Pages

Followers

13.11.11

Tidurlah Mata...Tolong!

Assalamualaikum.

Aku tak boleh tidur. Aku pun tak tahu kenapa. Lately ni susah benar nak tidur malam. Bila siang pun susah tidur. Kenapa entah. Aku tak pasti. Mungkin susah hati. Mungkin excited. Mungkin.... aku tak tahu. Semua aku rasa sekarang.

Aku tak boleh tidur. Aku tak boleh berfikir dengn baik lately ni. Aku cepat emo. Aku cepat takut. Aku cepat risau. Aku sensitif sangat. Pantang orang cakap something yang buat aku terusik, mesti aku sentap. Tapi peliknya, aku dah tak sentap langsung dengan gurauan kasar Sepet. Mungkin dah lali, atau mungkin itulah dia keserasian yang Allah wujudkan antara kami. Kalau dulu, aku mesti tarik muka seposen bila dia kate something yang sensitif. Sekarang tak lagi. Tapi aku duk tokok tambah dan gelak adalah. At last kami akan gelak sesama.

Aku tak boleh tidur nih. Bosan dah ni. Mata tolong lelaplah. Boleh tak. Aku nak mimpi. Owh! dah hampir dua minggu aku mimpi majlis resepsi. ahaahah. Orang kata ni sindrom orang nak kahwin. Sebabnya banyak sangat pikir. Aduyai. Aku memang nervous. Aku risau. Aku takut.

Selalu je datang dalam fikiran, boleh ke aku jadi isteri yang baik. Yang taat perintah Allah, yang taat pada suami, yang boleh jaga maruah suami aku, rahsia rumahtangga aku. Segala-galanyalah. Boleh ke aku jadi menantu yang baik, kakak ipar yang baik. Sepupu dan saudara yang baik. Wah!! aku banyak pikir. Aku ak tidur.

Okay, memang aku merepek. Tapi aku tak boleh tidur. Aku banyak pikir. banyak sangat. okbai.

No comments: