Pages

Followers

25.10.12

21 Week's Pregnancy dan Tendangan Si Dia


Assalamualaikum and Hi...

Okay hari ni sangat rajin nak mengupdate ehehe. Hari genaplah 21 minggu baby HZ ada dalam perut mama dia ni. Cepat membesar dengan sihat ye sayang. Mama ngan Papa tak sabar nak jumpa awak. Semoga awak sehat sehingga waktunya dan jadi kuat untuk apa sahaja halangan yang mendatang. Perut Ieka pun dah besau. Dah nampak sikit, eheheh. Bak kata kawan-kawan opis seronok baby dalam perut rumah banglo. Siap swimming pool. Insya Allah semoga rezeki anak mama dan papa selalu ada. Amin.

Semalam, Ieka balik awal sikit dari opis. Yelah konon-konon macam nak balik kampunglahkan walaupun cuma kat cheras.So, masa rehat-rehat semalam, baby pun ada move. Rasa macam ada rama-rama terbang dalam perut. Lepas tu, Apiz ckp nak borak-borak dengan baby. So, Ieka juz biarkanlah dia mengomel dengan budak kecik dalam perut ni. Baby HZ dalam ni macam faham je bila papa dia kata nak ajak borak. Dia pun move macam cuba nak jawab apa soklan papa dia.

Tengah syok-syok Apiz borak-borak dengan baby, Ieka rase something kat perut belah kiri. Jap-jap macam melantun. Ieka suro Apiz dengar, then Apiz cakap "Baby HZ tendang, main bola kot". Ieka senyum jek. Alhamdulillah, baby mama bagi respon baik untuk papa dia.

So, nak dijadikan cerita, sekarang ni Apiz memang rajin borak-borak dengan Baby HZ. Walaupun kadang-kadang Ieka dah tido, tapi dia akan cakap dengan baby selagi dia belum tido. Tak sabar betul dia tunggu baby keluar. Hari-hari mesti pesan kat baby "Baby pegang tangan papa ya. Jangan kick mama kuat sangat, mama nak rehat.". What else i can say... I am Happy!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers