Pages

Followers

1.8.11

Kelebihan hari di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua. Arini aku nak kongsi sedikit tentang kelebihan orang yang berpuasa dan di malam harinya pula ke masjid/surau atau mungkin dirumah sahaja menjalankan solat tarwikh. Setiap malam berlainan ganjarannya. So, jom kita sama-sama share kebaikan dan manfaat yang kita perolehi kalau kita rajin melakukan solat tarawikh dibulan yang mulia ini.

Malam pertama:-
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.


Malam kedua:-
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.


Malam ketiga:-
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.


Malam keempat:-
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.


Malam kelima:-
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.


Malam keenam:-
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut 

sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh:-
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.


Malam kelapan:-
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.


Malam kesembilan:-
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W


Malam kesepuluh:-
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.


Malam kesebelas:-
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.


Malam kedua belas:-
Muka bercahaya di hari Kiamat.


Malam ketiga belas:-
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.


Malam keempat belas:-
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.


Malam kelima belas:-
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.


Malam keenam belas:-
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.


Malam ketujuh belas:-
Diberi pahala seperti pahala para nabi.


Malam kelapan belas:-
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.


Malam kesembilan belas:-
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.


Malam kedua puluh:-
Diberi pahala para syuhada dan solihin.


Malam dua puluh satu:-
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.


Malam ke dua puluh dua:-
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.


Malam kedua puluh tiga:-
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.


Malam kedua puluh empat:-
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.


Malam kedua puluh lima:-
Dihapuskan dari seksa kubur.


Malam kedua puluh enam:-
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.


Malam kedua puluh tujuh:-
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.


Malam kedua puluh lapan:-
Allah mengangkat dengan seribu darjat.


Malam kedua puluh sembilan:-
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.


Malam ketiga puluh:-
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

*sumber dari 
blog ini.


So, mari kita sama-sama kumpul seberapa banyak pahala yang boleh dibulan Ramadhan sambil beringat dan sentiasa mendoakan kepada mereka yang dah takde. Al-fatihah. Semoga roh diorang tenang disisi yang satu.

P/S:Bulan Puasa ni, mereka pulang untuk lawat anak cucu. *miss them a lot*

No comments: