Pages

Followers

23.2.13

Teknik: Cepatkan Kelahiran Secara Semulajadi


Assalamualaikum dan hello kawan-kawan,

Hari ni Ieka nak share sikit tips dan teknik yang boleh bakal-bakal ibu lakukan untuk cepatkan kelahiran anda secara semulajadi. Bak kata apek dalam iklan. Ini champion punya, takde jual wooo! Actually, tip ni Ieka dapat daripada satu blog tu. Ya ampun pemilik blognya, saya lupa mau copy link anda. Tapi blog anda memang membantu. Steady! Thanks for provide such a good info and technic for us!

So, jom kita selidik apekah teknik-teknik atau cara-cara yang boleh kita lakukan supaya baby ni turun kedalam salur ibu dengan betul dan mudah. So, cepatlah ibu dapat constration. Bila dah dapat constraction, maka cepatlah proses kelahirannya.

Teknik 1
Ibu perlulah rajin berjalan. Kenapa?

Hot Mommy Alicia Keys 

Apabila anda banyak bergerak ia dapat membantu menguatkan kontraksi dan membantu anda mempercepatkan proses kelahiran

Teknik 2
Ibu perlu buang air kecil dengan kerap. Why.. why??

Haip!! sila jangan tengok...

Kerana pundi kencing yang penuh boleh melambatkan prosese kelahiran kerana ia menghalang penurunan kepala

Teknik 3
Ibu perlu manjakan diri. Macamana?

Bestnya...

Ibu boleh mandi menggunakan air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin. Something interesting to try. Manjakan diri sambil-sambil buat spa kat rumah. Hilangkan stress dan penat kerja. Just enjoy your moment.

Teknik 4
Ibu perlu aplikasikan teknik-teknik pernafasan yang dipelajari di kelas antenatal? Sebabnya??

Sekarang kita pun rajin duk macam ni.

Untuk elakkan Ibu-ibu daripada berasa cemas bila tanda nak bersalin keluar.

Teknik 5
Urutan Belakang. Camne nak urut?

Leganya kalau dapat massage camni


Ibu boleh minta tolong suami anda urut bahagian belakang secara lembut tetapi tegas. Bukan ape, supaya boleh le kurangkan sengal-sengal dan angin dalam badan tu. Rasa relax sikit urat-urat bila nak tidokan.

Teknik 6
Posisi tidur yang betul. Macamane tu ek??

Tidur mengiring ke kiri adalah posisi terbaik


Tukar posisi di atas katil( mengiring sebelah kiri) untuk memudahkan kepala bayi turun dengan cepat.

Teknik 7
Senaman Ringkas. Cube cerita sikit, Boleh??

Lebih kurang macam ni la..

Ibu boleh hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku dapat membantu rahim menolak menolak bayi agar masuk ke saluran peranakan.

So, itulah dia tips-tips atau teknik tu cepatkan proses kelahiran secara semulajadi dan tips untuk kurangkan kesakitan. Tak yah cucuk epidural selagi ibu-ibu boleh tahan. Tapi kalau tak boleh tahan, cucuk la ya. Jangan dibiar pulak nanti mudarat diri pulak. So until then, selamat mencuba! Peace!

No comments: