Pages

Followers

26.10.12

Jatuh

Assalamualaikum dan Hi...

Bukan main ligat lagi ko kan Ieka update blog ni. Rajin bebenor ye. Okay back tu the real story, this is just a short and simple update. Hari ni hari raya yang meninggalkan satu sejarah. I terpelecok uollllsss... masa nak pergi mandi. Nasib la tak terhentak kuat, kalo tak, Ieka pun tak tahu nak bayangkan macamane.

Actually ceritanya macam ni, bangun-bangun tidur lepas siap gosokkan baju Apiz untuk ke masjid, Ieka pun duk rest jap dekat katil sambil berfacebookinglah. So, after a few minutes lepas dah tgk update kawan-kawan sempena raya korban ni, Ieka pun nak bangun, mase tu plak kaki terasa macam sesemut, tapi Ieka bangun jugak nak jalan amik tuala dan pergi mandi. Sekali, salah langkah, Ieka pun terpelecok dan jatuh. Sakitnya tuhan je tahu.

Then Ieka duduk jap urut-urut sikit supaya dapat bangun. Malangnya tak boleh bangun, so Ieka duk relax dulu beberapa ketika then baru bangun. Lepas tu gagahkan jugak diri gie mandi sebab nak pakai baju cantikkan. eheheh. Apiz balik Ieka pun cerita la dengan dia. Dia pun apa lagi, tolong urut. Tapi sakitnya yang amat. So, moral of the story lenkali beringat awak tu preggy, jalan kena hati-hati ye Ieka.

Sekian.

Salam Aidiladha

Assalamualaikum dan Hi peeps!

I miss kekecohan pagi raya seperti ini. I miss my mum more.
I miss her cooked on pagi raya. I miss everything.

Raya 2011

Raya 2011

Sekian.

P/S: ye sy tahu sy kurus waktu ini. Orang nak kawen time ni, haruslah kurus dari sekarang. Takpe, lepas bersalin, sy akan berusaha supaya sy dan anak sama-sama nampak macam kakak dan adik.

25.10.12

21 Week's Pregnancy dan Tendangan Si Dia


Assalamualaikum and Hi...

Okay hari ni sangat rajin nak mengupdate ehehe. Hari genaplah 21 minggu baby HZ ada dalam perut mama dia ni. Cepat membesar dengan sihat ye sayang. Mama ngan Papa tak sabar nak jumpa awak. Semoga awak sehat sehingga waktunya dan jadi kuat untuk apa sahaja halangan yang mendatang. Perut Ieka pun dah besau. Dah nampak sikit, eheheh. Bak kata kawan-kawan opis seronok baby dalam perut rumah banglo. Siap swimming pool. Insya Allah semoga rezeki anak mama dan papa selalu ada. Amin.

Semalam, Ieka balik awal sikit dari opis. Yelah konon-konon macam nak balik kampunglahkan walaupun cuma kat cheras.So, masa rehat-rehat semalam, baby pun ada move. Rasa macam ada rama-rama terbang dalam perut. Lepas tu, Apiz ckp nak borak-borak dengan baby. So, Ieka juz biarkanlah dia mengomel dengan budak kecik dalam perut ni. Baby HZ dalam ni macam faham je bila papa dia kata nak ajak borak. Dia pun move macam cuba nak jawab apa soklan papa dia.

Tengah syok-syok Apiz borak-borak dengan baby, Ieka rase something kat perut belah kiri. Jap-jap macam melantun. Ieka suro Apiz dengar, then Apiz cakap "Baby HZ tendang, main bola kot". Ieka senyum jek. Alhamdulillah, baby mama bagi respon baik untuk papa dia.

So, nak dijadikan cerita, sekarang ni Apiz memang rajin borak-borak dengan Baby HZ. Walaupun kadang-kadang Ieka dah tido, tapi dia akan cakap dengan baby selagi dia belum tido. Tak sabar betul dia tunggu baby keluar. Hari-hari mesti pesan kat baby "Baby pegang tangan papa ya. Jangan kick mama kuat sangat, mama nak rehat.". What else i can say... I am Happy!

Privacy.. Please!!

Assalamualaikum dan Hi...


Bilik adalah tempat peribadi Ieka dan Apiz. Ieka sangat tak suka kalau orang masuk bilik Ieka tanpa kebenaran. Seolah-olah macam menceroboh ruangan peribadi Ieka.


Sekian.

22.10.12

Baby's Rompers

Assalamualaikum dan Hi..

Okay, this is short and simple update. Today, Ieka dapat MC for two days sebab selsema dan batuk teruk. Cian baby HZ dalam perut ni. Asik terkejut jek sebab mama dia batuk dan bersin jek. Sorry baby, i dun mean it. Sebenarnya, arini pun adelah jugak pergi servey-servey dengan Apiz barang-barang untuk baby. Tapi tak lah kami terus beli. To early nak beli, maybe bile baby HZ dah masuk hujung enam bulan baru bel.i kot. Masa tu, if Apiz say NO pun, Ieka akan beli jugak! ahahaha.

Okay back to cerita sebenar pasal baju baby. Ieka sangat suka baby's rompers. Haiiiiii sangat cute. Especially kalo ade tulis yg cute-cute tu. Rasa nak je terus beli. Tapi apekan daya baby HZ ni still kecik lagi. Takpe Insya Allah 2 bulan lagi boleh beli.. eheheh.

*sebelum nak end up this entry. Nak selit contoh romper for baby. eheheh gatai.




Semua pun cute. Haishhh!


Okaylah... Daaa

20.10.12

20 Week's Pregnancy

Assalamualaikum dan Hi...

Okay.. hari ni Ieka nak update my 20 week's pregnancy moment. Alhamdulillah, dah masuk lima bulan dah usia kandungan Ieka ni. Ieka dan hafiz sangat-sangatlah gembira dan tak sabar tunggu kehadiran orang baru nanti. This is our first babykan, so excited sangat. Dalam pada gembira dan excited, both of us still berdoa agar kandungan ni sentiasa tu sihat dan kuat hingga ke waktu dia di keluarkan.

Walaupun dah 20 minggu dia dalam perut Ieka, tapi kami masih belum tahu sama ada our baby is gurl or boy. Nak tahu sebab apa? Sebab last time masa kami scan (masa tu usia kandungan 18 minggu), my baby kepit dia punya "anu" tu. Walaupun doktor doktor gerak-gerakkan alat untuk scan tu kat bahagian tersebut, tapi baby tetap stick dengan pendiriannya. wahahah. Dia nak bagi surprise mungkin. Said the doctor.
Masa Ieka dan Apiz tengok dia di screen scanner tu, dia elok jek baring atas uri (seolah-olah macam tilam empuk pada dia kata doktor), sambil isap jari. Ehehe. Sangat cute dan very behave. Alhamdulillah, my baby sihat dan membesar mengikut ukuran sepatutnya.

Mama try bina "banglo" selesa untuk baby.

After check up dengan my personal doctor, minggu seterusnya, Ieka pergi check up plak dekat KK dekat Sepang. Actually, memag Ieka buat check up dekat dua tempat. Bukan apa, it just for pantauan yang lebihlah. Sebab kalau check kat KK jek, banyak benda yang pada Ieka sangatlah tak cukup. Ubat yang Ieka dapat pun sangat tak sesuai for my self. Sebab dah terkena masa first check aritu. Nurse kat KK tu tekan perut Ieka sekuat hati sampai 3 4 hari Ieka muntah-muntah. Pastu, masa doktor scan, dia langsung tak bagi Ieka tgk my baby. Cuma dia ckp, jangan risau baby awak okeh. Daaaa?? so, Ieka memang sangat tak puas hati. So, at least ada personal doktor swasta, bolehlah kita dapat advice best sikit.

Nak dijadikan cerita, next check up dengan KK tu, Ieka kena minum air gula. Motif pun Ieka tak tahu nape. Minum je lah. ehehe. Sumpah sangat tak sedap. Ieka muntah non-stop selama dua hari lepas minum air gula tu okeh!.Tapi Alhamdulillah, Ieka sihat dari sebarang penyakit. My baby pun. Alhamdulillah. Lama jugak tau melanguk kat KK tu. Bayangkan Ieka datang pukul 7.30 Pagi, dekat Pukul 2.00 petang baru dapat balik. Tapi tak salahkan diorang pun. Memang ramai orang sangat. Almaklumlahkan KK gomen kan. Tapi nasib Apiz ada, teman Ieka hari tu, so tak boring sangatlah. Thanks Hubby!

Thanks Pakcik Goog!

Now, Ieka juz jaga kesihatan dan makan jelah, kata nurse kat KK tu, berat Ieka masih belum naik, tapi, due tu ukuran perut, baby membesar ikut saiz. Alhamdulillah, Insya Allah, hopefully baby akan terus sihat sampai due nanti. Okaylah, nanti Ieka update lagi. Daaa

9.10.12

Doa Agar Dibaiki Kesabaran dan Kekuatan dalam Rumah Tangga


Mari kita amalkan bersama doa untuk kesabaran dan kekuatan dalam rumahtangga. Insya Allah......

Bismillahirrahmannirrahim.......

.رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ

Maksudnya:"Ya Tuhan kami,limpahkanlah kesabaran atas diri kami ,dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."(Surah al-Baqarah 2:250)

Amalan

Ayat ini merupakan doa orang yang beriman yang menyertai tentera Talut untuk menghadapi tentera Jalut agar Allah s.w.t melimpahkan ke atas mereka kesabaran menghadapi ujian yang berat itu.

Perkataan limpahkan ini menunjukkan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering memerlukan air.Sabar telah dibandingkan dengan air kerana kedua-duanya mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya.(Tafsir al-Sawi)

Setiap rumah tangga pasti akan berhadapan dengan pelbagai masalah walaupun ia kecil.Oleh sebab itu,amalkanlah membaca doa ini untuk menghadapi kehidupan dengan penuh kekuatan dan kesabaran agar rumah tangga yang dibina terus berkekalan.

P/S: Ihsan daripada http://nuzulpermatailmu.blogspot.com/2012/05/doa-agar-dibaiki-kesabaran-dan-kekuatan.html
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers