Pages

Followers

2.8.11

Over

Hai semua. Salam Ramadhan. Arini merupakan hari kedua kita sebagai umat islam berpuasa. Macamana firts day semalam okay ke?? Aku, Alhamdulillah.. dapat bertahan dengan baik. Well, aku rasa semalam puasa aku tak berapa nak memberansangkan gara-gara, satu makhluk yang berperangai bagus. Hmm... kat dunia ni kan macam-macam perangai manusia. Tapi, had yang ni memang aku dah tak boleh nak tahan. So, setiap kali dia buka mulut akan dapat tentangan dari aku sebab segala kesilapan dia, dia bantai tunding jari pada orang lain. Tak professional langsung!. Enough la cerita dia. Tercemar blog ni sebab dia kang.

Okay, anyway arini aku nak share pasal mimpi over aku. Almaklumlahkan, lagi beberapa bulan jek nak jadi Mrs.Sepet. hehehe. Semalam aku mimpi aku berjalan dalam dewan dengan Mr.Sepet dan diiringi flower's gurl yang cmey-comey dan ramai sangat orang datang untuk lihat kami bersanding *bajet artis la kan* . Baju aku toksah cerita.. cantik macam Princess *gaya cakap mcm Shahiezy Sam dalam Sekali Lagi* heheheh. Mr.Sepet plak, segak macam Prince Charming. Tapi aku tak tahu apa kesudahan mimpi aku tu. Sebab sedar-sedar jek, ibu aku dah kejut makan sahur. heheh.

Bercerita tentang sahur, pagi tadi korang sahur makan apa? Aku sahur hanya ambil shake herbalife dengan fitnesse conflakes by nestle then minum tea mix 1 litre. heheh. Bulan pose ni aku harap sistem dalaman badan aku ni dapat dibersihkan dan kurang sikit toksin-toksin yang banyak tu. heheh.

okaylah sampai sini sahaja cot cet cot cet aku. sok-sok aku cerita lagi ya. Sekian.

P/S: Raya tahun ni, confirm aku dan Mr. Sepet pilih warna Peach/Oren.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers