Pages

Followers

17.12.10

December Awesome... Welcome 2011

Pic. sexy dr pak Google.

December dah nak sampai penghujung. Well, banyak benda yang terjadi tahun 2010. Terlalu banyak kenangan sepanjang 2010 ni. Yang indah yang kurang indah yang hodoh.. semuanya tersimpan dalam seribu satu memori hidup kita. Biarlah apa saja yang terjadi, aku akan tetap teruskan hidup. Heee.... life it's about experience kan.... so, do not regret with it tapi... cuba kita keep all the memories & experiences tu sebagai sesuatu yang bakal kita share ngan anak-anak dan cucu cicit kita nanti. Cheh! tunang pun belum ada hati nak cerita pasal cucu cicit.

Sepanjang 2010 ni, aku sangat-sangat puas hati sbb banyak kenangan yang indah dari yang hodoh. Yang hodoh tu.. dah aku magickan jadi indah setiap kali aku jmp dan berbual ngan soulmate. Dia kira mcm Painkiller aku bila sedih. Thanx heart.

2010 jugak aku kenal apa itu hidup. Bukanlah aku tak kenal hidup sebelum ni.Tapi sejak aku bekerja ni, aku lebih mengenali apa itu hidup dan apa itu namanya kawan. Kawan blh jadi orang yang sangat setia dan sangat baik dengan kita. Tapi, bila ada dendam.. kawan juga boleh jadi musuh no. 1 kita. heeee... Aku merepek apa.. ntah .. tapi betul la kan. Korang mesti penah alami situasi "KWN makan KWN". Bukan makan buat lauk ye. heheheh... Tapi, bak kata orang tua-tua... Hidup ni banyak cabaran. Jadi... yang baik kita simpan , yang hodoh kita buangkan.. (nasihat orang konon). Yang penting, kita tahu apa kita mahu dlm hidup ni.

Aku berharap 2011 akan bawa 1 perubahan besar dalam hidup aku. Dari segi kerjaya ataupun kehidupan. Aku ni angan-angan nak ade family sendiri. Weh!! jealous okay tgk org ade anak dh. Ada suami, padahal sebaya aku. huhuhu... Soulmate.. ehem.. ehem.... u fhmkan?? *tiba-tiba*. Aku pun harap supaya aku ni di Permanentkan dengan cepat. Bukan contract tak best. Tapi kalo permanent tu... tak lah aku nk wisau, adakah contract aku disambung lagi. *blur*.

So, since December ni masih ada, aku harap aku dapat cepat-cepat grab azam aku tuk tahun ni sebanyak mungkin. Mana yang tak sempat tu, kita bwk ke tahun hadapan ye. (seperti biasa la kan). So, apa azam korang tuk tahun depan? wish u all happy new year & have a blast in 2011. See ya!

Sy menanti hari indah!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers