Pages

Followers

17.2.11

Tips Pengiraan Kalori dan Diet By Hamirul Aizat

Hello korang!!

Hari ni, Ieka nak share tips berguna tuk anda-anda yang berniat tuk menurunkan berat badan dengan efektif. Lebih-lebih lagi tuk bakal-bakal tunang orang, isteri orang atau bakal menyudahkan pantang selepas melahirkan baby anda.

Okay, tips ni aku dapat daripada kawan aku si Hamirul Aizat. Yerp!! dulu si Mirul ni badannya somey sangat chubby.. dagu dia pun agak berlapis. Itu dulu. 6 bulan lepas. Aku repeat 6 bulan lepas. Sekarang ni.. woooooo sangat slim. Apa rahsia dia?? jgn terkejut, dia tak amik supplement pun! serious.. aku tak tipu. Tapi macam mana dalam masa 6 bulan dia boleh turun 20 kg? So jom kita tengok apa tips yang Mirul dh share dengan aku.


*Pict2 ni aku dh mintak izin Mirul tuk Publish kat Sini*


*Pict mase Mirul Chubby 6 bulan lepas*
Ni masa Mirul Chubby
Berat: 78 KG


* Ni Pict Mirul yang terkini*
Mirul dh Kurus
Berat: 58KG
*kagum* ^____^

Tips Diet & Get Slim By Hamirul Aizat


1. Sebelum mulakan diet, kita perlu tahu nilai kalori yang kita amik hari-hari. Disini aku listkan senarai kalori bagi perempuan dan lelaki yang aku dapat melalui Pak Google dengan link yg Mirul bagi. Thanks pak!



Dewasa
Umur (Tahun)
Tenaga (Kalori)
Lelaki

20 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60
2,530
2,400
2,280
2,020
Perempuan

0 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60
2,000
1,900
1,800
1,600


Persoalannya, macamana nk tahu jumlah keseluruhan kalori yang korang ambil? Nah sila lah kira. Aku senaraikan dibawah ni, jenis makanan dan jumlah kalorinya.

Kuih-Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
 Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kegemaran Ramai
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160kalori
Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
Minuman
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
9.keju chedar 1 keping =58 kal
* jadi kiralah kawan-kawan, kalau ikutkan.. haihh!! lebih 2000 kalori 1 hari.. tu pasai tu ang gemuk ieka oooiiii*
2. Si Mirul ni, turun 20 KG dengan hanya tak ambil nasi selama 6 bulan. Dia gantikan dengan karbohidrat yang lebih rendah kalorinya. 
3. Setiap hari kena senaman. Yerp!! ni tips paling mujarab. Dah le mkn byk, tp bila nk exercise, hampeh. Pemalas mana le tak mengembang.
4. Then mlm jangan makan after 7 mlm. Well, memang tips member aku bagi ni simple. But dia dah buktikan benda ni berkesan! dan aku kagum.
5. Minum air kosong byk2 sebab air putih/kosong/suam tiada kalori atau 0 kalori. Diulang 0 kalori. hahah so minum byk2. Kulit pun cantik tau!
*tips ni simple jek. So selamat mencuba*
P/S: Thanks Mirul for the tips & izinkan aku post this thing kat blog ni. Siap bagi pinjam pict tu. Thanks Babe!

2 comments:

Anonymous said...

hahahahaha..sempoi la ieka ko punya post..hik3..kna amik royalti nie kok cngini..hak3..

~IekaZakaria~ said...

babe.. heheheh
royalti bulan 12 mkn free oaky.. nway thax tau ;)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers