Pages

Followers

3.7.12

Hati

Menjaga hati orang seperti meruntun SEPULUH tahun lamanya untuk memahami..
Menajaga hati orang kadang-kadang memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi.
Menjaga hati orang, kadang kala membuatkan kita lupa tentang KEPUASAN HATI kita.
Hati akan pedih, jiwa akan kacau. Sedih akan damping selalu.
So, aku ambil jalan singkat, untuk menjaga HATI SENDIRI untuk saat ini.
Kerana perasaan aku juga mahu dijaga.



Aku bukan mengelak, tapi aku juga mahu dianggap manusia.
Ada HATI ada JIWA.
Berkecil hati mungkin selalu, tapi tabahku tak setinggi dan sekukuh everest.
Aku takut ia rapuh sebelum waktunya.
Aku harap kamu faham. Aku mahukan kehidupan, bukan kutukan.
Aku mahu belajar menjadi lebih baik, walaupun aku bukanlah terbaik.
Dan ini permulaanya. Allah lebih tahu.



Jangan percaya sebelum bertanya.
Jangan beri muka paling dibenci sebelum menyelidik.
Jangan bersangka buruk sebelum aku keluarkan hujah yang patut kau dengar.
Manusia itu bukan TUHAN. Dia tidak tahu mengenai aku.
Tapi... aku pelik, kamu sangat percaya ceritanya.
Oleh itu, biar aku angkat kaki sebelum sesuatu buruk berlaku.
Menjauh bukan membenci. Menjauh bukan aku lari.
Tapi menjauh untuk wujudkan kemesraan.
Dia cukup banyak bercerita. Aku pula cukup banyak bersedih hati.
Jadi, cukup takat ini, aku perlu pertahankan segalanya.
Aku pilih untuk hidup diatas kaki sendiri bersama lelaki paling setia.

Sekian.

No comments: