Pages

Followers

23.2.13

38 Weeks Pregnancy

Assalamualaikum and Hi Peeps!

Alhamdulillah, sekarang ni kandungan Ieka dah pun berusia 38 minggu. Another two weeks to go people. Im   so excited yet Im nervous too. Hopefully semuanya dipermudahkan. Lately ni baby sangat kuat bergerak. Tak kira siang atau malam . Mungkin sebab dia dah besar. Yes! Ieka tak tipu baby ni sangat montok, sexy dan panjang. Beratnya dah cecah 3.2 kilogram kawan-kawan. ehehehe.. Alhamdulillah kata doktor dia sihat. Tak kisahlah besar ke kecik ke, as long as dia sihat dan sempurna itu sudah memadai untuk kami berdua.

Semalam Ieka ke Klinik Kesihatan. Seperti biasalah buat pemeriksaan. Misi semalam agak banyak complainnya. Tak macam misi-misi yang sebelumnya. Itu lah ini lah. Well, sebagai patient Ieka dengar jelas. Malas nak menjawab sebab kang kalau menjawab lain pulak jadinya. uhuk... uhuk... So, pasrah jelah. Tapi Ieka suka sesi pemeriksaan semalam sebab kebiasaannya, Ieka perlu tunggu tiga jam untuk selesai satu sesi pemeriksaan lengkap. Tapi semalam hanya 30 minit uoolss... Efficient giler! Nak tahu sebab apa? Sebabnya semalam diorang ada pelawat daripada kementerian so, haruslah tunjuk diorang sangat effient khennnnnn. Tu yang misi tu bagi bebelan kot. Sebab nak tunjukkan dia efficient. Tapi tak kisahlah janji semua okay sudah.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi Ieka bangun, Ieka tak dapat rasa baby punya movement. Panggil-panggil baby pun dia tak gerak. So Ieka assume dia tido. Masa solat subuh pun dia tak move. Ieka dah susah hati. So, Ieka bagitau Apiz, then Apiz kata maybe baby tido lagi. Dia pun ada cakap-cakap dengan baby but no respon. Ieka still pergi kerja macam biasa sebab ada important meeting kat opis. So masa meeting, baby still tak bergerak. Ieka terus wassup Apiz dan ajak pergi klinik.

Lepas solat Jumaat kami terus ke Klinik Kesihatan. Sampai-sampai Ieka bagitau misi yang baby slow moving arini. Misi terus check tekanan darah Ieka dan bawa Ieka ke bilik pemeriksaan untuk check jantung baby. Alhamdulillah jantung baby okay. Tapi misi still nak Ieka jumpa doktor sebab risau takot apa-apa jadi pada baby. So, Ieka dibawa jumpa doktor. Doktor tu sangat cantik dan baik. So, doktor pun scan la perut Ieka ni. Scan punya scan, Alhamdulillah baby elok je kedudukannya. Menurut doktor, baby slow moving sebab saiz dia dah besar dan space tak cukup. Tapi dokotr pesan jugak kalau malam ni rasa dia tak aktif macam biasa, dan gerakkan kurang sepuluh kali sampai jam 9.00 malam, cepat-cepat pergi hospital bawa sekali kelengkapan.

Ieka syukur sangat sebab Allah masih pinjamkan Ieka bagi dalam kandungan ni. Masih mahu bagi peluang pada Ieka untuk melahirkan bayi ini insya Allah. So, until now baby masih bergerak aktif lepas Ieka jmp doktor tadi. Thanks sayang. jangan buat mama dan papa risau lagi ya. Mama dan papa tunggu sayang keluar. Mama tahu mama kurang rehat lately ni sebab kerja banyak dan timeline makin hampir. Hope sayang mama ni kuat ya. Insya Allah kita jumpa tak lama lagi. Sayang bertahan ya. Mama luv u sayang.

P/S: Sejak mengandungkan kamu, mama sangat suka lagu Salam Semua ni. Mungkin sebab semangat mama yang tak sabar-sabar ada kamu. Selain Allah yang sentiasa jadi tempat mama mengadu.... Kamu dan Papa juga kekuatan mama bila banyak dugaan yang datang, Bila teringat kamu dan papa, mama jadi kuat balik.


Enjoy!

2 comments:

AyueJean AJ said...

Mummy to be..
Lambatnya tidur????
Hehhhhe... Hopefully everything goes well....
I'll pray for you... =D

~IekaZakaria~ said...

Ayu....
Kita tunggu Apiz balik main futsal...
Pastu duk borak-borak dengan dia before tido layan movie skyfall...
tu yang lambat tido ehehehe...

Anyway, thanks darling ... Ameen