Pages

Followers

19.10.10

I.K.A = Ikut Kata Ayah

Ika tu nama aku.. Tapi aku punya ejaan lain sikit IEKA.

So, kalau IKA bermaksud, Ikut Kata Ayah.. hehe..
Iyurp aku mengaku aku manja. Dan aku memang anak ayah. Mana taknya, dalam usia aku 25 tahun ni, aku masih lagi berkepit dengan ayah aku. hehe.. Yurp sekali lagi, aku anak manja. Macamana Bf nak lekat?? hahah semua pun takut dengan ayah aku. Tapi, aku pelik macamana MH blh tawan hati ayah aku. *question mark disitu*.

So, sebagai anak perempuan sorang atau tunggal, dan memang manja, ayah aku memang sangat menjaga aku.
*over-protector kadang-kadang*. Semua hal aku ayah nak tahu. Dari kecik memang begitu. Walaupun ayah agak garang & memang protect anak-anak dia sehabis mungkin, tapi dia SUPER DUPER hebat dalam hati aku. *aku happy dia ayah aku*.

Bukan nak memuji ayah sendiri, tapi.. korang bayangkan, walaupun aku dh bekerja hampir 2 tahun, gaji pun alhamdulillah, but still bila raya, ayah akan belikan aku baju raya yang sama mahalnya dan sama banyaknya dengan ibu. hehe.. kadang-kadang aku punya lebih. Ayah still bwk aku holiday, tanpa aku bayar sesen pun. Ayah still bayar aku punya mkn kalau kami keluar makan. Huh! Hebat tau ayah aku. Dia langsung tak berkira. Aku pulak yang kadang-kadang segan and mcm tak tahu berdikari je rasa. *tapi gaji habis gak walaupun ayah byk support. pelik*

Dulu, masa aku kecil, bila orang ejek aku anak ayah aku bukan main marah lagi. Konon-konon tak nak orang tahu aku memang kdg2 tido ngan ayah dan ibu bila aku takot. hehe *bocor rahsia*, bila aku sakit, aku sebut ayah dulu.. baru panggil ibu.. heheh... Aku takot ngan ibu aku masa kecik sbb ibu garang *cikgu mustilah garang*.

Tapi, bila dh besar dan tak lama lagi nak berumah tangga, aku tak marah dh bila org ejek-ejek aku anak ayah. Malah aku bangga. heheh... So, memandangkan aku punya nama IKA, jadi itulah maksudnya.. IKUT KATA AYAH.


P/S: elok la tu, anak ayah jmp anak emak. seswai.

No comments: