Pages

Followers

21.7.12

Ramadhan 2012 (1433 Hijrah)

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua.

Alhamdulillah tahun ni merupakan tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri dan mommy to be. Semuanya rezeki dari Allah. Aku sangat bersyukur. Walaupun aku teruja dan ada juga rasa kekok. Tapi aku tak sabar nak lalui bulan ni dengan penuh rasa embira. Iyelah, aku dah ada dua family sekarang. Boleh aku bergilir-gilir buka puasa.

Mula-mula masa aku dengar pengumuman pasal tarikh puasa, aku jadi sangat emo. Yelah orang tak pernah berpuasa tanpa ayah dengan ibu. Confirmlah emo. Nama pun perempuan khennnn. Airmata la lebihkan. *eheheehe..

So, Alhamdulillah, malam Ramadhan yang pertama, aku dapat menunaikan Solat Terawih walaupun hanya dirumah. Almaklumlah, keadaan aku yang tak berapa mengizinkan ni. Kalau korang nak tahu, aku ni bukan kena morning sickness tapi aku ada alahan evening sickness. Mungkin baby dalam perut ni tahu yang mommy to be ni agak bizi di opis, jadi dia cuma buat perangai bila malam jek. Alhamdulillah. Baby Mama dengar pesan Papa kan? Aku berharap sangat agar aku dapat berpuasa penuh tahun ni dan semoga baby dalam perut aku ni sihat sentiasa. Bukan apa, aku nak juga kejar pahala yang berlipat kali ganda bulan Ramadhan ni. Semoga permintaan aku ni diperkenan olehNya. Amin.


Selain itu, masa bulan Ramadhan nilah kita berpeluang untuk Solat Tarawikh. Banyak nikmatnya tau kalau kita tunaikan Solat Tarawikh ni. Contohnya, malam ni. Malam Solat Tarawikh yang pertama, nikmat yang Allah turunkan bukanlah sikit banyak iaitu "Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan." Allahuakbar, kita ni suci semula tau macam bayi-bayi yang baru lahir. Putih lagi dari sebarang dosa. Inilah untungnya bersolat Tarawikh.

Semoga Allah berikan aku kemudahan dan kesenangan untuk aku beribadat dan bersujud kepadanya walaupun aku berbadan dua. Aku mahu kejar semua kelebihan bulan Ramadhan ni. Insya Allah. Jadi, Selamat Berpuasa kawan-kawan dan selamat beramal. Sekian.

P/S: Ustaz Asyraff Imam Muda pesan, setiap juzuk Al-quran ada sepuluh helai, kalau kita baca Al-quran sepanjang Ramadhan dua muka surat setiap waktu, Insya Allah akan abis satu juzuk. So, bulan Ramadhan ada 30 hari, kalau satu hari satu juzuk abis, Insya Allah tak mustahil untuk habiskan 30 juzuk dalam sebulan. Jom kita mengaji!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers