Pages

Followers

7.3.13

Seluk... Scary! (Part 1)

Assalamualaiku dan Hello kawan-kawan....

Hari ni Ieka nak cerita pengalaman seluk menyeluk yang Ieka lalui baru-baru ni dan I am vey-very sure bakal-bakal ibu seperti Ieka ni nak tahu sangat pengalaman orang yang pernah di seluk. Seluk ni bahasa kite-kite l yang selalu pakai kan... Actually seluk ni atau dalam bahasa doktor-doktor la kan VE Treatment ni adalah salah satu prosedure la yang perlu doktor buat kat ibu-ibu hamil tuk tahu baby dah engaged ke tak. Caranya dengan memasukkan jari kedalam saluran kemaluan untuk mengenalpasti bukaan saluran sebelum baby dilahirkan. Bukaan kena cukup sepuluh sentimeter (10 cm) baru boleh push baby... push.. and push. Sekarang faham ya ape itu seluk kawan-kawan?

Anyway, lets I share with uoollss pengalaman seluk menyeluk yang I alami ya. For those yang agak fobia ke hospital, Ieka nasihatkan jangan ambil negatif side ya. Ambil sebagai ikhtibar dan sentiasa pikir positif supaya  uoolss tak cuak atau bimbang kalau kena seluk nanti. Okay, mari-mari Ioollss story.

5 March 2013 (Selasa)

Ieka bangun awal sangat Selasa haritu sebab perut memulas-mulas mcm nak kena cirit-birit. Tapi bila pergi toilet takde ape pulak yang keluar. Haishhh... frust betul. Dah dua tiga hari macam tu. Rasa marah dengan diri sendiri sbb tak boleh nak perform dengan baik dalam toilet lately ni. Nak kata air tak cukup, bergelen-gelen dah minum. Makan tok sah cter. Sekarang lapau memanjang. So, disebabkan takde hasil yg nak keluar Ieka naik le bilik balik. Apiz tak tido umah ibu malam tu sebab dia kena masuk site ada kerja nak setelkan. So, dia balik umah MIL. So, sorag-sorang le Ieka tido dan tahan sakit pagi tu.

Lepas naik baring-baring balik atas katil, sejam pas tu sakit balik perut. Kali ni confirm tak boleh tahan. So, Ieka cepat-cepat turun dalam keadaan berhati-hati pergilah selesaikan apa yang patut. Nasib ada hasil. Legalah sikit perut ni walaupun sikit dan cair hasilnya. keh..keh..keh... Sekurang-kurangnya, lepas sikit beban. Lepas selesai cuci apa bagai, Ieka pun amik air sembahyang then solat subuh sebab mase tu dah masuk subuh. Lepas solat Ieka wassap Apiz and cerita beriya-iya ni dengan Apiz. Then Ieka ckp bwh perut Ieka dan pinggang sakit tak menahan. Apiz kata kalo sakit sangat-sangat bagitau dia cepat then kita ke hospital.

Nak dijadikan cerita, Ieka tertido. Penat kot sebab turun naik tangga. keh..keh..keh. Alasan ko memang kelas A Ieka. Bangun je tido Ieka rasa baby macam slow jek movingnya. Selalu "dia" aktif. So, Ieka sangat risau Ieka bagitau Apiz. Apiz kata okay, lepas siap kerja dia datang. Ieka tak tau kenapalah aritu, Ieka ni sensitip sangat. Apiz lambat datang Ieka punya sedih tuhan je tau. keh..keh...keh.. emosi haih mak buyung nih.

Apiz sampai jek, kiteorang siap-siap solat Asar dulu, sempat makan-makan lagi walaupun dah sakit-sakit sebab takot kang kalau kena tahan wad kang, lapau pulak.  Mase tu baby mengeras non-stop.sampai sakit-sakit perut bawah Ieka. So lepas settle semua kami pun ke Hospital satu ni. Dekat sangat dengan umah ibu. Ieka tak mau mention nama hospital ni. Bukan apa, takot kang orang seriau dan ngeri lak nak pergi. Keh.. keh..keh...

Sampai hospital around 7.00 pm. Apiz tolong daftarkan apa bagai. Then pembantu hospital suro pergi Aras 5. Kiteorang pun naiklah ketempatyang dinamakan DEWAN BERSALIN. Sampai situ Ieka pun daftar, bagi tau ape yang jadi, cik misi pun suro le Ieka salin kain. Ieka yang tak pernah bersalin ni, salin le kain kan. Almaklum le orang baru. Masa tu tak fikir langsung yang diorang ni ada yang perangai mintak penampar sebab niat Ieka cuma nak tahu condition my baby jek.

Ieka disuro masuk ke bilik pemeriksaan. Diorang tak bagi Apiz masuk. Mungkin sebab biliknya penuh perempuan, so demi menjaga kebaikkan orang lain, suami-suami tak dibenarkan masuk. Bahaya sebab kami ni tak pakai ape-ape kecuali kain dan t-shirt. keh..keh..keh...

Ieka lepas tu disuro baring ataskatil dan satu alat dinamakan CTG dipasang pada perut untuk monitor jantung baby. Masa tu, apa jek doktor soal Ieka jawab dengan tenang sampailah ke satu tahap ni... Doktor perempuan lingkungan awal 20an ni suro Ieka angkat kaki dan kangkang. Ieka yang tak tau ape-ape ni pun ikut le. Dia pun pakai sarung tangan dan seluk. Dia suro Ieka relax, then Ieka cakap "Sy tak pernah kena seluk dan sy tak tau macamana relax yang doktor cakap tu". So, dia gelak then, dia kata "okay, sikit je Puan. Ieka pun said "okay", then bila rasa sakit, Ieka kata doktor sakit. Then dia berenti dan kata, "okay takpe jap lagi sy datang balik".

Jap lagi tu korang tau berapa lama?? 3 Jam okeh without anything sebab lepas setengah jam Ieka di suro baring atas katil tu diorang dah bukak CTG machine tu. Pastu Ieka baring macam orang bodoh atas katil tu sambil do nothing. What the heck? After 3 hours, datang pulak doktor lain. Doktor muda tadi ntah lesap ke mana Ieka pun tak tau.

Yang doktor baru ni, nampak berpengalaman. Umur dalam awal 40an. Doktor perempuan, melayu. So lepas dia dengar report dari staff dia, dia pun selamba sound Ieka "Puan kena bagi kita kerjasama ye kalau tak susah saya nak tahu condition puan. Saya banyak pesakit lain". Ieka macam "watde......" ko masuk-masuk nak sound aku macam tu. Bodoh ke ape ko ni. Tapi Ieka sabar lagi. So, dia pun tekan-tekan perut, sorang lagi catit ape yang di carotkan dalam bahasa doktor diorang. Ieka pun wat biase jek. Pastu again, dia suro angkat kaki. So Ieka angkat kaki, awal-awal Ieka bagitau Ieka belum pernah diseluk dan macamane nak bagi relax. I need tips. Doktor tua ni cakap bukak je besar-besar, kaki tolak kebelakang. Masa ni assitant dia ntah mana hilang. Dia sorang-sorang wat kije. So, Ieka pu tarik nafas then cube relax. Tapi......... Damn!! sakit giler kot dia seluk, Allah je tau. Ieka jerit sakit pun dia still jolok kedalam without any perasaan kesian. Ieka dah nak menangis dan jerit-jerit sakit dia stil berusaha masukkan lagi. Bodoh ke hape doktor ni. Lepas tu, dengan muke slumber dia cakap "okay dah". Dia tolak kaki Ieka then cakap turun kaki tu. Nampak tau how kurang ajarnya this doktor? So, Ieka pun diam, then dia kate okay boleh bangun. Ieka ni dah la sakit pinggang dengan perut boyot, dia langsung tak tolog papahkan ke hape ke, terkial-kial okay Ieka bangun. Doktor ape macam ni. So, mase Ieka sarung kain, Ieka nampak bertompok, tompok banyak darah atas katil. Then Ieka tanya dia, "darah ni darah apa?" Dia dengan rase tak bersalah, "owh, ni takde pape, ni darah sy seluk tadi, tapi sebab kepala baby jauh sangat, sy tak dapat capai, tu yang keluar darah."

Disebabkan Ieka ni tak tahu ape-ape sebab kali pertama kan, Ieka pun cakap okeh. Then dia suro Ieka keluar tnggu kat luar sementara dia siapkan buku. Ieka pun pergi toilet cuci darah yang meleleh kat kaki dengan kain sambil nangis kat toilet sebab sakit sangat. Macam kena rogol tau. Ieka pun pergi kat Apiz then cerita dengan dia apa doktor tu buat. Dia cakap takpe, sakit sikit je okay. Dia try cool down kan Ieka tapi Ieka tau dia sangat marah dengan doktor tu. So, lepas dapat buku, kiteorang jalan keluar. Masa tu Ieka tak mampu nak jalan. Kaki kanan langsung tak boleh bergerak. Pinggang sangat sakit dan bawah pun sangat sakit. Nangis-nangis Ieka jalan. Nasib Ieka ada suami yang sangat faham apa Ieka rasa time tu. Apiz pun dudukkan Ieka kat kerusi depan hospital then dia pergi amik kereta. Masa nak naik kereta dia angkat Ieka sebab Ieka memang langsung takde daya bergerak.

Sampai umah Ieka cerita dengan Ibu. Ibu cakap takpelah, dah pergi naik tido dulu. Malam tu memang Ieka tak boleh tido sebab badan sangat sakit. Semua tempat kot. Kesian Apiz kena dengar Ieka menangis tahan sakit malam tu. Last-last dia nak sedapkan hati Ieka, dia cakap "Esok kita jumpa doktor yang you biase tu.. okay. Kita mintak dia tengokkan". Ieka pun jawab "okay". Then cuba tuk tidur.

So... Nak tau ape reaksi doktor Ieka pasal kejadian bleeding ni? ha..... tunggu..... Next Post please!!!

P/S: Nak jadi doktor ke nurse ke, niat dan hati kena ikhlas. Mulut kena jaga jangan nak sedap maki jek. Panggil orang bongok.. bangang dan sebagainya.. tindakan tu jangan nak main belasah jek. Macam orang takde perasaan pulak. Macam semua orang ni bodoh, awak tu je bagus. Kena ingat itu tanggungjawab dan anda sedang bermain dengan nyawa orang. Apa-apa jadi, atas kesilapan anda, susah nanti. Menjawablah anda di akhirat kalau orang tu tak maafkan. Ingat tu. Sekian.

No comments: