Pages

Followers

16.10.10

Galak

Hujung minggu yang aku rasa indah, bila sampai hujung petangnya, aku mula rasa bosan. Nak workout, baru lepas aku buat tadi, nak tido, aku takut GEMUK. Ok, gemuk adalah perkataan yang sensitip untuk aku sekarang. Aku tak mahu lagi gemuk. Aku serik diejek dan diumpat malah dikutuk depan-depan. *fikir dan mengimbas*. Benda-benda ni buat aku makin semangat nk turunkan berat badan. Aku nk buktikan pada orang yang pernah mengata aku depan-depan tu yang aku mampu jadi kurus. (Ibu pesan jangan ejek orang, nanti diri sendiri kena... dan orang itu kini makin gemuk) . Ok, off the record, aku tak peduli hal dia.

Aku sangat galak menurunkan berat badan sekarang. Aku tak nak sekurus Paris Hilton. No way! Tapi, aku mahu kurus cantik macam Nasha Aziz ke, Maya Karin ke. *berangan* So, dalam bosan-bosan ni, aku cari tips diet yang seimbang. Walaupun aku dh pun ada supplement yang membantu. Tapi, tak salah kalau aku cari tips yang blh membantukan.. *bernas dan seyum seorang*

Ok, apa yang patut aku lakukan untuk make sure yang aku akan kurus dan maintainkan bentuk badan yang cantik? inilah tipsnya.

1. Berat badan

Ketahui berat badan terkini kita. Korang kena tahu berat badan korang yang terkini. Tapi,janganlah pulak hari-hari korang timbang. Tu akan menyebabkan korang cepat putus asa nak memulakan diet. Time terbaik untuk timbang adalah 2 minggu sekali. Ok, bila dah tahu berat badan terkini, korang try kira BMI korang. setahu aku kalau 19.0 hingga 25.0 tu adalah BMI untuk normal weight. Kalau kurang 19.0 tu dah kire kurang berat. Kalau lebih 25.0 pulak dh overweight. So, dr situ korang boleh tahu yang korang ni Obesiti ke tidak. Dengan cara ni, dapatlah bantu korang control pemakanan dan capai target berat yang diidamkan. Semangat kena kuat. Jangan cepat mengalah. Perut kena kasi control. Itu pun kalau korang betul-betul nak kurus. Tips paling utama, jangan timbang berat badan selepas makan, jogging ataupun hari-hari. Confirm korang akan rasa down sebab korang tak nampak perubahan. So, aktiviti diet pun terbantut. Maka, hajat dihati tak mampu diteruskan. Banyak makan lagi adalah sebab kecewa.

2. Cara pemakanan


Cara pemakanan seseorang akan mempengaruhi kenaikkan berat badan seseorang tu. Sekarang ni, macam2 makan yang sedap ada kat M'sia ni. Daripada Nasi lemak hinggalah ke Chicken chop. Korang bayangkan, kalau hari-hari kita makan, breakfast nasi lemak, lunch dengan nasi berlauk ayam, daging atau seafood, then minum petang dengan kuih seperti seri muka, pulut panggang dan sebagainya. Dinner pulak dengan mee goreng tak pun fast food, bila masa perut kita nak rehat? Kalau kita kerja sebagai CONTRACTOR binaan, boleh dimaafkan kalau kita makan byk2 ni. Tapi, kalau kerja kita mengadap laptop 24 jam, tanpa aktiviti yang cergas, mana pergi makanan tu semua kalo tak menjadi lemak. Sebab tu dalam masa 1 bulan je kita mampu naikkan berat badan dengan cepat. Ingat tu.
So, apa nak dilakukan, ialah kita kena tahu tahap metabolisme kita. Samada tahap metabolisme kita ni rendah atau tinggi. Kalau rendah, so kita perlu contol sikit pemakanan kita tu. Kena balance. 1 hari makan 1 kali je benda yang berat. Pada aku better breakfast yang berat, sebab kita memerlukan tenaga untuk berfikir pada belah pagi. Lunch pulak boleh ambil yang ringan sedikit. Dan makan mlm lebih ringan kerana kita tak gunakan byk tenaga ketika itu. So, rajin2 search apa yang baik dan tidak untuk dapatkan diet yang balance.

3. Target biar smart


Kalau korang nak kurus ni, janganlah letak target yang melampau-lampau pulak.Contohnya, berat korang 70KG, then korang berharap sangat dalam masa sebulan korang capai target 48KG. Agak-agaklahkan. Jangan obses sangat. Bak kata orang, biar lambat. asal selamat. Iyurp. Biar lambat proses penurunan berat badan tu, asalkan, korang hidup secara sihat. Tak seksa badan sendiri. So, kena relevan. Mungkin korang boleh letak. Sebulan turun 4KG ke. Mean 1 minggu 1KGturun. Ok apa, menjelang 3 bulan dh 12 KG turun tanpa korang seksa badan sendiri. Kan lebih bagus. Tapi, jangan plak hangat-hangat tahi ayam jek. 1 2 hari jek berazam nak kurus. masuk hari ketiga, hampeh. Balun balik makanan yang boleh menyebabkana aktiviti diet korang terbantut. So, semnagat dan target tu penting ok.

4. Exercise atau Bersenam

Kalau korang nak tahu exercise ni penting untuk kita semua. Bukan sekadar nak bantu turunkan berat badan, malah membantu kita untuk tingkatkan metabolisme. Taklah kita tercungap-cungap naik tangga kan? Lagi satu dengan exercise kita juga boleh mengawal rasa stress. Kita akan lebih positif dalam apa jua yang kita lakukan. Dengan exercise kita boleh melupakan kesedihan dan kekecewaan. Baguskan? So, rajin-rajinlah bersenam. biar badan tu Fit, nak pakai apa pun cantik. Bukan lama pun, 1 hari 15 minit pun dah cukup. Biar badan tu cergas sikit bila bangun dari tidur. Taklah rasa letih sentiasa.Hati pun rasa lebih selesa. Dengan exersice dapatlah kita lupakan rasa tension dan kerja yang melambak-lambak tu. apa salahnya kalau ada masa hujung minggu tu kita pergi exercise. Dapat jogging 1 round padang pun kira ok apa. Janji peluh keluar. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerja diopis. Aktiviti ni memang sesuai untuk bantu korang turunkan berat badan dan hilangkan stress. aku dan mencubanya, korang bila lagi.

5. Supplement
Ok, Supplement ni bukan wajib pun. Tak amik pun tak apa. Tapi, bagi sesiapa yang amik, aku nasihatkan, korang jangan letak harapan tinggi. Korang jangan terlalu obses untuk cepat kurus. boleh amik supplement. Sebab aku sendiri amik supplement. Tapi, supplement tak membantu korang kalau korang pun tak disiplin. Sekurang-kurangnya korang kena amik masa 3 bulan untuk rasa perubahan supplement tu. Percayalah, 3 bulan tu baru korang boleh namapak perubahannya Tapi kalau korang juz hadap supplement jek, tak makan benda lain maybe korang berjaya dapat target yang diidamkan dalam masa sebulan, akan tetapi.... bila korang berhenti secara mendadak korang akan naikkan berat badan korang 2 kali ganda dari yang seadanya, sebab korang akan sentiasa rasa lapar. Mean korang diet tak sihat la. Tapi, kalau amik supplement and control makan dan workout, korang akan berjaya maintain nanti insyallah.

So, itulah 5 Tips yang aku boleh bagi. Untuk tips-tips yang lain akan aku update dari semasa ke semasa. Aku pun baru lepas workout. Dan aku nak pergi mandi, sebab peluhpun dah kering. Nak g lepak borak-borak dengan ayah memandangkan ibu takde. Ya, maklumlah aku anak perempuan tunggal. Jadi, aku banyak spend masa dengan mereka bila weekend menjelma. Aku manja. Sekian.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers