Pages

Followers

7.3.13

Seluk.... Scary! (Part 2)

Assalamualaikum dan Hai kawan-kawan...

So, mari kita sambung kisah Ieka diseluk dan sambungan masa jumpa my own doktor.

6 March 2013 (Rabu)

Pagi-pagi lepas breakfast semua, kiteorang berdua, me and my husband tengok tibi dulu. Pastu dalam pukul 12 tengah hari macam tu, kiteorang pun ke klinik doktor Ieka yang biase tu. Bukan tak mau pergi awal-awal, tapi takot doktor lambat masuk. So, kul 12 tengah hari tu, kire perfect time. Sampai je klinik, Ieka pun pergi kaunter tuk bagitau nak jumpe doktor. So, kami duk jap dalam 15 minit camtu, Ieka pun dipanggil masuk. Mase masuk je my doktor dah pelik. "Eh, ur appointment on 9th rite? whats bring u here?" So, Ieka pun duduk, sambil letak buku merah Klinik Kesihatan tu, Ieka pun cerita la apa yang jadi dari A sampai Z. 

Terbeliak mata my doktor masa Ieka bagitau yang Ieka bleeding banyak masa doktor tu seluk. Then my doktor tengok buku report dan geleng kepala sambil cakap.... "That's doctor not supposed to do VE treatment on you. You know why?? because u dun need it!. Baby masih at early stage. belum engaged banyak pun. Dia tak patut seluk sebab dia dah tahu baby kat atas lagi. Walaupun dah bukak dua sentimeter. So bad la.... this doctor. Ini yang I sedih dengan hospital yang u pergi ni. Banyak kes dah I terima. Yang sampai gugur pun ada sebab their careless.... silap masuk ubat... how bad their services kan"

Ieka pun telan air liur dan terfikir, no wonder ramai orang cakap macam-macam pasal hospital tu. Rupenya banyak doktor giler kat situ. isk..isk..isk... bahaya betul. So, lepas dengar my doktor pny tips dan nasihat camane nak handle doktor-doktor giler yang macam ni, Ieka pun bagitau pasal sakit belakang. Then doktor pun urutkan sikit dan Alhamdulillah, lepas doktor urut tu Ieka dah boleh jalan macam biase. Syukur sangat-sangat. Thanks doktor. 

So, kejadian ngeri tu telah menyebabkan Ieka bleeding dua hari. Fobia nak pergi hospital lagi dan rase down sangat. Tapi, nasib Ieka ada husband, family, kawan-kawan, dan sedara mara yang bagi moral support supaya bangkit balik jangan takot-takot nak bersalin. Alhamdulillah baby pun okay. So, pasni if doktor nak buat apa-apa kat badan uoollss please and please asked them first, kenapa dia nak buat itu dan ini kat uoolss. Apa rasionalnya kalo dia buat itu dan ini kat uoolss. You have the right to fight and ask sebab itu nyawa uoollss dan anak u. 

So, for doktor-dokto kat luar sane, especially hospital kerajaan,  tapi bukan semuanya ya... segelintir dari anda-anda ni....Ieka just nak tegur sikitlah ya, korang dibayar gaji dan diberi kepercayaan untuk merawat orang ramai kat Malaysia ni agar diorang dapat hidup dengan sihat. Bukan untuk menyakiti mereka. Korang tolonglah bersikap professional. Walaupun korang dalam keadaan marah. Tapi kena professional... Hal rumahtangga jangan bawak ke hospital.. masalah dengan click pun jangan bawak dalam wad... Sebab ape??? sebabnya nanti yang mangsanya adalah kami rakyat Malaysia ni. Kerajaan amanahkan korang sebab diorang yakin korang mampu merawat pesakit yang ramai-ramai ni dengan ikhlas dan dapat berikan rawatan terbaik. Bukan semua orang mampu nak pergi hospital private. So, pleaselah ubah sikit perangai tu ye. Pikirlah kalau ur family kena treat macam yang uoolss treat orang ramai. How do you feel? mesti marahkan. So are we. Jadi harap ada improvementlah ye. Kite hidup bukan lame. Kalau still tak berubah, akhirat nanti nak menjawab soklan-soklan pasal tanggungjawab susah wehhhhh... jadi pikirkanlah ye.

P/S: Ieka cukup pantang kalau nurse ke doktor ke duk maki-maki orang sesedap rasa dia. Mulut tak berjaga. Kalau rasa tak boleh layan orang bebaik, rasanya better jangan jadi nurse or doktor. Buat tambah dosa bebanyak jek. Kalau awak tak suke orang maki awak, so, ingat-ingatlah sikit ye. Bukan awak je ade perasaan, orang lain pun ade perasaan. Ingat kerja awak tu Ibadah. Jangan pandai cakap macam-mcam tapi at last, awak sendiri pun tak betul. Sekian.,

No comments: