Pages

Followers

20.7.13

Breastfeed .... Pumping

Assalamualaikum and hello peeps!..

Fuh! Fuh! Fuh! Berabok habis dah blog ni. Lama betul Ieka tak update. Aiyooo... I been so bizi la lately ni. Mana taknya, kerja yang ditinggalkan tiga bulan yang lepas dan sepatutnya disiapakan oleh cik pengganti sementara, tapi haremmmmm satu kije pun dia tak setel. Sangat tak patut okeh!. So, macam baik Ieka tinggal je kije tanpa pengganti. Geram sungguh rasanya. Tapi takpelah, everything almost done now. Biar Allah yang balas la kan.

Anyway, hari ni Ieka nak bercerita tentang breastfeeding yang sangat best dan sesi pumping yang mengujakan. Alhamdulillah, sudah hampir empat bulan selepas melahirkan Hani Zahirah Muhammad Hafiz Ieka rasa sngat teruja untuk melalui hari-hari sebagai mama  yang sangatlah interesting. Hani Zahirah pun dah becok berbual dan mengagah orang kalau kita main-main dengan dia. Menjadi mama kepada Hani memanglah satu keajaiban yang Ieka tak tau nak describe macamana. Yelah, bila rasa down pasal kije, balik umah dapat gelak ketawa dengan my precious one, memang sesuatu benda yang ajaib. Itulah keistimewaan yang Allah hadiahkan pada Ieka dan Apiz.

Okay, enough pasal keterujaan main dengan anak. Now lets talkabout mom's milk. Alhamdulillah, setelah empat bulan melahirkan si comel, Ieka masih berjaya memberi Hani susu badan secara eksklusif. Moga-moga dapatlah berterusan sehingga umur si comel Hani dua tahun. Ameen. Itu target Ieka. Tapi now Ieka fokus untuk enam bulan pertama ni. Hopefully dapat tempuh segalanya dengan baik. Insya Allah semoga dipermudahkan oleh Allah.

Sehingga hari ini, Ieka akan pastikan setiap hari Ieka akan pam susu untuk Hani diofis. Yelah, kenalah rajin pam kalau tak camne nak pastikan hani dapat sumber makanan yang terbaikkan. Pernah sekali tu, susu Ieka mule merundum mase mule-mule Ieka start kije. Maybe sebab Ieka stress dengan pengganti yang supposedly mengganti tempat Ieka tu, tapi haishhhh susahkan manuasia ni. Takpelah semoga Allah saje yang membalaskan. Hasil bulanan yang kite dapat tu sendiri mau ingatlahkan kalau tanggungjawab kita, kita tak laksanakan dengan sepatutnya. Wawahualam.

Setiap hari Ieka akan pam empat kali di ofis. Ieka akan catat setiap jumlah susu yang Ieka dapat. Kebiasaanya Ieka akan mengepam jam 9.30 pagi, 12.00 tengah hari, 2.30 petang dan 5.00 petang. Biasenya kalo empat kali pam ni, dapatlah dalam 10 hingga 15 oz gitu. Itu pun dah Alhamdulillah. At first bile tengok kawan-kawan yang lain punya susu lagi banyak, Ieka selalu rasa iri hati. Yelah asik terfikir kenapa susu Ieka tak banyak macam tu. Tapi, bile dapat nasihat dari kawan-kawan yang lain supaya yang rasa down atau rendah diri, rasa susu macam tak cukup, Ieka cuba bersemangat balik dan sentiasa bersyukur dengan hasil yang Ieka dapat. Allah lebih tahu keperluan untuk Hani. Sebab tu Dia anugerahkan susu banyak tu untuk Ieka.

Selain daripada kerap mengepam, Ieka amik jugak supplement untuk breastfeeding daripada Shaklee iaitu ESP, Alfafa plus Ieka amik Lechithin jugak untuk kurus. ehehehe... barulah gojes nak bawak hani jalan-jalan. Sejak amik supplement ni memang sangat bertenaga. Walaupun bulan puasa dan kerap mengepam, tapi Ieka takdelah rase tak bermaya. Alhamdulillah setakat ni, masih mampu berpuasa dengan baik. Sape nak mencuba, bolehlah segera dapatkan set breastfeeding Shaklee daripada agen anda yang terdekat. To all my cousins pun kalo nak, boleh bagitau ioolsss. Nanti wassup ioollss. Ieka tak jual tapi, ade kawan-kawan terdekat yang menjual jadi boleh la bantu membantu. Win win situation.

So, pada bakal-bakal ibu, ibu yang dalam pantang or ibu-ibu yang sedang menyusu, semoga kamu semua terus kuat dan gigih dalam memeberikan makanan yang terbaik untuk anak kita. Tapi sekiranya anda tidak dianugerahkan atau tidak dapat menyusukan anak anda secara esklusif, jangan sedih ya. Insya Allah ada hikmah disebalik apa yang telah Allah tentukan. As long as anak anda sihat dan ceria, apa saja jenis susu yang baik boleh anda sediakan untuk mereka. Take care guys.

Hani Zahirah masa 2 bulan setengah

Masa ni dah 3 bulan 



ketiga-tiga gambar ni masa Hani 3 bulan setengah.
Peha drumstik yang tak dapat dibeli dekat mana-mana KFC okeh...


Hani dah cukup 4 bulan dan sekarang tengah kemaruk nak menyiarap

dan kat bawah ni gambar mamanya pulak selepas berpantang dengan set TruBellai.
Awesome!!

okbai.



No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers