Pages

Followers

19.8.11

Doa untuk Kita

Ya Allah..
Ya Rahman..
Ya Rahim...
Terima Kasih untuk rasa cinta yang kau turunkan kepada kami.

Ya Allah...
Kami bersyukur kerana kau masih memberi peluang untuk kami terus hidup di muka bumi ini.
Sekiranya kami banyak berdosa
Kau ampunilah kami Ya Allah.

Ya Allah..
Hanya padaMu kami meminta.
Kau lapangkanlah dada kami.. kau tenangkanlah jiwa kami.
Jauhkanlah kami dari segala perkara mungkar
dan kau lindungilah kami dari azab api neraka.

Ya Rahman..
PadaMu kami meminta..
PadaMu kami berserah..
Kau permudahkanlah urusan kami.
Kami restuilah hubungan ini agar kami boleh meneruskan hubungan ini dengan baik.

Sesungguhnya Ya Allah...
Yang baik itu semuanya datang daripada kau
dan yang buruk itu mungkin dari kesilapan kami sendiri.

Ya Allah..
Hanya kau mengetahui segala-galanya.
Hanya yang wajib kami sembah.

Amin.

No comments: