Pages

Followers

Showing posts with label CHENTA. Show all posts
Showing posts with label CHENTA. Show all posts

31.7.11

The End Of July

Salam Semuanya...
Ape Kahbar korang? Aku arini sehat saja. Well, memandangkan arini merupakan ari terakhir bulan Julai, jadi aku nk jugak jadi salah seorang Blogger tak bertauliah mencatat post kat blog aku yang tak seberapa ni. Tak kisahlah orang nk kata aku syiok sendiri or so what ever. This is my blog i've a right to do anything i want.

Okay, arini aku nk bercerita pasal sesi jalan-jalan, dan uruskan beberapa perkara dengan Sepet. Bangun pagi-pagi, tepat pukul 8 aku dah mula call Sepet dengan harapan dia akan bangun segera sebab kami banyak tempat nak pergi. Tapi haram..... pukul 9 lebih baru Sepet. So, dalam pukul 11 pagi barulah Sepet sampai kerumah dan aku sambut kehdiran tunang aku yang comey tu dengan senyuman yang besar sampai ke telinga.

Destinasi pertama kami adalah Rumah Mak Ngah (Mak Ngah Aku). Sebab ibu mintak tolong hantarkan ikan siakap, duit dan bunga telor yang aku beli tuk majlis khatam Quran bulan 11 nanti. So borak-borak dengan Mak Ngah kejap. Kami berdua pun chow pergi cari kain tuk buat baju melayu Sepet raya nanti. Then beli cepat-cepat, kami terus ke Setapak pulak. Jumpa Rozi (Designer Vogue) sebab nak tempah baju melayu tuk Sepet. Lepak-lepak jap kat umah Rozi *perempuankan harus gosip* lepas Sepet fitting, kami straight ke Bangunan Mara. Ambik kad Kahwin. Ye, Kad Kahwin kami dah siap. Mungkin untuk setengah orang terlalu awal. Tapi untuk kami yang lately ni selalu berjauhan *demi masa depan* benda ni banyak membantu bila satu demi satu benda kami setelkan.Alhamdullilah, Allah beri kemudahan kepada kami.

So, lepas sejam kami tempoh jammed kat depan sogo tu, kami pun terus ke The Curve *tempat dating utama* sebab perut dah bunyi-bunyi. Sepet selalu ajak aku makan kat Marche. Tapi aku selalu tolak sebab aku tak familiar kat situ, pernah pergi sekali je , itu pun dengan kakak Sepet. Tapi disebabkan Sepet said "Kalau kite tak cube sendiri, smp bila pun kite tak tau nk mkn kat situ. Please.... teringin sangat" and aku tak sampai hati tengok Sepet tarik muka 15, then aku said "okay.. kite try". Seperti biasalah, muka Sepet senyum sampai ketelinga.



Since kami dah plan gitu, tetibe aku teringat yang kami tak pernah manjakan Blacky *kereta Sepet* sebelum ni. Tak pernah pun anta pergi polish atau manjakan Blacky sebelum ni. So, memandangkan Sepet pun ada wat silap ngan Blacky semalam, *Troli barang terlanggar Blacky, dan remuk sikit kat pintu Driver* kami plan untuk pampered Blacky today. So sementara tunggu si Blacky abis sesi pembersihan, polish dan segala-galanya. Kami pun wat operasi SHOPPING!! hahaha...

Aku beli satu blouse dan t-shirt untuk kegunaan harian. Then Sepet belikan aku Wallet Charles & Keith untuk dijadikan hataran nanti. Aku pulak belikan Sepet slack Santa Babbara (Polo) sebagai hataran nanti. Selain tu, Speet beli 2 helai seluar kerja sebab dah lama tak beli seluar kerja. So, since FOS ngah sales. Hambik sekali 2 helai dia beli dan aku rasa worth it sebab 2 helai slack cuma berharga RM 45 jek. Tak percaya? tak percaya gie FOS kat Curve.

So, lepas masuk keluar segala kedai yang ada kat Curve tu, kami pun g minum & lepak borak-borak jap kat Secret's Recipe. Then Sepet ajak balik & pergi tengok Blacky sama ada dh siap belum. Turun-turun jek, Sepet g setelkan bil untuk Balcky then kami chow. Sambil-sambil tu, kami berborak pasal bajet kahwin, dan tengok list apa yang tak setel lagi. Nampaknya, barang-barang tuk Sepet banyak dah settle, tinggal set wallet/tali pinggang, cincin & jam *Sepet berkenan jam harga ***** dan aku sedang buat kira-kira. Kalau tak untuk hantaran mungkin untuk surprise yang lain. Insya Allah.Untuk barang aku pulak, tinggal nak cari Quran, Sejadah, Gelang & Cincin.

Dan akhirnya, bila sampai rumah. Aku wish selamat berpuasa kat Sepet dan siap pesan, "Jangan lupe gie terawih ya. Jangan lupa doa untuk kita ya luv" dan Sepet said "Insya Allah heart.. I will"

Sekian.

24.6.11

Checklist for Big Day (booking & beli)




1. Barang untuk Hantaran
Sepet to Ieka
    - Kain untuk baju (done)
    - Perfume (done)
    - Kasut  (done)
    - Telekong (done)
    - Wallet (done)
    - Al-quran (not yet)
    - Sejadah (not yet)
    - Sireh Junjung (not yet)
    - Gelang (not yet)
    - Duit hantaran  (cukup dah)
    - Make Up (set)   (not yet)
    - Gadget (not yet)
     - Cake (not yet)

Ieka to Sepet
   - Baju & Seluar   (done)
   - Perfume (done)
   - Kasut (done)
   - Jam (not yet)
   - Sejadah (not yet)
   - Tafsir Al-quran (not yet)
   - Sireh Junjung    (not yet)
   - Gadget (not yet)
   - Wallet & belt   (not yet)
   - candy & chocolate (not yet)
   - Cake (Sponsored by mak lang - not yet)
   *yang lain akan tny Sepet. heheh.*

2. Dewan (done)
3. Kad Kahwin (done)
4. Mak Andam ( done)
5. Fotographer (done)
6. Caterer (done)
7. Door gift (done)
8. Perabot bilik (not yet)
9. Bunga paha (not yet)
10. Baju nikah & sanding (done)
11. Hand bouquet (done)
12. Borang Kahwin (not yet)
13. HIV test (not yet)
14. Booked tok kadi (not yet)
15. Baju Family (not yet)

Ada kena tambah apa-apa lagi tak?? anyone yang pernah buat majlis.. i need ur help.. aiyak. Fail la wat planning ni.

P/S: another 4 and 1/2 months.. tapi aku  dah rase sangat nervous.. 
mcm esok je nak nikah. huh!

22.6.11

Teringin

Bangun pagi-pagi tetiba aku teringin nak tengok Sepet berambut panjang.... Apakah?? hahaha.
Sindrom tengah bulan memang mcm ni kot.. Teringin yang bukan-bukan. Memanglah dia pernah berambut panjang. Masa menggangur dulu. hahah. Sangatlah messy. Tapi style okay. hahah.

Sepet nak request... boleh simpan rambut panjang balik tak.. 
hahah. 

Before ni aku pernah suarakan (hahah ayat xbleh blahkan??) kejap je dia simpan. Tak sampai 2 bulan, dia ckp nak potong. hahah. berat katanya. Tak selesa rambut panjang duk kat site. Panas, rasa rimas. hehehe. Sedikit keciwa.. hahah tapi..... Aku tak marah pun la kan. Yelah, mintak yang pelik2 sape suruhkan. Dah tau orang tu kije kat site buat highway.. pegi mintak simpan rambut panjang. Tengah-tengah ari buta, confirmlah berpeluh-peluh (maskulin tak time tu??? hahahha.. ) Memang tak selesa la kan nak kije. heheh.. So.... sendiri dah tau jawapan. lagi mau mintak ka?? hahahah. Tapi... kalau nak jugak boleh tak Sepet?? hahahahah. Pleeeeassssseeeee! *wink*

8.6.11

Teaser Of my Big Day Card

Sedang di cetak.
Sudah siap nanti akan aku edar.

P/S: Thanks Ayah & Ibu for helping 
and choose the best for us!
*hati ada taman*

31.5.11

Wish

Happy Ending.

You


miss u.

22.5.11

Bila Terduduk


Sekarang musim malas aku. Musim duka aku jugak.
Sangat malas bila jadi semua ni.
Kerja berjalan lancar cuma ada beberapa perkara perlu di "touch-up"
Life mcm haremmm. Sikit je dah effect hidup aku.
Gampang. Itu ayat paling bagus buat masa ni.

Badan sakit-sakit.Hati lagilah sakit.
Tapi nasib ada heroin penyelamat.
Ibu. Terima kasih untuk tiap perkara yang dilakukan.
Mata bengkak.  
Mata sepet dan bertambah sepet bila bengkak.
Apa aku pedulik. Tapi...
Ibu tahu aku sakit. Jadi aku senyap.

Bila terduduk dan sakit hanya DIA tempat aku mengadu.
Yang lain dah tak pedulik.
Dan aku pun tak nak dah dipedulikkan.
Hati berkecai dengan dahsyat. Bukan beribu dah. Berjuta.
Dengan lagu "Hush Hush" bagi hati kuat. Motivasi hati sendiri.
Sementara waktu ni, biarlah aku sengsorang.
Inilah namanya hidup.
Yes! konon-konon  sakit ni macam My Perfect Nightmare la.

Seminggu lagi nak berangkat ke Johor. 
Selama sebulan aku kat sana.
Moga aku dapat tenang dan berfikir panjang dengan keadaan yang sangat selesa.
Mungkin bila aku pulang, semuanya akan jadi  mcm sedia kala.
Aku tak harapkan apa-apa dah sekarang.
Hanya DIA yang mampu mendengar rintihan aku sekarang.
Ibu kamu jaguh paling hebat. Sy tahu kamu akan sentiasa tolong dan ada dengan sy bila ini jadi.
Ayah hero paling kacak. Thanks untuk segalanya. 
And to Mak.. Thanks Aunty.

Walaupun dah settle isu tu. Ibu dan pun call Mak.
Mak kata Okay. Tapi.....
Biarlah aku sengsorang sekejap. Biar aku kerja dengan tenang sebulan ni.
Kita perlu ruang. Itu yang aku nampak.
Kita jaga diri kita baik-baik.
Sekian.

3.5.11

Kanak-Kanak Comey (MD'S Branding)

Fatin Amani

Aleesya 

 Husna

Iffah

Atiqah

Najwani

Actually ada lagi 4 orang anak-anak sedara.
Tapi takde pict diorang cox mereka tinggal nun jauh di Pahang
But still i remember them
Later if i have  chance to meet them
ill upload their pict okay!

P/S:Md's Branding memang ramai Perempuan.



Outing & Fitting

HELLO PEEPS!!
Happy May yaww!!.... eheheheh *gediks*.

Arini dah pun 3 May 2011, hujung minggu yang lepas.. jadual aku sangat PACK!... heheheh berjimba-jimba dengan family tersayang. 

Sabtu pagi, beraktiviti dengan Ibu dan Rakan-rakannya *aunty-aunty KEMAS*. 
Petangnya, berhibur dimajlis E-day kawan terbaik sejak sekolah. 

Pagi Ahad pula ke rumah sepupu di Banting. 
Owh! best sgt dapat jumpa kana-kanak riang. Berbual-bual. *aku tido dengan dahsyat kat umah tu*.  Anak-anak kecil yang becok betul-betul menghiburkan. Heart kamu semua wahai anak-anak sedara.
Petang Ahad, pergi berchenta dengan BFF dan adik kecilnya, 
di Mcd dan Jusco *beli Corset*

Pagi Isnin, kemas-kemas rumah *sikit jek*
Tengah harinya ke kedai Mak Andam, si jejaka Sepet fitting baju.
Nak tengok?
taddddddaaaa.....

*hang jebat sy*

Petangnya pulak ke The Curve
mencari Kasut sebagai hantaran untu En.Sepet
dan... dan.... melihat2 sesuatu yang lebih menarik.
sambil buat calculation.

P/S: Ya Allah terima kasih untuk minggu yang indah ini.

30.4.11

BFF e-day

Hello!

nk share ngan  u'olls... arini my BFF pny e-day. She looked so GOJES!
 okay... so.. mls cter pnjang2..
tgk jelah Pict ni.

Me, Syasya & Ayu

yeay! she got the ring!

THREE of US were already BOOKED by them
me the 1st one Ayu the 2nd one
and Syasya the 3rd one...
we still waiting for our BFF
Dilla, Mimah & Sharina to their get e-ring!

peace!

see.... 
they looked so sweet!
bagai pinang dibelah dua..

CONGRATZ TO BOTH OF YOU!

8.4.11

Apa tanda Si Dia Sayang dan Serius dengan Anda?

Hello Peeps!

Arini Aku dah tak emo dah. Al-maklumlah, aku malsa nak pikir hal yang tak menguntungkan tu lama-lama. Allah tu ada, biarlah Allah yang balas. GUD DECISION IEKA!

Okay, well.. hey! arini aku nak share something yang aku baca bila aku duk balek-belek satu majalah ni (nama majalah tak boleh sebut sbb nak jaga sensitivity.. kang kalau kutuk kang kena saman.. heheh). Okay, masa duk belek2 majalah tu, aku terbacalah satu page yang agak menarik perhatian aku. Dan tajuknya iailah "Apa tanda Si Dia Sayang dan Serius dengan Anda?". hahah. Bila diingat-ingat, macam zaman kanak-kanak la kan. Duk nak baca benda-benda macam ni. Hahah. Tapi, kadang-kadang apa yang dituliskan tu, masuk akal okay. Okay, jom kita tengok ciri-cirinya. Manalah tau ada terkena ngan BF/Tunang korang. heheh. *poyo kau ni ieka*.



1. Cuba uji Si Dia, trylah ajak BF/GF anda jumpa family anda secara spontan, kalau dia setuju tanpa banyak alasan maknanya, dia memang betul-betul sayang anda. 
*stage ni aku dah berjaya, dan untuk pengetahuan korang ayah aku setuju aku kawan dengan dia sebab..... okay akan aku cerit pasal kami nanti di post akan datang*

2. Cuba share apa yang anda rasa pasal kerja ke, pasal apa sahaja yang merunsingkan anda. Kalau Si Dia sayang anda, dia akan bagi kata-kata semangat yang positif kepada anda dan dia akan berusaha mengurangkan kesedihan dan kerunsingan anda.
*So far, sepanjang 8 tahun ni, en.Sepet adalah pendengar setia aku dan tak pernah merungut setiap kali aku luahkan perasaan. Dia akan dengar dan senyum kata.. "Takpelah, jangan sedih k.. ada hikmah apa yang jadi. Insya Allah. Kuatkan hati okay. Tak mau nangis".*

3. Cuba ajak dia lepak dengan kawan-kawan anda dan request nak ikut lepak ngan kawan-kawan dia. Kalau dia relax jek dan tak malu or tak ada ape-ape alasan untuk bawak anda dan join anda lepak dengan kwn-kwn dia atau kwn-kwn anda, mean dia terima anda dan syg anda seadanya.
*selalu jek bwk dia lepak ngan kawan-kawan aku. Macam tu gak dia selalu bawak aku lepak dengan kawan-kawan dia. kami memang tak malu.*

4. Cuba tengok dia berkira tak dengan anda. Tak kiralah dari segi apa pun. Duit ke, masa ke, apa sahaja. If tak, maknanya memang dia nak berkongsi hidup dia dengan anda.
*So far, setakat ni en.Sepet tak kedekut dengan aku. Semua pun kami share. Even kalau dalam poket aku ada RM 1 dan dia ada RM 2, kami akan campurkan dan bagi sama banyak. heheh. Kalau bab mkn pun dia tak berkira ngan aku. Apatah lagi bab yang lain.*

5. Kalau dengan anda sahaja dia pernah ceritakan masalah keluarganya, dan dengan anda sahaja dia akan menangis setiap kali diamenyakiti hati anda dengan teruk. Yes, dia memang cintakan anda.
*Setakat ni, en.Sepet banyak story kat aku pasal family dia dan aku syg mereka semua walaupun aku belum jadi ahli keluarga yang sebenar. Mereka sangat baik dengan aku. Dan aku akan usaha protect mereka mcm en.Sepet juga. My promise. Insya Allah. Kalau bab nangis, hurmmmm setakat ni pernah sekali jek... masa tu memang dia betul-betul buat aku down dan dia menyesal. Tapi, jodoh ditangan TUHAN, his the best ever for me. Insya Allah*

So, hanya 5 inilah yang ada dalam majalah tu Kalau ada update apa-apa pasal isu perhubungan, akan aku update. Anyway, nantikan story CINTA Si SEPET dan Si BECOK dalam post yang seterusnya. hahahah.

Sekian.

P/S: Semoga perhubungan ini akan kekal dan terus mekar dalam hati kami. AMIN.

21.3.11

Marry You.. yes! i am ready!


Seriously, this gurl is really talented.
I do luv Her voice.
And..
to en. Sepet this is for you!
*big smile*

P/S: another 8 month.. so boleh relax lagi.. :P

24.2.11

KUKUH


Yeah!!! for one & only en. Sepet.. here's for u.. 
YOU STILL THE ONE!

14.2.11

Checklist

Bulan 12 ni, Insya Allah kami akan dilangsungkan. Apakah? Diijabkabulkan. So, semua benda aku memang tak buat lagi dan tak start lagi. Jadi mari kita wat checklist!

1. Kursus Kahwin - 23 & 24 April 2011
2. Test HIV - Belum
3. Isi Borang nikah & Keizinan untuk berkahwin - Belum
4. Dewan - Sudah
5. PA system - Sudah
6. Marhaban team - Sudah
7. Kompang - Sudah
8. Silat - Sudah
9. Senarai tetamu - Sudah
10. Hantaran - 1% baru
11. Baju Nikah - Belum
12. Mak andam - Sudah
13. Bilik Pengantin - Belum
14. Kad Kahwin - Belum
15. Goodie bag / bungan telur - Belum

*banyak lagi.. dan aku sangat wisau, Cukup ke 9 bulan nk uruskan semuanya?? haish!!.... benda-benda besar ibu, ayah & pak long (Ismail) yang tolong-tolong aku uruskan. Duit je sediakan. hahahhaha... pening haih!

P/S: Sepet.... boleh ke kita ni? Adeh!

9.2.11

Pre-Wedding K.A.M.I

Beginilah cerita kami bermula
Kami berkenalan pada 22/12/2003
Suka duka sedih ketawa kami lalui bersama




Hinggalah satu masa wujudnya CHENTA dalam hati



 Dan......
Dia datang menghantar pinangan



Cincin disarung sebagai tanda ikatan sebelum kami diijabkabulkan.


dan berharap segala impian dan doa akan dimakbulkan Allah dan dipermudahkan segala urusan 
untuk mendirikan sebuah mahligai indah.


dan akan bahagia hingga ke akhir hayat

 Insya Allah
-HAFIZIEKA-
6th Feb 2011

P/S: Thanx to our lovely Kak Sya for all the lovely Pictures.
We luv u Kakak.


-Pre-Wedding HafizIeka-
PG: Kak Sya & Abg Syarul
Location: Taman Metropolitan, Kepong.
Date: 6th Feb 2011

8.2.11

A New Day For A New Chapter

Ye aku dh di"booked" orang. Dan aku bersyukur dengan apa yang dah Allah anugerahkan kepada aku. Alhamdulillah, after Seven amazing years we spend together as a friend... One wonderful year as a couple... & now, aku telah pun di "ikat" dengan sebentuk cincin. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. All my relatives terdekat semua ada. Biarpun majlis kami kecil sahaja, tapi... aku rasa itulah majlis terindah! Yes.. semua pun akan kata begitukan untuk majlis mereka.. but still aku rasa, majlis aku ni Indah. Hubungan kami direstui dua-dua belah pihak. Alhamdulillah.

Dear Muhammad Hafiz Md. Sharit,
Thanx for choosing me as ur future wife. Kamu anugerah Tuhan yang tak ternilai untuk saya. Terima kasih untuk tahun-tahun indah yang kita lalui. Susah senang, Gembira sedih, Gelak tangis yang kita kongsi bersama. Selama 7 tahun kamu jadi telinga yang paling baik untuk saya. Mendengar bebelan saya, tangisan saya, rungutan saya, keluhan saya dan cita-cita saya. Hope lepas ni, kamu akan terus jadi telinga saya yang paling setia, kekasey saya yang paling mengagumkan dan kawan saya yang paling akrab. Semoga segala rancangan kita akan dipermudahkan oleh-NYA. Owh! terima kasih untuk rasa chenta yang kamu wujudkan dalam diri saya. U r very wonderful person, and i'll never had enough to get to know u more and more. Thanx Heart!
*tulis surat chenta sikit..ko poyokan IEKA??*

Owh, aku pun nak say thanx to beberapa orang yang banyak support our relationship ni. Turun bangun relationship ni, sampai both of us jadi mcm sekarang. Sapekah insan2 bertuah tu?? jeng-jeng....

1. Ibu & Ayah: Terima Kasih untuk restu yang diberi. Insya Allah adik akan belajar menjadi Isteri yang baik selepas nikah t. I will always be the BABY GURL for both of u.. Luv Ya!
2. Mak Hafiz: Thanx auntie for accept me. Insya Allah saya akan belajar jadi menantu & Isteri yang baik.
3. Sedara Mara: Owh!! terima kasih MD'S & Othman's Families. Tak terkata. Tak terluah rasa terima kasih tuk semuanya.
4. Sedara Mara Hafiz: Terima Kasih Untuk terima saya. Saya akan jaga Hafiz baik2.. Insya Allah.
5. Kak Sya: Kakak!!!!!! Thank u so much.... u had done a lot for us. Thanx for the advice, thanx for the love that u bring for me... thanx for being such a good lsitener. Owh! nak senaraikan terlalu banyak yang kakak tlg. heart u damnly!
6. Intan: Thanx adik for accepting me. Rasa dah macam adik Kak Ieka sendiri bila kita banyak share secret. Hey!! kamu cantik okay!! 
7. Ayu: Thanx yayang for everything. U make me strong masa Tsunami landa this relationship! Now... here we are. Damnly happy. Insya Allah it will be happy til' the end.
8. Ieja: Heart thanx sayang for be a gud listener for me. Kamu memang kawan terhebat zaman kolej sy til' now.
9. Amin: Bro!! tanpa kamu.. this relationship tak kan pernah berlaku. Thanx sebab kenalkan aku pada dia. Seriously, he's a gud man babe!! Kamu kwn yang paling baik!! Walaupun kita dh jarang contact.. tapi kami takkan lupa yang ko punca kami kenal. tahnx ya!
10. Terima kasih tuk semua yang pernah mendoakan hubungan ini.Heart anda semua!
Insya Allah jika tiada aral Disember ni kami akan diijab kabulkan. So, sekarang aku rasa dah macam fairy tale. masih dalam mode terkejut cox, kami pernah percaya yang kami dah takde jodoh 1 ketika dulu. Tapu sapa kita untuk menidakkannya, Allah lebih tahu apa yang terbaik. Dan "DIA KATA AKULAH SAYANGNYA... DIA KATA AKU SEPARUH JIWANYA... DIA KATA ITULAH UNTUKKU.. INILAH YANG KUTERIMA..." *lagu Ruffedge pinjam sat*.

Okaylah... t i update wif pict yang kakak amikkan untuk pre-wed kami. Suka sangat semua pict tu.. ;)

P/S: Owh! Kursu Kawen!

 

6.2.11

Rombongan Booked Sy untuk Dia

*amik dr Kak Sya*
thanx kakak

*owh! jariku memang tak runcing*


*Sepet jangan Jealous*
Anda kena share Mak Dengan sy pasni


*Ibu*Mak Hafiz*Sy*Mak Ngah Hafiz*

Owh! Sy dh kena booked okay!

P/S: Tggu Pict pre-wedding form kakak APIZ

1.2.11

Baju

Hari ni dah 1/2/2011.. tinggal 5 hari jek lagi majlisnya. So, sambil-sambil tu aku search kat internet for baju colour grey lite2 ckit mcm silver. Then masa aku duk FB, aku jumpa 1 page *kedaionline*... Diorg ni jual jual jubah modan & kaftan. Cantik2 u olls, dress pun ade tau.

So belek punya belek... aku bekenan 1 Jubah or Dress ni. Memang cantik harga pun tak sampai 200. So... aku PM ownernya, then she said boleh pick that dress kat JJ Bukit Raja kalo aku nak baju tu bfore ahad cox nak pos memang dah tak bolehkan.. orang dh start cuti dik oiii..... So I said to her, once i sampai KL, ill inform u.... so mcmana baju yg aku nak tu... TADAAAAA......

*cantik*
Lantak orang ckp tak.. aku kata cantik gak sbb aku yang nak pakai.

P/S: pasni cari tudung lak.

Ubah Plan

Nampaknya, tema tuk majlis I & Sepet akan berubah u'olls... Yelah.. si Sepet ni ha la kan.... last2 minit he bought a new shirt colour Grey lak... (cubit kang... x inform i awal2).... Patutlah ibu I terniat mintak I beli baju lain (perasaan ibu sama ke ngan bakal menantu... *kagum*) hahahahha.... So, I akan beli colour Silver punya baju. But still I nak gak cupcakes hijau coklat... wakakakakka... Sepet ..... xmau colour lain tau.. :P


*auwwww* So cute!

Macam tak caya jek kan.. Sepet Insya Allah will b My Officially Hubby tak lama lagi... Auwwww happynya... Lately ni memang hati aku berbunga-bunga indah... Ntah nape.. rasa bahagia, rasa gumbira, rasa bersyukur semua pun dalam satu. Syukur sangat Allah makbulkan doa aku semoga jodoh ni panjang sampai ke akhir hayat.


Kami memang suka gelak.. *luvmode*

Tapi, thanx gak r kat orang sekeliling yang juga mendoakan kami. Family, BFF, semua yang sentiasa mendoakan. Thanx u guys!! Luv u olls!

P/S: Kalau hantaran kahwin t I nak request 1 dulang yang penuh comic Dragon Ballz  boleh x?? hehehehe

31.1.11

Checklist

Okay nak buat checklist, since ibu dah call tadi.

1. Cincin - Done (lame dh Sepet beli.. )
2. Cup cakes- Done (weeee kak sya buatkan......  thanx kakak)
3. Cheese tart & Fruit Tart - Done (Thanx yun... cox sudi nak hantar sampai rumah on Thursday)
4. Baju & Tudung- thought nak pakai yang beli aritu, but then ibu ckp.. should buy yang lain.. so balik KL t akan g beli wif BFF, Ieja.. cant wait to meet her!)
5. Buah-buahan - Sponsor by Mak lang (thanx second mama)
6. Makan-makan- bab ni paling aku suka.. IBU & AYAH sponsor... (weeeeee...)
7. Jemputan ahli keluarga - Ibu already did... Thanx Ibu.. nak harapkan adik ni.. xsempatlah ibu... luv u!!
8. Baju Sepet - Hurmmm he told me that he will wear Renoma shirt kaler hijau jek. So, i kena cari baru baru pun  kaler hijau. Okay then.
9. Make Up - hahahhaah yang ni maybe.... aku kenalah bukak you tube.. or aku akan cari le sape2 yang boleh nak make up aku... (kak sya... how?? hahahha)
10. Goddie bag for pihak lelaki - Balik KL t akan aku usahakan... hehehhehe.... tinggal nak beli bekasnya jek...
 isinya ada sudah

P/S: Hati saya berbunga indah.. Auwwww! im in luv again!
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers