Tinggal lagi beberapa jam je kita nak sambut 2011. Dan segala yang terjadi pada 2010, perlu kita simpan kemas-kemas dan simpan dalam sejarah. Tahun 2010, banyak mengajar aku erti HIDUP. Eceh.. ayat kau nak poyo je kan ieka. Okay anyway, betul la kan? kita man bole pandang belakang(bahaya... t nampak benda tak baik)... eh, bukan. Maksud aku.. kita mana leh nak kembali ke masa-masa yang lepas.. ni bukan cerita back to the future.... hehehhe :P
So... untuk 2011 ni.. aku berazam tuk beberapa perkara. Azam tahun 2010, ada yang tercapai.. ada yang tak. Contohnya:
1. Kelas mandarin masih lum tak tercapai.
2. kerja yang baik dah aku dapat setakat ni walaupun masih contract aku bersyukur.
3. Kereta SENDIRI belum lagi.. tapi Insya Allah bakal menyusul.
4. Holiday wif my BFF pun xsempat.. cox we all too BZ
So yang mana lum tercapai tu akan aku bwk ke tahun 2011 disamping azam yang baru. 2011 akan aku jadikan titik permulaan untuk hidup yang lebih baik. Antaranya:
1. Jadi Muslimah yang lebih baik.
Bukan sebelum ni aku tak baik. Tapi, aku berazam untuk tahun 2011 ni, Insya Allah dengan kuasa dari-Nya, aku mahu ubah jadi yang lebih baik kepada Allah, Diri Sendiri, Keluarga, Soulmate, Kawan2 da orang sekeliling aku. Aku mahu lebih mendalami segala ilmu kerohanian. Well, aku ngaku aku byk lalai sebelum ni. Terlalu lalai aku rasa. Oleh itu, aku harap tahun baru ni aku dapat jadi manusia lebih baik dan berguna dari tahun sebelumnya. Insya Allah. Mungkin sudah masanya aku berubah. Kenapa aku pilih azam ini, sebab aku tahu, kita kat dunia ni dah semakin suntuk... semalam aku ada tgk cerita Semanis Kurma kat channel 9, bila ustaz tu ckp "Manusia yang bijak adalah manusia yang selalu memikirkan tentang kematian". Time tu betul2 terdetik hati aku, untuk jadi insan yang lebih baik. Insya Allah. Moga Allah berikan aku peluang untuk itu. (Soulmate.. Maybe my time dah smp tuk I berubah.. not totally different but become a better person, I still the same baby gurl that u know 7 years ago.. but, i wanted to be better person before we get married cox i xnak nanti.. i akan jadi isteri yang derhaka pada you, agama dan family... i knew, that u takkan halang segala kebaikkan yang i inginkan.. Insya Allah.)
2. Perkahwinan
Aku pernah plan ngan soulmate tuk berkahwin pada tahun 2011. Dan ak harap 2011 ni akan lebih mematangkan kami berdua. Moga kami cukup duit nak akhiri perhubungan ini kepada sesuatu yang lebih diberkati. Insya Allah. (harus kumpul duit dengan segera).
3. Kuruskan Badan
Aku mahu sekurus Nasha Aziz. Bukan aku tak bersyukur dengan badan aku sekarang, cuma aku mahu yang lebih baik untuk diri sendiri. Aku mahu nampak lebih yakin dan selesa bila berpakaian. Semoga azam ini akan jadi 1 kenyataan sebelum berakhirnya 2011. (harus start simpan duit tuk herbalife).
4. Stabilkan Ekonomi dan Simpanan
Ak sangat BOROS. Aku sangat suka membazir dan yang itu harus aku tinggalkan. Aku mahu mula menabung tuk masa depan. Aku harus mula fikirkan masa depan aku dan mungkin keluarga aku. Aku harus bijak berbelanja selepas ini. Beli yang perlu sahaja. Kalau ada duit lebih baru boleh beli mengikut kehendak. Harus control mulai sekarang IEKA!
5. Stabilkan Business
Business yang aku mulakan ujung raya aritu harus akau stabilkan. macamana? harus aku kaji semula kehendak dan kemahuan semasa. So akan aku kaji lebih lagi baik dari segi Jualan Herbalife mahupun Keronsang. Mungkin aku boleh jual Shawl jugak dan matchkan dengan keronsang. Plannya harus aku kaji balik.
So itulah azam terbaru aku. Semoga Allah memberikan aku petunjuk dan jalan yang diredhainya untuk aku berubah menjadi yang lebih baik. Menjadi manusia yang lebih bersyukur dan kuat menempuhi segala dugaan yang diberikan. Jadi apa azam korang pulak? doa ak supaya azam korang akan tercapai. Insya Allah. Amin.
P/S: Semoga Tahun 2011 bgi kebaikkan pada kita semua. Amin.
No comments:
Post a Comment