Bismillahirahmanirrahim......
Assalamualaikum dan Hi korang....
Korang pernah dengar tak ayat ini
atau mungkin yang ini
"You could do no wrong and people are going to judge you anyway, there's always someone out there who has something negative to say"
or maybe this one
"No makeup in this world can cover up an ugly heart."
Pernahkan? So, ayat-ayat ni Ieka nak tujukan pada sesiapa sahaja yang suke nau cari masalah dengan orang lain walaupun orang tu sekelumit bakteria pun takde ganggu hidup kau. Orang tu punyalah duk diam-diam, jalani kehidupan sebagai seorang isteri, anak dan bakal mommy to be elok-elok, tapi kau sesedap rasa je nak membuat tuduhan tanpa usul periksa dan kaji selidik kat orang tu. Adakah anda tahu bahawa besar dosanya bila kita membuat tuduhan atau memfitnah seseorang itu? Tak tau ek, la ni aku nak habaq mai kat hang.
Okay sebenarnya, Ieka agak marah dengan sorang hamba Allah ni. Ieka takkan melenting kalau orang tanya baik-baik secara personal pada Ieka tanpa memalukan Ieka secara terang-terangan di muka buku tu. Kan lebih manis kalau dihantarkan private massage atau dalam bahasa melayunya pesanan peribadi kepada empunya diri tanpa dibaca oleh kawan-kawan yang takde kena mengena dengan isu tersebut? itu kan lebih manis macam semanis kurma uollls.
For me, ada beberapa sebab kadang-kadang kita tak terima reply sms or wassup ke or any comment from FB dari orang tersebut. Contohnya sms. Maybe kite rase kite sms die dan dah dapat delivered report pun. Tapi, sure ke orang tu dapat. Sometimes memanglah kite rase orang tu dah received, itu yang kite rase.... tapi hakikatnya takde pun sms yang kite hantar tu sampai kat orang tersebut. So, janganlah nak tuduh-tuduh orang tu sengaja tak mahu reply sms kita. Be positive! Jangan secara tiba-tiba kita nak assume orang tu sengaja takmo reply sebab tak suke kite. Tak baik okeh! Tuhan marah tuduh-tuduh orang macam tu.
Kedua, mungkin kita ada hantar wassup message pada orang tu dan kita yakin orang tu terima. Tapi tahu ke kita sama ada orang tu masih guna lagi wassup application tu atau tidak. Ieka ramai jek kawan-kawan yang ada dalam contact list wassup tu dan banyak kali terkena takde reply bila Ieka anta wassup. Bila di selidik, rupanya orang tersebut dah uninstall wassup tersebut, tetapi dalam contact list kita masih ada sebab dia penah registerkan nombor Hand phone dengan application tersebut. So, yang kita hantar tu sia-sia jek, sebab memanglah message tu takkan sampai. Jadi, jangan le nak tuduh-tuduh. Jangan pandai-pandai cakap orang tak suke, then kite dengan bodohnya bom orang tak pasal-pasal tanpa tanya, haaaaa.... kan dah makan diri sendiri kalau kite tersalah bom. Dah dua kesilapan kita buat pada orang yang sama. Balasannya nanti sendiri tanggung.
Ketiga, bila orang tu explain atau husband orang tu explain sebab musababnya nape orang tu tak reply or so what ever, cuba terima dengan pikiran yang positif. Jangan nak sikit-sikit pikir negatif dan tak mau menerima reason orang tu. Hello cik kak! hidup dalam dunia ni, kenalah toleransi. Jangan pikir diri tu jek. Orang lain pun ada masalah. So, jangan nak pikir orang je salah. Tengok diri sendiri tu dulu baru la nak cakap orang lain macam-macam. Orang tak cari pasal dengan awak, jangan la awak nak tunjuk awak lebih betul. Tak kisahlah awak tu lagi tua ke, ape ke.. tapi ingat-ingat sikit.
Keempat, sekarang ni zaman teknologikan. Kita boleh hubungi orang tuk tanya khabar dengan macam-macam cara. Email boleh, call terus boleh atau kalau susah sangat, call je laki orang tu. Ape susah. Kalau ada nombor suami orang tu atau isteri orang tu, call je tanya napelah sipolan tu tak reply sms ke, wassup ke. Entah orang tu sakit ke, dia takde nombor kite ke, hand phone die hilang kite... kite tahu ke... jadi bertanyalah.... Kan lagi bagus... dari kite tak pasal marah-marah orang tu tunjuk hebat kat muka buku orang tu. Tak baik la macam tu. Elok-elok orang tu nak layan kite, ni dah malukan dia kat satu dunia, kite expect untuk orang tu pujuk kite. Memang tak lah!
Kelima, sikap hormat menghormati tu penting. Perlu ada ye cik kak cik kak sekian. Tak kisahlah kite lagi tua ke, die lagi tua ke, yang penting kite hormat privacy orang tu. Kenapa orang create muka buku tu? dan tentu-tentu nak share something gud kan.. bukan nak timbulkan isu yang bole mengaibkan orang. Arini kite buat orang, esok luse kite tak tau nasib kite. So, sama-sama kite beringat.
Okaylah, Ieka pun malas nak pikirkan hal ni dah sebab orang tu pun makin kite explain dan bagi reason yang sebenar, makin worse jadinya. So, kami suami isteri dah malas nak layan. Lantak pi kat hang la nak pikiaq apa pun. Apiz pun dah cakap die malas nak layan sebab die kate takde paedahnya. Tak penah-penah nak tanya ape-ape, tetibe nak serang-serang macam tu, macam agak tak logik la. So, Apiz cakap daripada pikir sakit hati melayan orang yang cuba nak psiko kite supaya sama psiko macam die, baiklah kite ingat selalu yang kite hidup ni bukan sorang-sorang. Sebelum buat ape-ape, pikir dulu jangan nak main bom jek. Suami sy mungkin nampak macam tak ambik port sangat. Tapi AWAS! air yang tenang jangan disangka takde buaya. Sekali jek orang tuduh bukan-bukan. Hilang sabarnya karang, menyesal orang tu nanti dengan ayat yang disemburkan balik.
Owh, lupe lak. Ieka ada sedikit luahan kat sini. Ieka sangat percaya dengan orang ni. Tapi, Ieka tak sangka pulak orang ni boleh tipu Ieka selama ni. Masa raya pun tipu Ieka. Dahsyat. Tapi Ieka diam sebab Ieka nak tengok sampai bile die nak tipu Ieka. Hakikatnya, sampai sekarang masih menipu Ieka walaupun Ieka dah tau hal sebenar. Untuk orang itu, Ieka lebih suke orang terus terang. Banyak benda kamu tipu sy. Dari hal kerja, kereta, rumah sewa, lesen kereta dan banyak lagi. I just keep my mouth shut because I still wait to hear it from you. Pengakuan ikhlas kamu. But its okay, everybody has their own reason why they keep lying. Itu antara kamu dengan Allah. Semoga kamu akan dapat kekuatan untuk terangkan pada sy. Owh, jangan risau sy tak membenci kamu, cuma terkilan kenapa harus kamu tipu sy sedangkan sy melayan kamu dengan baik sebelum ini.
P/S: Jangan dicabar ibu mengandung, semangatnya lebih kuat dari badang!.
2 comments:
Sabar mama...Sabar.. Istighfar... Nanti baby dalam perut jadi garang pulak! Hehehe..
In this world, they are various kind of human being u know.. Ada yg loud,but honest.. Everything that they said, come truly from their heart..Tapi memang cakap direct lah,xde tapis2 punya..
Ada yg soft-spoken,and honest jugak.. (the best kind of all).
Yg bahaya nih,ada yg soft-spoken,but,what they said, is not what they meant in their heart.. Dangerous! We always fall into this kind of people's words..
But i would say,that's life.. Bila kita dah terkena sekali, we learned.. Kena tipu dengan org yg kita percaya,doesn't mean that we are stupid, that proves that u hv a pure heart, innocent.. Tak ada buruk sangka dengan org.. And that's good.. Cuma kena upgrade precaution steps next time..Kita manusia,kita buat salah.. Daripada salah yg kita buat,kita jadikan pengajaran, kan?
Sedih-sedih n marah-marah time preggy not good for you...
So...chill ok sista! ;p
Along.. Thanks for the advice sista! MD's family always rock kan.. & plus always support each other.. eheheheh *hugs & luv*
Post a Comment