Pages

Followers

Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

1.7.12

Lewat

Aku mengira.
Sejak dari last "my Best Friend" datang.
Sehingga aku buat ujian itu.
Katanya kiraan itu.
3 minggu 3 hari usianya.
Aku google lagi. Aku baca.
Dia sedang cuba untuk bertukar bentuk.
Aku tak sabar jumpa doktor.
Untuk dapatkan pengesahan
Tapi kata orang 3 minggu masih awal, biasanya jarang boleh detect..
Means hormon aku tinggi...
Jadi, semoga segala rezeki ni, Allah berikan pada aku dan enchik suami.
Doktor sila tunggu kami!

P/S: Terima Kasih kawan-kawan atas doa. Segala perkhabaran nanti akan aku share. Insya Allah.

A Sign.. Maybe!

*sorry gambar not very clear*

Hye and Assalamualaikum...

Im in a confuse mood. Belum lagi sampai tarikh sepatutnya "my best Friend" datang..Tapi, me gatal tangan untuk buat UPT (Urine Pregnancy Test).. So, apa yang aku dapat adalah seperti gambar. On 30th of June 2012, warnanya pudar sikit.  Sorry aku tak amik gambar on time untuk test ni sebab me dan enchik husband confuse, but still berysukur.I asked my BFF about this, and she said.. Its +ve sign..
Kalau betul Alhamdulillah...

Then, aku ada baca satu forum which is banyak ibu-ibu dan bakal ibu-ibu share pengalaman diorang pasal pregnancy, diorang nasihat suro buat another test between 24-48 hours from first test kalau aku ragu-ragu.
So, pagi tadi 1st july 2012, at 5 am, aku wat UPT lagi.. Dan ternyata masih dua garisan, cuma garisan kedua keluar lambat sikit after 5 to 10 minutes macam tu baru kuar. Tapi warnanya more terang than yesterday.
So, aku rasa mungkin aku betul-betul pregnant. So, this evening, me and enchik husband akan ke klinik untuk pengesahan. Tolong doakan kami ya. Semoga bulan ni, sempenan ketibaan Ramadhan akan ada "anugerah dan hadiah istimewa" untuk kami sekeluarga.

Sekian.

P/S: Kedua-dua gambar aku amik tengah ari tadi. Kata orang kalau garisan kedua (T) test semalam hilang dengan cepat, means itu prenancy palsu. Tapi, aku pny dah seharian, masih ada. Mungkin ada rezeki. Insya Allah.

25.6.12

Dua Minggu

Dua Minggu akan datang..
Mungkin kamu ada.. mungkin juga tidak..
Kami doa semoga kamu ada...








Ya Allah...
Kau Paling memahami...
Kau punca segala yang baik didunia ini...
Semoga kau perkenankan doa kami...
Amin.

24.6.12

Sakit

Assalamualaikum...

Orang kata jangan stress kalau kita mahu dapatkan zuriat. Tapi macamana tak stress kalau every people yang kau jumpa tanyakan soklan... "Eh, dah nak masuk tujuh bulankan korang kawen.. bila lagi nak bertiga?". Aku sangat benci soklan tu. Hello encik/cik/puan/tuan/datuk/mak nenek, meh saya nak explain satu demi satu. Nak terang elok-elok supaya korang semua boleh masuk dalam kasut aku. Meh rapat-rapat meh. First of all, terima kasihlah ye sebab tanya soklan macam tu kat aku dan encik suami. Cuma aku nak le terang sikit kat korang. Kalau aku cuba dan berusaha hari-hari untuk dapatkan zuriat, tapi Allah kat belum masanya, so, belum masanyalah kan? boleh tolong stop tanya soklan yang OBVIOUSLY korang tahu itu kerja Allah. Boleh? Aku daripada sihat jadi sakit tahu dengan soklan korang. Sakit hati!

Okay itu je aku nak sampaikan. Sebenarnya aku nak cerita benda lain, cuma nak sampaikan apa terbuku dihati. Okay, berbalik kat cerita aku. Lately ni, dekat seminggu gak lak aku mengalami symptom-symptom yang hampir macam nak datang bulan tapi, masalahnya, aku baru je habis period dua minggu. Antara symptom-symptom aku alami ialah:-

1. badan aku selalu benor rasa panas. peluh-peluh je bila tido, padahal kipas ngadap kat aku.
2. Breast aku denyut-denyut. jarang aku rasa walaupun dah nak sampai waktu period. sangat pelik!
3. Perut aku sebelah bawah pulak toksah cerita. Sakit mcm nak cramp dan mencucuk-cucuk. kadang belah kanan, kadang belah kiri kadang kat bawah pusat. Ape kes ntah.
4. Aku susah benor nak membuang air besar. Padahal minum bukan banyak.
5. Aku susah tidur. Tengah malam mesti terjaga dan aku susah betul nak tidur balik.
6. Aku bangun pagi, dan 3 hari ni muntah. Tapi peagi jelah lepas siap pakai baju nak gie kije.
7. Aku tak leh makan coklat. Bila makan je, mesti aku muntah dan rasa loya. Haishhh!
8. Aku sakit pinggang dengan punggung kalo duk lama-lama.
9. Aku cepat penat. Lepas solat magrib mesti aku dah terlentuk tido. Kalau encik husband tak kejut confirm aku tak bangun. Tapi bila dah bangun aku tak mampu tido balik.
10. Aku sangat sensitip. Kalau encik husband wat ape-ape jek mesti aku sentap. Alahai.

So, korang tau ke ape penyakit aku ni? Aku sangat takot sebab banyak sangat info kat google ni Dan semuanya menakutkan. Aku nak gie jumpa doktor pun aku takot... huwah tolong!
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers