Pages

Followers

12.12.11

A Tribute to Aca a.k.a Helmi

Assalamualaikum.

Hari ni, aku terasa nak update pasal seorang kawan aku yang aku kenal sejak sekolah rendah. Seorang yang periang, kawan yang suka mengusik, nakal tapi dia seorang kawan yang baik. Dah pun menunaikan haji sejak umur tujuh belas tahun lagi. Dia disenangi oleh ramai kawan-kawan kat sekolah. Walaupun dia nak nakal, tapi jauh disudut hati dia, dia tak pernah berniat nak lukankan hati sesiapa pun.

Aku ingat lagi, dia panggil aku dengan panggilan MAK LEYHA. Ahahah. He actualy, make a joke. But suddenly, benda tu melekat kat aku. Ramai kawan-kawan kat sekolah panggil aku MAK LEYHA. Mula-mula tu marah jugak, tapi lelama tu aku dah biasa, sebab dia bergurau je kan.

Nak dicaritakan pasal Helmi ni, tak banyaklah yang aku tahu. Cuma, aku memang pernah sekelas dengan dia dari teingkatan empat sampailah ke tingkatan lima. Orangnya sederhana sahaja. Kadang-kadang dia agak pemalau. Tapi most of the time dia memang happy go lucky. Susahlah nak tengok dia marah. Ke, memang tak pernah. Sebab sepanjang aku kenal dia, aku lum tengok lagi dia marah.

Tapi, lately ni, susah betul kami nak tengok dia senyum. Nak tahu kenapa? Sebab dia tengah terlantar sakit kat hospital akibat ketumbuhan dalam otak. Siapa sangka, kawan yang periang seperti dia akan diuji Allah dengan begitu berat sekali. Baru-baru ni kawan-kawan ada update kat Muka Buku yang kawan aku si Aca ni dah pun selamat menjalani pembedahan yang terkini. Ya Allah bila tengok gambar dia lepas operate tu aku rasa sebak sangat. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk dia. Semoga Allah meringankan segala ujian yang diturunkan kepada Aca.



To Aca, 


Aku doakan semoga ko cepat sembuh. Tabahlah hadapi segala ujian yang diturunkan. Aku faham, berat mata memandang, berat lagi bahu kau yang memikul. Takde apa yang aku boleh bantu untuk ringankan segala kesakitan yang ko sedang alami. Hanya doa aku untuk seorang sahabat supaya ko dapat kembali segar macam biasa. Semoga ko dapat bersama kawan-kawan lain macam dulu. Kau perlu kuat untuk hadapi semuanya. Orang keliling ko, family, Amira si gadis kesayangan ko yang tek pernah-pernah putus memberi ko sokongan dan dorongan. Ko kena kuat ya! Insya Allah segala yang diturunkan Allah kepada ko, ada hikmahnya. Kami kawan-kawan ko sentiasa mendoakan kesihatan ko.


So, kepada yang membaca post ni, aku harap korang dapat juga mendoakan kawan aku supaya dia cepat sembuh dan kembali sihat macam dulu. Insya Allah.

Sekian.

No comments: