Pages

Followers

4.12.10

tanggungjawab dan peluang

Hey all....
Arini aku nak share sikit kegembiraan dan mungkin akan jadi cabaran baru dalam hidup aku. Okay ape cabaran tu. Jeng.. jeng...

Alhamdulillah, mungkin rezeki Allah nak beri pada aku untuk aku cuba sesuatu dan timba ilmu yang baru. Untuk pengetahuan korang aku secara OFFICIALLY nya telah dilantik menjadi Project Secretary untuk salah satu project di company tempat aku kerja. Hal ini juga (ececeh.. ayat nak skema..piiirah!), telah membuktikan bahawa Bos aku percayalah yang aku ni mampu buat kerja dengan baik. Tapi korang yang salah sangka lak, tugas as Training Coordinator masih aku laksanakan walaupun aku dah diberi peluang untuk tugasan yang baru.

Ok, sekarang apakah tugas-tugas seorang Project Secretary yang perlu aku laksanakan?
1. Aku kena tahu Flow project yang aku join ni dari first step sampai ke last step.
2. Aku kenal team members aku. Kalau aku tak tahu sape team members aku, camne nak update progress.
3. Aku kena alert & bukak mata besar2 pasal setiap yang berlaku dalam prjct tu.
4. Kena update Bos aku pasal schedule dia dan team yang lain.
5. Arrange ape yang patut ngan Bos dan Customers, liase ngan HR pasal budget, Liase ngan contact eprson (muka kena kasi manis ha....)
6. Mungkin kena pergi site (bukan mungkin ieka, memang kena kot), update minit mesyuarat, update progress, report.
7. Kena fahamkan modul2 yang ada. (jadilah orang IT tak bertauliah lepas ni.. kalau ko dapat explore SugarCRM ni tanpa rasa beban Ieka.. ko memang superb!)
8. Mungkin akan selalu pulang lambat. (Harus ambil blacky ni.. Soulmate bagi x... Bagi tau.. bagi ye)
9. HP kena on 24 7... (ahad pun ko kena alert)
10. Kena banyak belajar ngan Kak Rose ni. (Bak kate Bos kena belajar 1 H 4 W... bukan 1 Husband 4 Wife ye... 1 H 4 W adalah, How, When, Where, What, Who)

Sebenarnya banyak lagi... dan aku sangat wisau kalau aku tak deliver. Haishhh... semoga Allah berikan segala kemudahan dan petunjuk untuk aku jalankan tanggugjawab ni dengan baik. So, bermula hari ini, perkara pertama yang akan aku buat adalah, study, explore dan buat try & error pada sistem pjct ni... (apa aku merepek aku pun tak tahu sebab aku belum nampak lagi ape sebenarnya yang patut aku buat... cuma aku dah try bace manual dan explore sikit2 sistem yang digunakan).

Hope dengan pelantikan ini boleh buat aku improvekan diri aku dan mungkin aku blh timba ilmu dengan banyak. Kalau g outsation harap aku tak homesick (bukan homesick sebenarnya... wisau t windu soulmate dengan dahsyat.. aku lum pernah jauh2 ngan die... seriously tak pernah.. paling jauh pun.. mase aku bercuti kat PD.. hahahah ngok ko ni Ieka.. dah2 kau boleh punya... soulmate musti proud sbb baby gurl die yang manja dan besar kepala ni dah blh independent!... nape selame ni ko dependend??? Na-Ah!)

So, aku harapkan doa dari kwn2 semoga aku mampu pikul tanggungjawab dan handle 2 position ni dengan baik. Insya Allah.


Requirement Customer tuk Pjct yang aku join

P/S: Ada kenaikkan gaji tak? Sy akan di "Permanent" kan tak? Ada Bonus Tak? (weh! kije xwat lagi soalan dah melambak!)


No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers