each other. Kami melaram baju raya dipagi-pagi raya. Rebut bilik air gelak tawa jerit-jerit bile lambat. Owh man... I started to cry.. I really miss those moment.

so, I wish one fine day, Insya Allah I will be able to salam my parents dipagi raya again macam mase dulu-dulu and tak payah berair mata dalam telefon sebab tak live emotion. Kalau dalam telefon i even couldnt speak much sebab air mata dah mencurah-curah dulu, tapi suara tak keluar. demmmmmm...


20.7.13

Breastfeed .... Pumping

Assalamualaikum and hello peeps!..

Fuh! Fuh! Fuh! Berabok habis dah blog ni. Lama betul Ieka tak update. Aiyooo... I been so bizi la lately ni. Mana taknya, kerja yang ditinggalkan tiga bulan yang lepas dan sepatutnya disiapakan oleh cik pengganti sementara, tapi haremmmmm satu kije pun dia tak setel. Sangat tak patut okeh!. So, macam baik Ieka tinggal je kije tanpa pengganti. Geram sungguh rasanya. Tapi takpelah, everything almost done now. Biar Allah yang balas la kan.

Anyway, hari ni Ieka nak bercerita tentang breastfeeding yang sangat best dan sesi pumping yang mengujakan. Alhamdulillah, sudah hampir empat bulan selepas melahirkan Hani Zahirah Muhammad Hafiz Ieka rasa sngat teruja untuk melalui hari-hari sebagai mama  yang sangatlah interesting. Hani Zahirah pun dah becok berbual dan mengagah orang kalau kita main-main dengan dia. Menjadi mama kepada Hani memanglah satu keajaiban yang Ieka tak tau nak describe macamana. Yelah, bila rasa down pasal kije, balik umah dapat gelak ketawa dengan my precious one, memang sesuatu benda yang ajaib. Itulah keistimewaan yang Allah hadiahkan pada Ieka dan Apiz.

Okay, enough pasal keterujaan main dengan anak. Now lets talkabout mom's milk. Alhamdulillah, setelah empat bulan melahirkan si comel, Ieka masih berjaya memberi Hani susu badan secara eksklusif. Moga-moga dapatlah berterusan sehingga umur si comel Hani dua tahun. Ameen. Itu target Ieka. Tapi now Ieka fokus untuk enam bulan pertama ni. Hopefully dapat tempuh segalanya dengan baik. Insya Allah semoga dipermudahkan oleh Allah.

Sehingga hari ini, Ieka akan pastikan setiap hari Ieka akan pam susu untuk Hani diofis. Yelah, kenalah rajin pam kalau tak camne nak pastikan hani dapat sumber makanan yang terbaikkan. Pernah sekali tu, susu Ieka mule merundum mase mule-mule Ieka start kije. Maybe sebab Ieka stress dengan pengganti yang supposedly mengganti tempat Ieka tu, tapi haishhhh susahkan manuasia ni. Takpelah semoga Allah saje yang membalaskan. Hasil bulanan yang kite dapat tu sendiri mau ingatlahkan kalau tanggungjawab kita, kita tak laksanakan dengan sepatutnya. Wawahualam.

Setiap hari Ieka akan pam empat kali di ofis. Ieka akan catat setiap jumlah susu yang Ieka dapat. Kebiasaanya Ieka akan mengepam jam 9.30 pagi, 12.00 tengah hari, 2.30 petang dan 5.00 petang. Biasenya kalo empat kali pam ni, dapatlah dalam 10 hingga 15 oz gitu. Itu pun dah Alhamdulillah. At first bile tengok kawan-kawan yang lain punya susu lagi banyak, Ieka selalu rasa iri hati. Yelah asik terfikir kenapa susu Ieka tak banyak macam tu. Tapi, bile dapat nasihat dari kawan-kawan yang lain supaya yang rasa down atau rendah diri, rasa susu macam tak cukup, Ieka cuba bersemangat balik dan sentiasa bersyukur dengan hasil yang Ieka dapat. Allah lebih tahu keperluan untuk Hani. Sebab tu Dia anugerahkan susu banyak tu untuk Ieka.

Selain daripada kerap mengepam, Ieka amik jugak supplement untuk breastfeeding daripada Shaklee iaitu ESP, Alfafa plus Ieka amik Lechithin jugak untuk kurus. ehehehe... barulah gojes nak bawak hani jalan-jalan. Sejak amik supplement ni memang sangat bertenaga. Walaupun bulan puasa dan kerap mengepam, tapi Ieka takdelah rase tak bermaya. Alhamdulillah setakat ni, masih mampu berpuasa dengan baik. Sape nak mencuba, bolehlah segera dapatkan set breastfeeding Shaklee daripada agen anda yang terdekat. To all my cousins pun kalo nak, boleh bagitau ioolsss. Nanti wassup ioollss. Ieka tak jual tapi, ade kawan-kawan terdekat yang menjual jadi boleh la bantu membantu. Win win situation.

So, pada bakal-bakal ibu, ibu yang dalam pantang or ibu-ibu yang sedang menyusu, semoga kamu semua terus kuat dan gigih dalam memeberikan makanan yang terbaik untuk anak kita. Tapi sekiranya anda tidak dianugerahkan atau tidak dapat menyusukan anak anda secara esklusif, jangan sedih ya. Insya Allah ada hikmah disebalik apa yang telah Allah tentukan. As long as anak anda sihat dan ceria, apa saja jenis susu yang baik boleh anda sediakan untuk mereka. Take care guys.

Hani Zahirah masa 2 bulan setengah

Masa ni dah 3 bulan 



ketiga-tiga gambar ni masa Hani 3 bulan setengah.
Peha drumstik yang tak dapat dibeli dekat mana-mana KFC okeh...


Hani dah cukup 4 bulan dan sekarang tengah kemaruk nak menyiarap

dan kat bawah ni gambar mamanya pulak selepas berpantang dengan set TruBellai.
Awesome!!

okbai.



10.4.13

Janji Allah Itu Pasti... Alhamdulillah

Assalamualaikum dan hello kawan-kawan...

Syukur Alhamdulillah, masa Ieka sibuk taip post ni, Ieka dah pun berpantang selama 32 hari. Yahoo!! lagi 13 hari sahaja lagi nak abis pantang. Pewwit!! lepas ni kami (Ieka dan baby boo) boleh pergi shopping together-gether sebelum Ieka mula bekerja. Ieka sangat happy sebab berat baby boo pun dah naik lagi. Alhamdulillah. Kalau korang nak tahu masa baby boo lahir berat dia cuma 3.21 kilogram. Tapi selepas sebulan dilahirkan sekarang ni berat baby boo dah 4.40 kilogram. Naik 1.19 kilogram dalam masa sebulan. Rahsianya?? Keep breastfeed non-stop peeps! Mama baby boo pula dah turun 14 kilogram. Double yeah!! Sebelum bersalin dulu berat Ieka adalah 83 kilogram dan sekarang berat Ieka adalah 69 kilogram dan sedang berusaha untuk turunkan lagi 9 kilogram sebelum mula bekerja dan 8 kilogram lagi sebelum bermulanya bulan puasa. Korang doakan ya semoga Ieka dapat capai target yang diigini.

Anyway, sebenarnya Ieka ada lagi berita gembira yang ingin dikongsikan. Sejak bercuti pantang ni, Ieka selalu pikir untuk tingkatkan ekonomi family. Selain daripada nak bantu Hafiz ringankan beban keluarga, kalau ada duit lebih tu, boleh la dibuat simpanan dan kalau-kalau terdesak ada jugak duit tersimpan. Ye dak?? Sejak ada baby boo ni banyak betul rancangan masa depan yang Ieka plan. eheheh bercutilah, cari rumahlah, macam-macam lagi. Semoga niat Ieka ni diperkenankan olehNya. Ameen.

Okay back to berita gembira yang lagi satu yang Ieka nak share tu adalah Ieka telah dipanggil untuk menghadiri exam PTD M41. Dah dua tahun lebih Ieka tunggu tau. Akhirnya, dipanggil jugak. So, dengan peluang yang ada ni, Ieka akan study betul-betul. Nasiblah sekarang tengah cuti bersalin, jadi sementara baby boo tido, dapatlah Ieka belek-belek isu-isu semasa yang berlaku kat Malaysia ni. Hopefully, dapatlah Ieka jawab dengan baik. Semoga Allah permudahkan segalanya. Kalau ada rezeki dan diterima masuk ke sektor kerajaan, inilah anugerah Allah dan rezeki yang ditrunkan buat baby boo. Doakan untuk Ieka ya.





P/S: Dah lama tak stay up memalam dan study. Berusaha!!

9.4.13

New Header... Owh! Pelish!!

Assalamualaikum dan hai korang....

Rasa dh lama sangat Ieka tak update blog ni kan? Last Ieka update rasenya dua minggu lepas untuk memperkenalkan si cantik dan harta paling beharga untuk Ieka dan Hafiz iaitu kehadiran puteri sulung kami, Hani Zahirah Binti Muhammad Hafiz. Alhamdulillah, kehadiran si cantik dan berharga ini, betul-betul memberi cahaya ketenangan dan kebahagian kepada kami berdua. Dia pelengkap kasih sayang kami. Hari-hari Ieka rasa setiap saat sangat bermakna. Tak terucap dengan perkataan perasaan yang Ieka rasa. Tapi perasaan ini sangat istimewa. Syukur Ya Allah.

Anyway, sebenarnya, arini Ieka nak cerita pasal Header Blog ni. Since Im not Mommy to be lagi, sebab kenyataannya I am Mommy to my precious baby. Ieka rasa dah selayaknyalah Ieka membuat Header yang baru. So, Ieka pun memerlukan idea untuk buat header baru. Kalau sebelum ni, header blog ni Ieka dapat inspirasi daripada blog Kak Amy , kali ni Ieka nak cari idea yang lain sikit. Maknanya kena kerah sikit otak ni supaya dapat menjadi kreatif seperti zaman belajar dulu ya. Almaklumlah, sejak bekerja ni, tahap kreativitinya agak kurang dan kelaut.

Sejak jadi mommy ni, Ieka rasa happynya lain sangat. Seronok bukan main bile dah ade baby ni. Ehehehehe. Hari-hari boleh tgk dia membesar. Hari-hari nampak sesuatu yang baru baby buat. Too bad, papanya jarang ada dengan kami. Yelah, Ieka berpantang kat umah ibu dan ayah di Kepong. Hafiz pulak, kena kerja dan dia duduk Cheras sebab dekat sikit nak pergi kerja kat Sepang. Lagipun, jimat sikitkan. Bila hujung minggu je baru dia balik. Tiap kali Hafiz nak balik Cheras, babynya confirmlah tak boleh nak ekspres ape dirasakan. So, mama dia akan hujan tiap-tiap minggu. Tapi Alhamdulillah, dah hampir sebulan berpantang, makin kuat Ieka rasakan. Ieka nak cepat sihat, nak cepat abis pantang. Bukan sebab tak tahan, tapi Ieka tak sabar nak bawak Hani Zahirah jalan-jalan tengok kehidupan diluar. Ieka nak kami bertiga berjalan sebagai family.

Okaylah, sekarang nak pikir macamana nak buat header baru untuk blog ni. Nanti bila dah ada header baru tu, akan Ieka upload dengan segera.

19.3.13

Yang Tenang dan Yang Berkilauan

Assalamualaikum dan Hi...

Introduce to all of you... Our Baby Boo.. HANI ZAHIRAH BINTI MUHAMMAD HAFIZ

Day 1

Day 2

Day 9

Day 10

Mama and Papa Love you Sayang!

8.3.13

Muhasabah dengan Berdoa

Terima Kasih Ya Allah atas segalanya..
Moga Kami tidak lagi leka..
Insya Allah..

Assalamualaikum dan Salam Jumaat untuk semua.

Hari ni Ieka nak share something yang Insya Allah boleh membuka minda kita sejenak untuk menginagti DIA yang satu. Sebagai manusia, memang lumrahnya, kita perlu sentiasa mengingati DIA tak kira waktu susah atau pun senang. DIA akan sentiasa ada dengan kita. Tapi kita sebagai manusia memang kadang-kadang leka akan tanggungjawab kita kepada-NYA. Kita lalai dan alpha. Oleh itu, jom kita hayati, bagaimana nak bermuhasabah dengan berdoa kepada-NYA.


مبسم الله الرحمن الرحيم


DOA 

Apa itu Doa?

Daripada al-Nu'man bin Bashir r.a.; Rasulullah s.a.w. bersabda: 
'Doa adalah ibadah.' [Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi]

Untuk diejanya perkataan doa memerlukan huruf yang sedikit sahaja, iaitu tiga huruf (D.O.A). Seringkas ejaannya maka begitulah perbuatannya. Berdoa adalah sebuah ibadah yang sangat mudah. Maka bersyukurlah kita kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang maha pemurah dan maha mengasihani yang mengurniaan sebuah ibadah yang dipanggil doa.

Kenapa Perlu Doa?

Doa menunjukkan perbezaan antara perhambaan manusia dan perhambaan dengan Tuhan. Allah SWT memberikan ibadah doa kepada kita sebagai medium dan tempat terbaik untuk meluahkan perasaan kita sebagai hamba-Nya. Malah, Allah SWT sendiri melabelkan bahawa berdoa adalah sebuah ibadah yang mulia disisinya. Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T melainkan doa."
[Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah]

Tetapi dalam kalangan kita pula asyik memandang enteng akan kelebihan berdoa ini. Contohnya selesai solat, terus beredar tanpa berdoa sedangkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi menyatakan:

"Rasulullah s.a.w. ditanya oleh seseorang: "Apakah doa yang lebih di dengar, lebih makbul dan mustajab?' Baginda s.a.w. bersabda: "Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat fardhu."

Aku Dah Penat Berdoa! Sebagai manusia kita seharusnya jangan cepat berputus asa. Kita menyalahkan Allah SWT kerana tidak memakbulkan doa kita sedangkan kita tidak bersungguh-sungguh dalam meminta. Banyak hadis yang mengatakan keadaan, tempat dan waktu yang mustajabnya doa kita; di antaranya :

Berdoa ketika berbuka puasa
Berdoa ketika bermusafir
Berdoa di antara waktu azan dan iqamah
Berdoa di hujung solat-solat fardu
Berdoa pada waktu penghujung malam
Doa orang dizalimi
Doa bapa kepada anaknya

Tetapi, adakah kita tahu bila masanya Allah SWT akan mengkabulkan doa kita? Adakah esok, lusa atau sepuluh tahun kemudian atau dia mungkin tidak memakbukan doa tersebut? Adakah kita tahu, mengapa Allah S.W.T mengatur sedemikian rupa ?

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul."
[Surah al-Baqarah: 186]

Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Menurut al-Khatabi:

"Jika Allah SWT tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya dari kecelakaan, atau menggantikannya dengan pahala."

Menurut Hukama:

"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi apa yang dipohon, atau menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak dari yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."

Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya."
[Surah al-Baqarah: 216]

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi, maksudnya:

"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku,
maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini."
[Hadis Qudsi]


 ~  لا اله الا الله محمد رسول الله  ~


Semoga aktikel ini dapat memberi maafaat kepada kita semua. Insya Allah.

Petikan ini diambil daripada team KRIS (eNCoral Digital Solutions Sdn. Bhd)

P/S: Allah itu maha mendengar dan melihat setiap penderitaan dan kesedihan hamba-NYA. Teruskan berdoa dan mendekati-NYA. Insya Allah, lambat atau cepat pasti ada akan dimakbulkan. Percayalah bahawa janji Allah itu Pasti.

7.3.13

Seluk.... Scary! (Part 2)

Assalamualaikum dan Hai kawan-kawan...

So, mari kita sambung kisah Ieka diseluk dan sambungan masa jumpa my own doktor.

6 March 2013 (Rabu)

Pagi-pagi lepas breakfast semua, kiteorang berdua, me and my husband tengok tibi dulu. Pastu dalam pukul 12 tengah hari macam tu, kiteorang pun ke klinik doktor Ieka yang biase tu. Bukan tak mau pergi awal-awal, tapi takot doktor lambat masuk. So, kul 12 tengah hari tu, kire perfect time. Sampai je klinik, Ieka pun pergi kaunter tuk bagitau nak jumpe doktor. So, kami duk jap dalam 15 minit camtu, Ieka pun dipanggil masuk. Mase masuk je my doktor dah pelik. "Eh, ur appointment on 9th rite? whats bring u here?" So, Ieka pun duduk, sambil letak buku merah Klinik Kesihatan tu, Ieka pun cerita la apa yang jadi dari A sampai Z. 

Terbeliak mata my doktor masa Ieka bagitau yang Ieka bleeding banyak masa doktor tu seluk. Then my doktor tengok buku report dan geleng kepala sambil cakap.... "That's doctor not supposed to do VE treatment on you. You know why?? because u dun need it!. Baby masih at early stage. belum engaged banyak pun. Dia tak patut seluk sebab dia dah tahu baby kat atas lagi. Walaupun dah bukak dua sentimeter. So bad la.... this doctor. Ini yang I sedih dengan hospital yang u pergi ni. Banyak kes dah I terima. Yang sampai gugur pun ada sebab their careless.... silap masuk ubat... how bad their services kan"

Ieka pun telan air liur dan terfikir, no wonder ramai orang cakap macam-macam pasal hospital tu. Rupenya banyak doktor giler kat situ. isk..isk..isk... bahaya betul. So, lepas dengar my doktor pny tips dan nasihat camane nak handle doktor-doktor giler yang macam ni, Ieka pun bagitau pasal sakit belakang. Then doktor pun urutkan sikit dan Alhamdulillah, lepas doktor urut tu Ieka dah boleh jalan macam biase. Syukur sangat-sangat. Thanks doktor. 

So, kejadian ngeri tu telah menyebabkan Ieka bleeding dua hari. Fobia nak pergi hospital lagi dan rase down sangat. Tapi, nasib Ieka ada husband, family, kawan-kawan, dan sedara mara yang bagi moral support supaya bangkit balik jangan takot-takot nak bersalin. Alhamdulillah baby pun okay. So, pasni if doktor nak buat apa-apa kat badan uoollss please and please asked them first, kenapa dia nak buat itu dan ini kat uoolss. Apa rasionalnya kalo dia buat itu dan ini kat uoolss. You have the right to fight and ask sebab itu nyawa uoollss dan anak u. 

So, for doktor-dokto kat luar sane, especially hospital kerajaan,  tapi bukan semuanya ya... segelintir dari anda-anda ni....Ieka just nak tegur sikitlah ya, korang dibayar gaji dan diberi kepercayaan untuk merawat orang ramai kat Malaysia ni agar diorang dapat hidup dengan sihat. Bukan untuk menyakiti mereka. Korang tolonglah bersikap professional. Walaupun korang dalam keadaan marah. Tapi kena professional... Hal rumahtangga jangan bawak ke hospital.. masalah dengan click pun jangan bawak dalam wad... Sebab ape??? sebabnya nanti yang mangsanya adalah kami rakyat Malaysia ni. Kerajaan amanahkan korang sebab diorang yakin korang mampu merawat pesakit yang ramai-ramai ni dengan ikhlas dan dapat berikan rawatan terbaik. Bukan semua orang mampu nak pergi hospital private. So, pleaselah ubah sikit perangai tu ye. Pikirlah kalau ur family kena treat macam yang uoolss treat orang ramai. How do you feel? mesti marahkan. So are we. Jadi harap ada improvementlah ye. Kite hidup bukan lame. Kalau still tak berubah, akhirat nanti nak menjawab soklan-soklan pasal tanggungjawab susah wehhhhh... jadi pikirkanlah ye.

P/S: Ieka cukup pantang kalau nurse ke doktor ke duk maki-maki orang sesedap rasa dia. Mulut tak berjaga. Kalau rasa tak boleh layan orang bebaik, rasanya better jangan jadi nurse or doktor. Buat tambah dosa bebanyak jek. Kalau awak tak suke orang maki awak, so, ingat-ingatlah sikit ye. Bukan awak je ade perasaan, orang lain pun ade perasaan. Ingat kerja awak tu Ibadah. Jangan pandai cakap macam-mcam tapi at last, awak sendiri pun tak betul. Sekian.,

Seluk... Scary! (Part 1)

Assalamualaiku dan Hello kawan-kawan....

Hari ni Ieka nak cerita pengalaman seluk menyeluk yang Ieka lalui baru-baru ni dan I am vey-very sure bakal-bakal ibu seperti Ieka ni nak tahu sangat pengalaman orang yang pernah di seluk. Seluk ni bahasa kite-kite l yang selalu pakai kan... Actually seluk ni atau dalam bahasa doktor-doktor la kan VE Treatment ni adalah salah satu prosedure la yang perlu doktor buat kat ibu-ibu hamil tuk tahu baby dah engaged ke tak. Caranya dengan memasukkan jari kedalam saluran kemaluan untuk mengenalpasti bukaan saluran sebelum baby dilahirkan. Bukaan kena cukup sepuluh sentimeter (10 cm) baru boleh push baby... push.. and push. Sekarang faham ya ape itu seluk kawan-kawan?

Anyway, lets I share with uoollss pengalaman seluk menyeluk yang I alami ya. For those yang agak fobia ke hospital, Ieka nasihatkan jangan ambil negatif side ya. Ambil sebagai ikhtibar dan sentiasa pikir positif supaya  uoolss tak cuak atau bimbang kalau kena seluk nanti. Okay, mari-mari Ioollss story.

5 March 2013 (Selasa)

Ieka bangun awal sangat Selasa haritu sebab perut memulas-mulas mcm nak kena cirit-birit. Tapi bila pergi toilet takde ape pulak yang keluar. Haishhh... frust betul. Dah dua tiga hari macam tu. Rasa marah dengan diri sendiri sbb tak boleh nak perform dengan baik dalam toilet lately ni. Nak kata air tak cukup, bergelen-gelen dah minum. Makan tok sah cter. Sekarang lapau memanjang. So, disebabkan takde hasil yg nak keluar Ieka naik le bilik balik. Apiz tak tido umah ibu malam tu sebab dia kena masuk site ada kerja nak setelkan. So, dia balik umah MIL. So, sorag-sorang le Ieka tido dan tahan sakit pagi tu.

Lepas naik baring-baring balik atas katil, sejam pas tu sakit balik perut. Kali ni confirm tak boleh tahan. So, Ieka cepat-cepat turun dalam keadaan berhati-hati pergilah selesaikan apa yang patut. Nasib ada hasil. Legalah sikit perut ni walaupun sikit dan cair hasilnya. keh..keh..keh... Sekurang-kurangnya, lepas sikit beban. Lepas selesai cuci apa bagai, Ieka pun amik air sembahyang then solat subuh sebab mase tu dah masuk subuh. Lepas solat Ieka wassap Apiz and cerita beriya-iya ni dengan Apiz. Then Ieka ckp bwh perut Ieka dan pinggang sakit tak menahan. Apiz kata kalo sakit sangat-sangat bagitau dia cepat then kita ke hospital.

Nak dijadikan cerita, Ieka tertido. Penat kot sebab turun naik tangga. keh..keh..keh. Alasan ko memang kelas A Ieka. Bangun je tido Ieka rasa baby macam slow jek movingnya. Selalu "dia" aktif. So, Ieka sangat risau Ieka bagitau Apiz. Apiz kata okay, lepas siap kerja dia datang. Ieka tak tau kenapalah aritu, Ieka ni sensitip sangat. Apiz lambat datang Ieka punya sedih tuhan je tau. keh..keh...keh.. emosi haih mak buyung nih.

Apiz sampai jek, kiteorang siap-siap solat Asar dulu, sempat makan-makan lagi walaupun dah sakit-sakit sebab takot kang kalau kena tahan wad kang, lapau pulak.  Mase tu baby mengeras non-stop.sampai sakit-sakit perut bawah Ieka. So lepas settle semua kami pun ke Hospital satu ni. Dekat sangat dengan umah ibu. Ieka tak mau mention nama hospital ni. Bukan apa, takot kang orang seriau dan ngeri lak nak pergi. Keh.. keh..keh...

Sampai hospital around 7.00 pm. Apiz tolong daftarkan apa bagai. Then pembantu hospital suro pergi Aras 5. Kiteorang pun naiklah ketempatyang dinamakan DEWAN BERSALIN. Sampai situ Ieka pun daftar, bagi tau ape yang jadi, cik misi pun suro le Ieka salin kain. Ieka yang tak pernah bersalin ni, salin le kain kan. Almaklum le orang baru. Masa tu tak fikir langsung yang diorang ni ada yang perangai mintak penampar sebab niat Ieka cuma nak tahu condition my baby jek.

Ieka disuro masuk ke bilik pemeriksaan. Diorang tak bagi Apiz masuk. Mungkin sebab biliknya penuh perempuan, so demi menjaga kebaikkan orang lain, suami-suami tak dibenarkan masuk. Bahaya sebab kami ni tak pakai ape-ape kecuali kain dan t-shirt. keh..keh..keh...

Ieka lepas tu disuro baring ataskatil dan satu alat dinamakan CTG dipasang pada perut untuk monitor jantung baby. Masa tu, apa jek doktor soal Ieka jawab dengan tenang sampailah ke satu tahap ni... Doktor perempuan lingkungan awal 20an ni suro Ieka angkat kaki dan kangkang. Ieka yang tak tau ape-ape ni pun ikut le. Dia pun pakai sarung tangan dan seluk. Dia suro Ieka relax, then Ieka cakap "Sy tak pernah kena seluk dan sy tak tau macamana relax yang doktor cakap tu". So, dia gelak then, dia kata "okay, sikit je Puan. Ieka pun said "okay", then bila rasa sakit, Ieka kata doktor sakit. Then dia berenti dan kata, "okay takpe jap lagi sy datang balik".

Jap lagi tu korang tau berapa lama?? 3 Jam okeh without anything sebab lepas setengah jam Ieka di suro baring atas katil tu diorang dah bukak CTG machine tu. Pastu Ieka baring macam orang bodoh atas katil tu sambil do nothing. What the heck? After 3 hours, datang pulak doktor lain. Doktor muda tadi ntah lesap ke mana Ieka pun tak tau.

Yang doktor baru ni, nampak berpengalaman. Umur dalam awal 40an. Doktor perempuan, melayu. So lepas dia dengar report dari staff dia, dia pun selamba sound Ieka "Puan kena bagi kita kerjasama ye kalau tak susah saya nak tahu condition puan. Saya banyak pesakit lain". Ieka macam "watde......" ko masuk-masuk nak sound aku macam tu. Bodoh ke ape ko ni. Tapi Ieka sabar lagi. So, dia pun tekan-tekan perut, sorang lagi catit ape yang di carotkan dalam bahasa doktor diorang. Ieka pun wat biase jek. Pastu again, dia suro angkat kaki. So Ieka angkat kaki, awal-awal Ieka bagitau Ieka belum pernah diseluk dan macamane nak bagi relax. I need tips. Doktor tua ni cakap bukak je besar-besar, kaki tolak kebelakang. Masa ni assitant dia ntah mana hilang. Dia sorang-sorang wat kije. So, Ieka pu tarik nafas then cube relax. Tapi......... Damn!! sakit giler kot dia seluk, Allah je tau. Ieka jerit sakit pun dia still jolok kedalam without any perasaan kesian. Ieka dah nak menangis dan jerit-jerit sakit dia stil berusaha masukkan lagi. Bodoh ke hape doktor ni. Lepas tu, dengan muke slumber dia cakap "okay dah". Dia tolak kaki Ieka then cakap turun kaki tu. Nampak tau how kurang ajarnya this doktor? So, Ieka pun diam, then dia kate okay boleh bangun. Ieka ni dah la sakit pinggang dengan perut boyot, dia langsung tak tolog papahkan ke hape ke, terkial-kial okay Ieka bangun. Doktor ape macam ni. So, mase Ieka sarung kain, Ieka nampak bertompok, tompok banyak darah atas katil. Then Ieka tanya dia, "darah ni darah apa?" Dia dengan rase tak bersalah, "owh, ni takde pape, ni darah sy seluk tadi, tapi sebab kepala baby jauh sangat, sy tak dapat capai, tu yang keluar darah."

Disebabkan Ieka ni tak tahu ape-ape sebab kali pertama kan, Ieka pun cakap okeh. Then dia suro Ieka keluar tnggu kat luar sementara dia siapkan buku. Ieka pun pergi toilet cuci darah yang meleleh kat kaki dengan kain sambil nangis kat toilet sebab sakit sangat. Macam kena rogol tau. Ieka pun pergi kat Apiz then cerita dengan dia apa doktor tu buat. Dia cakap takpe, sakit sikit je okay. Dia try cool down kan Ieka tapi Ieka tau dia sangat marah dengan doktor tu. So, lepas dapat buku, kiteorang jalan keluar. Masa tu Ieka tak mampu nak jalan. Kaki kanan langsung tak boleh bergerak. Pinggang sangat sakit dan bawah pun sangat sakit. Nangis-nangis Ieka jalan. Nasib Ieka ada suami yang sangat faham apa Ieka rasa time tu. Apiz pun dudukkan Ieka kat kerusi depan hospital then dia pergi amik kereta. Masa nak naik kereta dia angkat Ieka sebab Ieka memang langsung takde daya bergerak.

Sampai umah Ieka cerita dengan Ibu. Ibu cakap takpelah, dah pergi naik tido dulu. Malam tu memang Ieka tak boleh tido sebab badan sangat sakit. Semua tempat kot. Kesian Apiz kena dengar Ieka menangis tahan sakit malam tu. Last-last dia nak sedapkan hati Ieka, dia cakap "Esok kita jumpa doktor yang you biase tu.. okay. Kita mintak dia tengokkan". Ieka pun jawab "okay". Then cuba tuk tidur.

So... Nak tau ape reaksi doktor Ieka pasal kejadian bleeding ni? ha..... tunggu..... Next Post please!!!

P/S: Nak jadi doktor ke nurse ke, niat dan hati kena ikhlas. Mulut kena jaga jangan nak sedap maki jek. Panggil orang bongok.. bangang dan sebagainya.. tindakan tu jangan nak main belasah jek. Macam orang takde perasaan pulak. Macam semua orang ni bodoh, awak tu je bagus. Kena ingat itu tanggungjawab dan anda sedang bermain dengan nyawa orang. Apa-apa jadi, atas kesilapan anda, susah nanti. Menjawablah anda di akhirat kalau orang tu tak maafkan. Ingat tu. Sekian.

23.2.13

Teknik: Cepatkan Kelahiran Secara Semulajadi


Assalamualaikum dan hello kawan-kawan,

Hari ni Ieka nak share sikit tips dan teknik yang boleh bakal-bakal ibu lakukan untuk cepatkan kelahiran anda secara semulajadi. Bak kata apek dalam iklan. Ini champion punya, takde jual wooo! Actually, tip ni Ieka dapat daripada satu blog tu. Ya ampun pemilik blognya, saya lupa mau copy link anda. Tapi blog anda memang membantu. Steady! Thanks for provide such a good info and technic for us!

So, jom kita selidik apekah teknik-teknik atau cara-cara yang boleh kita lakukan supaya baby ni turun kedalam salur ibu dengan betul dan mudah. So, cepatlah ibu dapat constration. Bila dah dapat constraction, maka cepatlah proses kelahirannya.

Teknik 1
Ibu perlulah rajin berjalan. Kenapa?

Hot Mommy Alicia Keys 

Apabila anda banyak bergerak ia dapat membantu menguatkan kontraksi dan membantu anda mempercepatkan proses kelahiran

Teknik 2
Ibu perlu buang air kecil dengan kerap. Why.. why??

Haip!! sila jangan tengok...

Kerana pundi kencing yang penuh boleh melambatkan prosese kelahiran kerana ia menghalang penurunan kepala

Teknik 3
Ibu perlu manjakan diri. Macamana?

Bestnya...

Ibu boleh mandi menggunakan air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin. Something interesting to try. Manjakan diri sambil-sambil buat spa kat rumah. Hilangkan stress dan penat kerja. Just enjoy your moment.

Teknik 4
Ibu perlu aplikasikan teknik-teknik pernafasan yang dipelajari di kelas antenatal? Sebabnya??

Sekarang kita pun rajin duk macam ni.

Untuk elakkan Ibu-ibu daripada berasa cemas bila tanda nak bersalin keluar.

Teknik 5
Urutan Belakang. Camne nak urut?

Leganya kalau dapat massage camni


Ibu boleh minta tolong suami anda urut bahagian belakang secara lembut tetapi tegas. Bukan ape, supaya boleh le kurangkan sengal-sengal dan angin dalam badan tu. Rasa relax sikit urat-urat bila nak tidokan.

Teknik 6
Posisi tidur yang betul. Macamane tu ek??

Tidur mengiring ke kiri adalah posisi terbaik


Tukar posisi di atas katil( mengiring sebelah kiri) untuk memudahkan kepala bayi turun dengan cepat.

Teknik 7
Senaman Ringkas. Cube cerita sikit, Boleh??

Lebih kurang macam ni la..

Ibu boleh hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku dapat membantu rahim menolak menolak bayi agar masuk ke saluran peranakan.

So, itulah dia tips-tips atau teknik tu cepatkan proses kelahiran secara semulajadi dan tips untuk kurangkan kesakitan. Tak yah cucuk epidural selagi ibu-ibu boleh tahan. Tapi kalau tak boleh tahan, cucuk la ya. Jangan dibiar pulak nanti mudarat diri pulak. So until then, selamat mencuba! Peace!

38 Weeks Pregnancy

Assalamualaikum and Hi Peeps!

Alhamdulillah, sekarang ni kandungan Ieka dah pun berusia 38 minggu. Another two weeks to go people. Im   so excited yet Im nervous too. Hopefully semuanya dipermudahkan. Lately ni baby sangat kuat bergerak. Tak kira siang atau malam . Mungkin sebab dia dah besar. Yes! Ieka tak tipu baby ni sangat montok, sexy dan panjang. Beratnya dah cecah 3.2 kilogram kawan-kawan. ehehehe.. Alhamdulillah kata doktor dia sihat. Tak kisahlah besar ke kecik ke, as long as dia sihat dan sempurna itu sudah memadai untuk kami berdua.

Semalam Ieka ke Klinik Kesihatan. Seperti biasalah buat pemeriksaan. Misi semalam agak banyak complainnya. Tak macam misi-misi yang sebelumnya. Itu lah ini lah. Well, sebagai patient Ieka dengar jelas. Malas nak menjawab sebab kang kalau menjawab lain pulak jadinya. uhuk... uhuk... So, pasrah jelah. Tapi Ieka suka sesi pemeriksaan semalam sebab kebiasaannya, Ieka perlu tunggu tiga jam untuk selesai satu sesi pemeriksaan lengkap. Tapi semalam hanya 30 minit uoolss... Efficient giler! Nak tahu sebab apa? Sebabnya semalam diorang ada pelawat daripada kementerian so, haruslah tunjuk diorang sangat effient khennnnnn. Tu yang misi tu bagi bebelan kot. Sebab nak tunjukkan dia efficient. Tapi tak kisahlah janji semua okay sudah.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi Ieka bangun, Ieka tak dapat rasa baby punya movement. Panggil-panggil baby pun dia tak gerak. So Ieka assume dia tido. Masa solat subuh pun dia tak move. Ieka dah susah hati. So, Ieka bagitau Apiz, then Apiz kata maybe baby tido lagi. Dia pun ada cakap-cakap dengan baby but no respon. Ieka still pergi kerja macam biasa sebab ada important meeting kat opis. So masa meeting, baby still tak bergerak. Ieka terus wassup Apiz dan ajak pergi klinik.

Lepas solat Jumaat kami terus ke Klinik Kesihatan. Sampai-sampai Ieka bagitau misi yang baby slow moving arini. Misi terus check tekanan darah Ieka dan bawa Ieka ke bilik pemeriksaan untuk check jantung baby. Alhamdulillah jantung baby okay. Tapi misi still nak Ieka jumpa doktor sebab risau takot apa-apa jadi pada baby. So, Ieka dibawa jumpa doktor. Doktor tu sangat cantik dan baik. So, doktor pun scan la perut Ieka ni. Scan punya scan, Alhamdulillah baby elok je kedudukannya. Menurut doktor, baby slow moving sebab saiz dia dah besar dan space tak cukup. Tapi dokotr pesan jugak kalau malam ni rasa dia tak aktif macam biasa, dan gerakkan kurang sepuluh kali sampai jam 9.00 malam, cepat-cepat pergi hospital bawa sekali kelengkapan.

Ieka syukur sangat sebab Allah masih pinjamkan Ieka bagi dalam kandungan ni. Masih mahu bagi peluang pada Ieka untuk melahirkan bayi ini insya Allah. So, until now baby masih bergerak aktif lepas Ieka jmp doktor tadi. Thanks sayang. jangan buat mama dan papa risau lagi ya. Mama dan papa tunggu sayang keluar. Mama tahu mama kurang rehat lately ni sebab kerja banyak dan timeline makin hampir. Hope sayang mama ni kuat ya. Insya Allah kita jumpa tak lama lagi. Sayang bertahan ya. Mama luv u sayang.

P/S: Sejak mengandungkan kamu, mama sangat suka lagu Salam Semua ni. Mungkin sebab semangat mama yang tak sabar-sabar ada kamu. Selain Allah yang sentiasa jadi tempat mama mengadu.... Kamu dan Papa juga kekuatan mama bila banyak dugaan yang datang, Bila teringat kamu dan papa, mama jadi kuat balik.


Enjoy!

17.2.13

Minyak Bio Oil

Assalamualaikum dan Hi peeps!

Sangat lama tak update blog ni. Sangat bersarang dah blog ni. Untuk makluman korang semua, Ieka sekarang ni dah masuk minggu ke 37 tau. So, lagi dua atau tiga minggu jek Ieka akan bersalin. Mohon awak semua doakan dipermudahkan segala urusan bersalin nanti ya. Ameen.

Anyway, hari ni, Ieka nak cerita pasal Minyak Bio Oil. Minyak ni sangat bagus untuk bakal-bakal ibu yang mengalami masalah stretch mark atau dalam bahasa melayunya rengangan kulit akibat pembesaran perut. Eceh! macam translator lak Ieka kan. Tapi kalau dpat jadi translator pun bagus, boleh tambah pendapatankan. Then, lepas pantang boleh shopping baju baru. eheheheh okeh enough! melalot banyak sangat pulakkan... hik.. hik.. hik.

Minyak Bio Oil ni, didatangkan dalam dua saiz. Satu saiz kecil 60ml dan saiz besar 100ml. Harga pun affordable. Yang 60ml tu cuma RM 32.00 sahaja. Boleh digunakan selama sebulan. Kebaikkan minyak ni banyak tau Selain menghilangkan renggangan pada perut, minyak ni juga boleh digunakan untuk hilangkan parut-parut luka. Alhamdulillah, baru dua minggu Ieka pakai, parut kat kaki dah semakin berkurangan. Minyak ni jugak boleh kurangkan kulit kering, kedut-kedut kat muka dan the most important thing, boleh hilangkan jeragat. Yes! jeragat uolls! Perempuan sangat tak suke kalo ade jeragat kat mukakan. Ieka pun tak suke. Muka bersih, tapi ade dot.. dot... dot jeragat pun not good tau. Tak cantik!

Untuk makluman korang, artis pun pakai minyak ni tau. Antaranya Dynas Mokhtar dan isteri Harith Iskandar. Tak caya?? haaaaa.... ni gambar diorang.

Dynas & Dr. Jasmine

So, kalo korang nak tahu apa lagi yang best pasal minyak ni, cepat-cepatlah pergi dapatkan minyak Bio Oil tu. Best sangat. Senang cerita, sekarang ni minyak Bio Oil adalah best frind Ieka setiap pagi dan malam. Selamat Mencuba!

6.1.13

9 weeks LEFT...

Assalamualaikum & Hi...
I am happily marriage woman
Soon gonna be mummy
I luv them both
Husband and future baby


Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti
Ameen.

1.1.13

Teaser of Cuzzy E-day



Maisarah & Muiz
29122012
Kesang Baru, Melaka

Sekian.