Pages

Followers

1.11.10

Tahukah Anda?

Tengok tajuk pun korang dah rasa nak tahu sangatkan..?? aku tahu dah. Ok, sebenarnya aku nak share something ngan korang. So, jangan pergi mana-mana duk sini, depan PC korang baca apa yang aku nak share ni. Ingat tau baca sampai abis, kalau tak rugi. Ilmu ni. heheh.. (aku pun xleh g mana-mana sebab duk asik menaip).

Dalam diri kita ni, kita ada sifat beranikan?? Tapi berani yang macamana yang ada dalam diri kita? berani yang Positif atau Berani yang Negatif?? or dua-dua pun ada kat korang?? aiyak!

So, apa tu Berani yang Positif. Menurut sumber yang boleh dipercayai, berani yang positif tu ialah sifat-sifat jika diamalkan akan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan kepada sesama insan dan digalakkan oleh agama kita. Dengan kata lain, berani hanya kepada yang disuruh oleh Allah SWT dan takut melakukan yang salah dan maksiat. Contohnya sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang di anugerahkan Tuhan dan berkongsi kejayaan dengan rakan, takde hasad dengki dan berniat menutup periuk nasi orang.


Berani yang Negatif plak ialah, sifat berani kepada sesuatu yang patut ditakuti atau berani melanggar syariat dan peraturan yang baik, termasuk undang-undang yang dibuat oleh manusia. Dengan kata lain, berani yang merugikan diri sendiri dan sesama manusia, setidak-tidaknya berani yang tidak mendatang sebarang manfaat. Sifat berani ini dilarang oleh agama kita. Contohnya, DENGKI & HATI BUSUK dengan kehidupan dan kejayaan orang lain. Memanjanglah orang tu salah walaupun orang tu betul. Memanjang cerita keburukkan orang sedangkan kita pun TAK SEMPURNA mana.


Apakah sifat-sifat buruk yang harus kita hindari? Jom kita korek-korek.. belek-belek pak googles. So, dari pemerhatian aku, ini antara terbaik tuk kita share agar dpt ingatkan diri masing-masing. Insya Allah.

Sifat-sifat Buruk yang harus dihindari 


Berdusta (Bohong): Ni kes macam reka-reka keburukan orang walaupu hakikatnya cerita tu tak betul. Kira korang dah berdusta dan berbohong r tu.. baik hindarkan. DOSA BESAR okay.

Takabur (Sombong): Jangan sombonglah.. Dunia ni bulat. Korang g mana-mana pun korang akan jmp orang gak. so..... korang ringan-ringankan mulut tu tuk senyum. Tak rugi pun senyum selalu.

Buruk Sangka: Buruk Sangka ni paling aku rasa kalau sapa-sapa baca contohnya, akan kena sipi-sipi atau tepat kemuka kita.. hahaha... so contohnya, Buruk sangka atau “suudzan” memang sukar dihindari dalam kehidupan sehari-hari yangserba kompleks seperti sekarang ini. Apalagi dipermudahkan dengan berbagai-bagai alat-alat kemudahankomunikasi seperti Internet dan SMS yang mana mempermudah dan mempercepatkan penyebaran berita sebelum kesahihan berita disahkan. Begitu juga dengan perbuatan mencari-cari kesalahan orang lain atau “tajasassu”. Mencari-cari kesalahan orang lain seolah-olah sudah menjadi alat untuk menutupi kesalahan diri sendiri. (sapa mkn cili, dia terasa).

Mengumpat: Ha... benda ni selalu je kita buat. Tak kira lelaki mahu perempuan. So jom kita tengok apa yang dikatakan dengan mengumpat. Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. Mengumpat berlaku samada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Buruk dan hinanya mengumpat disamakan dengan memakan daging saudara seagama. Dosa mengumpat bukan sahaja besar, malah antar dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT biarpun pelakunya betul-betul bertaubat melainkan diampunkan oleh orang yang kena umpat. Di akhirat nanti, pahala pengumpat akan diberi kepada yang kena umpat dan sekiranya tiada pahala lagi dosa yang kena umpat diberi kepada pengumpat. (Ha... hambik ko.. pasni jom sama-sama kita stop mengumpat.. Insya Allah).



Hasad Dengki : Hasad atau dengki adalah satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan
seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya
lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu. Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan kepada Allah SWT. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. So, insaflah kalau kot-kot korang ada dengki ngan orang.. niat tak baik, cepat-cepat g mintak maaf.

So, itulah sifat Berani Yang Negatif. So pasni Insya Allah sama-sama kita improve kan diri masing-masing. Tinggalkan yang buruk, amik yang baik. Insya Allah hidup kita akan sentiasa selamat. Amin.

Renung-renungkan dah selamat beramal.






No comments: