Pages

Followers

10.4.13

Janji Allah Itu Pasti... Alhamdulillah

Assalamualaikum dan hello kawan-kawan...

Syukur Alhamdulillah, masa Ieka sibuk taip post ni, Ieka dah pun berpantang selama 32 hari. Yahoo!! lagi 13 hari sahaja lagi nak abis pantang. Pewwit!! lepas ni kami (Ieka dan baby boo) boleh pergi shopping together-gether sebelum Ieka mula bekerja. Ieka sangat happy sebab berat baby boo pun dah naik lagi. Alhamdulillah. Kalau korang nak tahu masa baby boo lahir berat dia cuma 3.21 kilogram. Tapi selepas sebulan dilahirkan sekarang ni berat baby boo dah 4.40 kilogram. Naik 1.19 kilogram dalam masa sebulan. Rahsianya?? Keep breastfeed non-stop peeps! Mama baby boo pula dah turun 14 kilogram. Double yeah!! Sebelum bersalin dulu berat Ieka adalah 83 kilogram dan sekarang berat Ieka adalah 69 kilogram dan sedang berusaha untuk turunkan lagi 9 kilogram sebelum mula bekerja dan 8 kilogram lagi sebelum bermulanya bulan puasa. Korang doakan ya semoga Ieka dapat capai target yang diigini.

Anyway, sebenarnya Ieka ada lagi berita gembira yang ingin dikongsikan. Sejak bercuti pantang ni, Ieka selalu pikir untuk tingkatkan ekonomi family. Selain daripada nak bantu Hafiz ringankan beban keluarga, kalau ada duit lebih tu, boleh la dibuat simpanan dan kalau-kalau terdesak ada jugak duit tersimpan. Ye dak?? Sejak ada baby boo ni banyak betul rancangan masa depan yang Ieka plan. eheheh bercutilah, cari rumahlah, macam-macam lagi. Semoga niat Ieka ni diperkenankan olehNya. Ameen.

Okay back to berita gembira yang lagi satu yang Ieka nak share tu adalah Ieka telah dipanggil untuk menghadiri exam PTD M41. Dah dua tahun lebih Ieka tunggu tau. Akhirnya, dipanggil jugak. So, dengan peluang yang ada ni, Ieka akan study betul-betul. Nasiblah sekarang tengah cuti bersalin, jadi sementara baby boo tido, dapatlah Ieka belek-belek isu-isu semasa yang berlaku kat Malaysia ni. Hopefully, dapatlah Ieka jawab dengan baik. Semoga Allah permudahkan segalanya. Kalau ada rezeki dan diterima masuk ke sektor kerajaan, inilah anugerah Allah dan rezeki yang ditrunkan buat baby boo. Doakan untuk Ieka ya.





P/S: Dah lama tak stay up memalam dan study. Berusaha!!

1 comment:

Tengkubutang said...

hai.. salam kenal,
follower no.26
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers