Pages

Followers

11.12.12

Baby Songsang?? No.. No... No!



Assalamualaikum dan Hi....


Hari ni, Ieka nak share sikit satu info pasal pregnancy. Pasal baby songsang. Basically, byk faktor menyumbang kepada baby songsang ni. Ini bukan songsang jantina okeh! Ini kedudukan baby songsang dalam perut ibu hamil. So, masa google pnya google, ieka jumpa satu artikel ni. Rasanya banyak info yang korang boleh dapat daripada blog ni. Blog Dr. Hamid Arshat. Menurut yang Ieka baca dalam blog ni, Dr. Hamid ni adalah Doktor Sakit Puan. So, memang seswai la kalo nak dapat info pasal pregnancy kan. Lagi pun byk info lain yg korang boleh dapat daripada blog doktor ni. 

Anyway, kenapa Ieka nak sangat share pasal infomation baby songsang ni. Salah satu sebabnya, masa scan tu, doktor ckp, baby Ieka songsang. Supposed dah baby sepatutnya kepalanya dibawah, kaki diatas, tapi my baby HZ ni, syok benau duk belah atas perut mama ni. Kepalanya kat atas, kakinya kat bawah. So, my personal gynecologist said, kena rajin2 pujuk baby supaya dia turn down untuk memudahkan proses bersalin nanti. Ieka and Apiz pun apa lagi, hari-hari le memujuk si kecik ni untuk turn down. ehehehhehehe... tak mo bersalin ceaser.... nanti susah nak berpantang. I nak kurus u olls! Selain tu, doktor kate rajin-rajin bersujud antara kaedah yang sering orang buat bile babynya songsang peringkat awal. But, if tak menjadi jugak, that means, i have no choice daripada keluarkan baby ni melalui tingkap. Aiyoooooo... So, baby HZ please... please.. help ur mom okeh!

Anyway, jom kite share sikit pasal baby songsang ni dan punca-puncanya. Selamat berkongsi ilmu.


KEDUDUKAN JANIN SONGSANG
Salah satu tujuan penting pemeriksaan ibu mengandung ialah untuk mengesan kedudukan janin. Walaupun lebih kurang 95% janin dalam kandungan dalam kedudukan normal iaitu kepala di bahagian bawah menghala ke arah rongga punggung ibu, namun lebih kurang lima peratus boleh mengalami kedudukan tidak normal. Daripada jumlah ini, lebih kurang 3% dalam keadaan songsang atau breech iaitu punggung bayi terletak di bahagian bawah menghala rongga punggung ibu, manakala kepalanya di bahagian atas. Janin juga boleh melintang atau tranverse atau kedudukannya dalam keadaan setengah songsang atau oblique lie.


Gambar dari Dato' Google.


Semua jenis kedudukan yang luar biasa mungkin menandakan sesuatu masalah sama ada pada ibu atau pada bayi. Janin dalam kedudukan luar biasa ini akan mengalami risiko lebih tinggi berbanding dengan janin dalam kedudukan normal. Begitu juga dengan kadar kematian bayi adalah lebih tinggi di kalangan janin songsang. Untuk mengatasinya, adalah sangat penting kedudukan janin dikesan serta disahkan normal ataupun tidak sebelum ibu melahirkan anaknya. Punca kedudukan luar biasa juga penting diketahui kerana ini mungkin disebabkan oleh sesuatu penyakit. Untuk mengatasi sebarang masalah kecederaan atau kematian sama ada bayi atau ibunya, janin songsang ini perlu dilahirkan secara pembedahan sesarean kerana ini lebih baik dan lebih selamat.

BILA IANYA DIKESAN?
Biasanya doktor masih belum boleh mengesan kedudukan janin pada peringkat awal kehamilan kerana ia masih berpusing-pusing dalam karung air dalam rahim ibu. Biasanya kedudukan janin mula dapat dikesan pada peringkat tujuh bulan dan apabila masuk ke peringkat lapan bulan kedudukannya mulai stabil.Adalah penting menentukan kedudukan sebenar janin pada peringkat ini sama ada kepalanya di bahagian bawah atau atas atau kedudukannya melintang.

Kakitangan perubatan yang terlatih khususnya doktor pakar perbidanan atau doktor perubatan serta bidan terlatih boleh mengesan masalah kedudukan janin di peringkat tujuh hingga lapan bulan. Kadangkala timbul juga masalah dalam memastikan kedudukan janin dengan hanya merasa perut dengan tangan. Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh wanita tersebut terlalu gemuk, khususnya pada bahagian perut atau ibu yang mengalami masalah terlalu banyak air dalam kandungan. Masalah ini digelar hydramnios dan ini mungkin dikaitkan dengan kehamilan kembar ataupun kecacatan bayi. Kadangkala kepala janin telah masuk ke dalam rongga punggung dan ini juga akan menimbulkan kesukaran untuk merasai di mana terletaknya kepala bayi.

Menentukan kedudukan janin banyak bergantung kepada kemahiran dan pengalaman kakitangan perubatan atau bidan yang memeriksa. Walaupun demikian, adakalanya orang yang mahir dan berpengalaman pun masih membuat kesilapan dan tidak dapat mengesan kedudukan janin yang sebenar. Jika timbul sesuatu keraguan mengenai kedudukannya, lebih baik menggunakan cara lain.

Kini, satu cara yang kerap digunakan untuk menentukan kedudukan janin dalam kes yang meragukan ialah dengan menggunakan ultrasound. Pemeriksaan cara ini sangat selamat dan tidak ada bahaya bahangan atau radiation. Pemeriksaan juga memberi maklumat lain yang agak penting mengenai janin seperti degupan jantungnya, kedudukan uri dan alat ini juga boleh mengesan beberapa jenis kecacatan bayi.

PUNCA KEDUDUKAN LUAR BIASA
Kedudukan janin songsang atau melintang mungkin disebabkan oleh salah satu  daripada beberapa perkara yang dihuraikan eloh Dr.Hamid di bawah ini. "Sesetengah kedudukan songsang tidak ada sebab yang nyata. Kita terus tidak mengetahui apa puncanya walaupun berbagai-bagai cara dilakukan untuk mengesannya. Keadaan ini mungkin timbul dari pihak ibu atau janin itu sendiri ataupun kedudukan uri yang luar biasa"  

Menurut Dr. Hamid lagi, " Ibu yang telah banyak kali melahirkan anak lebih kerap mengalami masalah ini kerana otot-otot di bahagian rahim dan perut menjadi kendur. Keadaan in juga boleh berlaku  akibat keganjilan bentuk rahim yang mungkin telah wujud secara semulajadi".

Selain itu, katanya, "Boleh jadi juga ada ketumbuhan dalam rahim seperti fibroid atau ketumbuhan di kilang ovari, atau tulang rongga punggung ibu terlalu sempit. Janin pula mungkin mengalami masalah timbunan air dalam otak atau hydrocephalus, janin tanpa otak atau anencephalus, janin kembar, sama ada kembar biasa atau kembar siam".

Antara lain, kedudukan luar biasa janin juga mungkin disebabkan oleh kedudukan uri tidak normal. Biasanya, uri terletak di belakang janin, tetapi kadang-kala berlaku uri terletak di hadapan janin yang dikenal sebagai placenta praevia. Keadan ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan tumpah darah yang banyak dan janin tidak boleh langsung dilahirkan secara normal kerana uri menyekat saluran peranakan.

Untuk mengetahui punca kedudukan janin tidak normal ini beberapa pemeriksaan dan ujian mungkin dilakukan. Pemeriksaan ini termasuklah pemeriksaan kemaluan untuk menentukan keadaan rongga tulang punggung, disusuli dengan pemeriksaan X-ray pelvimetry untuk menentukan sama ada saluran rongga punggung sempit atau tidak. Ujian ultrasoundjuga penting dilakukan untuk mengesan kedudukan uri, ketumbuhan dalam rahim dan kecacatan janin.

BAGAIMANA MASALAH INI BOLEH DIATASI
Menurut Dr. Hamid, "Wanita hamil yang menyedari kedudukan anaknya songsang, akan terus meminta bantuan bidan kampung. Walaupun saya mempunyai hormat yang tinggi terhadap bidan kampung yang mahir dalam amalan perbidanan mereka, saya agak khuatir jika usaha  memusingkan janin ini akan menimbulkan masalah kepada ibu dan anaknya". 

Sebenarnya masih ramai lagi pakar perbidanan dan doktor perubatan yang cuba memusingkan janin berkedudukan songsang ini. Usaha ini biasanya dilakukan ketika kehamilan meningkat ke usia 32 hinga 34 minggu (jumlah jangka waktu kehamilan ialah 40 minggu). Walaupun pada keseluruhannya memusingkan kedudukan janin songsang adalah selamat jika di lakukan dengan teliti oleh orang yang mahir dalam bidang ini, namun terdapat juga beberapa bahaya yang mungkin timbul akibat perbuatan itu. 

Antaranya ialah berlaku premature labour atau kelahiran sebelum waktunya, tumpah darah, kematian janin dalam rahim atau kecederaan pada rahim. Dengan adanya kemungkinan risiko tersebut, kini ramai doktor pakar pebidanan teragak-agak atau tidak setuju langsung memusingkan kepala janin. Ada juga yang percaya jika janin itu dipusingkan ada kemungkinan ia akan berpusing balik kepada kedudukan songsangnya. Janin mungkin akan lahir cara biasa setelah berpusing sendiri kepada kedudukan normal di saat-saat terakhir sebelum lahir. Usaha memusingkannya mungkin sia-sia sahaja jika terdapat sesuatu gejala atau masalah yang saya nyatakan tadi.

MELAHIRKAN BAYI SONGSANG
Sebahagian besar janin dalam kedudukan songsang boleh lahir dengan cara spontan tanpa pembedahan. Doktor akan menilai dengan teliti sama ada janin itu terlalu besar atau rongga punggung ibu boleh memuatkan kelahiran bayi. Walaupun demikian, bagi janin yang kedudukannya songsang, kelahiran secara pembedahan sesarean mungkin dilakukan. Pembedahan dilakukan apabila anak terlalu besar dan saluran rongga punggung ibu sempit khususnya jika kandungan itu sulung dan ibu bermasalah seperti berpenyakit darah tinggi atau kencing manis. Bagi ibu yang mengalami kehamilan melintang kerana kedudukan uri di hadapannya, tidak ada jalan lain untuk melahirkan anak selain dibedah sahaja. Ibu ini perlu dimasukkan ke hospital lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan lahir; biasanya satu atau dua minggu sebelumnya. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang masalah bersalin di rumah. Ada kemungkinan tali pusat atau tangan bayi akan terkeluar dahulu. Kedua-dua kejadian ini akan menyebabkan kematian janin dalam rahim melainkan pertolongan cemas secara pembedahan diberikan dengan segera.

Oleh itu, setiap ibu yang mengandung khususnya mereka yang telah melaluinya beberapa kali perlu mendapat jagaan waktu mengandung dan pemeriksaan sejak awal lagi. Di peringkat tujuh hingga lapan bulan pula, pemeriksaan sangat penting untuk menentukan kedudukannya. Jika didapati kedudukan janin luar biasa, janganlah tergesa-gesa menemui bidan atau pengamal perubatan tradisional untuk memusingkan kedudukannya. Nasihat dan rawatan sewajarnya dari doktor pakar perbidanan adalah penting dalam hal ini. Akhirnya jika dinasihatkan oleh doktor menjalani pembedahan kerana kedudukan janin luar biasa ini, janganlah sekali-kali membantah kerana ia adalah untuk kebaikan diri ibu dan juga anak yang dikandungnya.


So uolls, I hope this info mampu membantu uolls menambah sedikit ilmu masa pregnancy. So do i. Kalau nak info pasal wanita lagi, bolehlah tgk blo Dr. Hamid Arshat okeh. Thanks uolls for reading... Daaaa....

P/S: Insya Allah baby HZ akan pusing kedudukan asal. Doakan kami ya!


No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers