Pages

Followers

12.8.11

Sharing (Mary Kay Review)

Salam and hello Peeps!!

 Arini aku nak share something ngan korang. Bukan nak menjual. Kali ni just would like to share satu experience yang aku rasa awesome sangatlah (itu pada tanggapan akulah setelah dekat sebulan guna benda alah ni). Anyway,  dua minggu yang lepas, (seminggu sebelum kita orang muslim berpuasa), kawan-kawan aku adalah bawak aku jumpa satu consultant kecantikan ni. Almaklumlah, aku asik terpikir macamanalah nak bagi kulit ni nampak glowing, cearh dan bermaya je sentiasa, eventhough waktu aku rasa unhappy. So, kawan-kawan aku ni bawak la aku jmp dia. Nama dia kak Tikah. Kulit dia memang sangat lembut, putih dan glowing betul. So aku tanya dia, apa rahsia dia. Memula sekali dia senyum je dan tanya aku nak kulit muka aku macamana. So, aku pun bagitaulah seperti yang aku cakap kat atas tu. Then dia keluarakan satu product ni and im sure korang pun tahu la pasal product ni. MARY KAY, tahukan?? kan??.

 Memula tu aku macam malas lakan, sebab agak mahal jugak product ni untuk orang yang gaji tak berapa nak besar macam aku. Tapi, Kak Tikah ni pandai pujuk and dia kata, "Takpe kita try buat skin test dulu, okay?". Then aku pun kata "Okay".

First experience guna MARY KAY ni , dia ajar aku cara-cara untuk cuci muka. Urutan yang bagai mana yang sesuai sebenarnya untuk kita cuci muka. Amazing. Kemudian dia ajar aku cara pakai mask pulak. Untuk pengetahuan korang, mask daripada MARY KAY ni juga boleh dijadikan scrub muka. Bestkan? Jimat duit tak perlu beli scrub lagi. So, after that aku nampak perbezaan pada muke belah kanan dan muka belah kiri aku (masa test skin tu, Kak Tikah suro test sebelah je untuk lihat perbezaannya). So selepas selesai test skin tu. Aku bagitau Kak Tikah aku mahu satu benda yang boleh hilangkan jeragat aku. Dan Kak Tikah perkenalkan aku dengan benda dalam gambar kat bawah ni.

Ini adalah Dark Spot Serum
Serum ini membantu untuk mengurangakn dan mengecilkan jeragat-jeragat yang ada pada muka kita.
Bersaiz kecil 9.5ml didatangkan beserta sarung leather yang cantik.

Dan selepas berbincang dengan Kak Tikah pasal harga dan jenis product untuk kulit aku, aku pun usulkan kepada Mr. Sepet and tahu apa dia kata "ada tak untuk acne? heheh.".Jadi aku fahamlah yang dia bagi aku beli dan aku pun ada bagitahu Kak Tikah untuk beli khas tuk Mr.Sepet. Almaklumlah dia alami masalah acne yang teruk. Eventhough dah pergi buat facial treatment, but still tak boleh selesaikan masalah dia. I hope sangat this product can help him before hari besar kami.

Nak tahu apa jadi kat kuli aku after dua minggu menggunakan product ni?. Sila la tengok picture dibawah. Amacam?

Aku memang ada masalah Eye bag yang sangat teruk. 
Walaupun pakai make up tetap tak dapat sembunyikan.
Sekarang dah semakin berkurangan.
Kulit aku pun makin glowing dan tak kusam.
Yang penting disiplin pakai this product dan minum banyak air.
Tengoklah jeragat dah semakin mengecil.

Jadi untuk mereka-mereka kat luar sana yang nak hilangkan Eye Bag ke, jeragat ke, pimple ke, nak bagi kulit glow ke, berseri dan putih. Aku syorkan product ni untuk korang. Memang tak rugi kalo korang beli product ni. Satu set kecuali pencuci muka boleh bertahan hampir tiga bulan. Dan yang penting kulit memang nampak lebih sihat. Dengan syarat korang kenalah rajin cuci muka at least 2 kali sehari. Tapi kalau korang selesa dengan product yang korang gunakan sekarang, boleh diteruskan. Lain orang lain keinginan rite?.

Nak tahu cara mencuci muka yang betul? tunggu.. nanti akan aku share okay. Sekian.

No comments: