Assalamualaikum dan hai korang....
Rasa dh lama sangat Ieka tak update blog ni kan? Last Ieka update rasenya dua minggu lepas untuk memperkenalkan si cantik dan harta paling beharga untuk Ieka dan Hafiz iaitu kehadiran puteri sulung kami, Hani Zahirah Binti Muhammad Hafiz. Alhamdulillah, kehadiran si cantik dan berharga ini, betul-betul memberi cahaya ketenangan dan kebahagian kepada kami berdua. Dia pelengkap kasih sayang kami. Hari-hari Ieka rasa setiap saat sangat bermakna. Tak terucap dengan perkataan perasaan yang Ieka rasa. Tapi perasaan ini sangat istimewa. Syukur Ya Allah.
Anyway, sebenarnya, arini Ieka nak cerita pasal Header Blog ni. Since Im not Mommy to be lagi, sebab kenyataannya I am Mommy to my precious baby. Ieka rasa dah selayaknyalah Ieka membuat Header yang baru. So, Ieka pun memerlukan idea untuk buat header baru. Kalau sebelum ni, header blog ni Ieka dapat inspirasi daripada blog Kak Amy , kali ni Ieka nak cari idea yang lain sikit. Maknanya kena kerah sikit otak ni supaya dapat menjadi kreatif seperti zaman belajar dulu ya. Almaklumlah, sejak bekerja ni, tahap kreativitinya agak kurang dan kelaut.
Sejak jadi mommy ni, Ieka rasa happynya lain sangat. Seronok bukan main bile dah ade baby ni. Ehehehehe. Hari-hari boleh tgk dia membesar. Hari-hari nampak sesuatu yang baru baby buat. Too bad, papanya jarang ada dengan kami. Yelah, Ieka berpantang kat umah ibu dan ayah di Kepong. Hafiz pulak, kena kerja dan dia duduk Cheras sebab dekat sikit nak pergi kerja kat Sepang. Lagipun, jimat sikitkan. Bila hujung minggu je baru dia balik. Tiap kali Hafiz nak balik Cheras, babynya confirmlah tak boleh nak ekspres ape dirasakan. So, mama dia akan hujan tiap-tiap minggu. Tapi Alhamdulillah, dah hampir sebulan berpantang, makin kuat Ieka rasakan. Ieka nak cepat sihat, nak cepat abis pantang. Bukan sebab tak tahan, tapi Ieka tak sabar nak bawak Hani Zahirah jalan-jalan tengok kehidupan diluar. Ieka nak kami bertiga berjalan sebagai family.
Okaylah, sekarang nak pikir macamana nak buat header baru untuk blog ni. Nanti bila dah ada header baru tu, akan Ieka upload dengan segera.
2 comments:
Selamat buat header baru...
Heheheheheh..
Ayu... tq dear..
Tapi kite ingat kite nak bukak pertandingan mencipta header untuk blog ni la... wakakakakka
mcm la blog ko pemeskan ieka??
ni tengah kerah idea ni...
aiyoooo :P
Post a Comment