Pages

Followers

31.5.11

Wish

Happy Ending.

You


miss u.

24.5.11

Senyum

Tahu lagu senyum?
Lagu Malique & Najwa

"Kacak dalam, kacak luar.. kacak dengar sini....
Kalau sy senyum.. awak musti senyum sekali....
Bila kita senyum semua orang berjangkit
Bila semua senyum... Dunia tiada penyakit....
Senyum tak perlu kata apa-apa"

Itulah luahan jiwa aku sekarang.
Terima Kasih yang SATU kerana mendengar rintihan hati aku.
Aku percaya, jodoh pertemuan, ajal dan maut semua ditangan DIA
Kita hanya merancang dan berusaha
Kemudian berdoa dan bertawakal.
Alhamdulillah.. Doa kami makbul.
Insya Allah jodoh masih panjang.
Syukur padamu.

I have a big smiling since yesterday
Kami sudah pun dewasa
Tak stail la gado sampai tak bertegur.
We had a very deep conversation that day.
and we found the best result.
Alhamdulillah.

Jadi akan ke Johor dengan hati tenang.
Satu masalah settle.
Cuma yang satu ni liat sikit.
penurunan berat.
Tapi aku dah jumpa rahsia ajaib.
Syhhhhh... nak tahu?? 
tunggggguuuuuu...

P/S: baju kemeja hadiah yg sy dapat tu.. dh boleh disarung.. cuma bdn perlu kecil sikit lagi.. confirm cantik!

22.5.11

Baik Ada Makna



Sila duduk jauh-jauh.
Jangan datang dekat.
Virus. Nanti saya sakit.
Sekian.

Bila Terduduk


Sekarang musim malas aku. Musim duka aku jugak.
Sangat malas bila jadi semua ni.
Kerja berjalan lancar cuma ada beberapa perkara perlu di "touch-up"
Life mcm haremmm. Sikit je dah effect hidup aku.
Gampang. Itu ayat paling bagus buat masa ni.

Badan sakit-sakit.Hati lagilah sakit.
Tapi nasib ada heroin penyelamat.
Ibu. Terima kasih untuk tiap perkara yang dilakukan.
Mata bengkak.  
Mata sepet dan bertambah sepet bila bengkak.
Apa aku pedulik. Tapi...
Ibu tahu aku sakit. Jadi aku senyap.

Bila terduduk dan sakit hanya DIA tempat aku mengadu.
Yang lain dah tak pedulik.
Dan aku pun tak nak dah dipedulikkan.
Hati berkecai dengan dahsyat. Bukan beribu dah. Berjuta.
Dengan lagu "Hush Hush" bagi hati kuat. Motivasi hati sendiri.
Sementara waktu ni, biarlah aku sengsorang.
Inilah namanya hidup.
Yes! konon-konon  sakit ni macam My Perfect Nightmare la.

Seminggu lagi nak berangkat ke Johor. 
Selama sebulan aku kat sana.
Moga aku dapat tenang dan berfikir panjang dengan keadaan yang sangat selesa.
Mungkin bila aku pulang, semuanya akan jadi  mcm sedia kala.
Aku tak harapkan apa-apa dah sekarang.
Hanya DIA yang mampu mendengar rintihan aku sekarang.
Ibu kamu jaguh paling hebat. Sy tahu kamu akan sentiasa tolong dan ada dengan sy bila ini jadi.
Ayah hero paling kacak. Thanks untuk segalanya. 
And to Mak.. Thanks Aunty.

Walaupun dah settle isu tu. Ibu dan pun call Mak.
Mak kata Okay. Tapi.....
Biarlah aku sengsorang sekejap. Biar aku kerja dengan tenang sebulan ni.
Kita perlu ruang. Itu yang aku nampak.
Kita jaga diri kita baik-baik.
Sekian.

17.5.11

Middle May 2011

Kerja semakin hari semakin mencabar.
Dari bidang taip menaip, susun ayat 
Ke bidang yang lebih memerlukan pikiran logik.
Jadual harian makin tunggang langgang
Personal life makin mecabar.
Kadang-kadang mahu je ambil cuti dan pergi tenangkan diri.
Tapi apakan daya.. duit poket bersamaan kosong.

Hari ni cuba menyusun dan merancang semula.
Mana yang pahit letak jauh-jauh ketepi.
Lantak pi apa nak jadi.
Sebab aku pun tak tahu apa punca aku dibuang macam tu jek.
Malas nk pikir panjang-panjang
No such thing.
Whatever!

Jadi aku sudah pun susunkan jadual aku semula
Hopefully this time around aku berjaya.
No more excuses.. and No more nak dengar kata orang.
Hate it.

Harap bermula di Middle May ni aku mampu:-

1. Selesaikan Report at least 1 hari satu.
2. Dapat pelajari dan kumpul Ilmu dengan lebih banyak especially in Pentaho.
*Untuk masa depan*
3. Dapat selesaikan semua barangan hataran, tak termasuk manisan dan kek.
4. Dapat bangun pukul 4 pagi supaya aku dapat exercise sebelum pergi kerja
5. Dapat exercise juga selepas balik kije *jadikan aktiviti harian*
6. Dapat diet semula dan tiada pengambilan nasi.
7. Dapat kuatkan semangat aku untuk tempuh ujian yang Allah bagi.
8. Dapat simpan duit banyak-banyak
9. Dapat elak Junk Food. 

7.5.11

Tutorial Shawl Ala-ala MARIA/HANA TAJIMA

Hey all!!

Dah lamakan mak tak buat tutorial untuk pemakaian shawl... hheheheh. So, arini aku nak share something la dengan korang. Cara-cara pemakaian shawl ala-ala Maria/Hana Tajima. Kelengkapan yang diperluakan adalah. sehelai inner, sehelai shawl (better shawl yang panjang) dan 3 batang pin peniti.


Step 1: Pakai Inner dan letakkan shawl dikepala (pastikan kedudukan shawl adalah sebelah panjang dan sebelah pendek).
















Step 2: Ambilkan sebatang pin peniti dan sematkan pin tersebut deubahagian tepi seperti dalam gambar.















Step 3: tarikh lebihan sebelah shawl yang telah dipinkan kebelakang dan kemaskan bahagian tersebut.
















Step 4: Tarik bahagian bawah (sebelah bahagian yang panjang) dan lilitkan ke atas kepala seperti biasa. Tak perlu tarik terlalu ketat (yelah, nama pun loose shawl.. longgar-longgar le).















Step 5: Pinkan dibahagian atas ataupun ikut keselesaan anda nak pin kat mana untuk makse sure bahagian tu tak jatuh.















Step 6: Bagi mereka yang mahu shawl ni nampak sentiasa kemas sahaja, bolehlah pinkan dibahagian bawah dagu tu. dan kemaskan shawl anda.
*sesuai untuk ke opis kalau kemas begini*














atau


Boleh juga dipakai begini. sempoi jek tapi cantik. *sesuai kalau nak hang out dengan kawan-kawan atau kekasey*


















Done! Selamat mencuba!

6.5.11

INNER SY!

Hye All!
Arini I nak cerita pasal INNER. Apa itu INNER.. ala yang kaler-kaler orang selalu pakai tu. Especially dengan shawl atau pun tudung syria. Tau kan? kan? hah?? tak tahu?? nak lukis ker??? ngeee....

Anyway, aku tak lah panadai pun pakai inner ni bagi cara mcm-mcm.. tapi since kakak opis aku yang cantik ni ada tag aku..kakak cantik thanks ya! So, kat bawah ni la koleksi inner yang aku ade.

Lebih 20 helai tak silap aku..
hehehehe...

Ni lah rupa aku bila guna inner... biasa-biasa aje.. comey sikit jek... ngeeeeeee :P









Aku memang pengguna INNER tegar skunk. hehehhe banyak lagi picture ngan INNER ni. If masuk kat sini panjang le post ni nanti. 

3.5.11

BANTAL PANAS

Hey! 


Tahukah anda apa itu BANTAL PANAS?
Bantal Panas adalah satu product buatan Taiwan yang sangat banyak kegunaanya. Antara kebaikkannya ialah:-
1. Membantu untuk mengempiskan perut
2. Membantu untuk menghilangkan segugut ketika haid
3. Membantu untuk melegakan kaki yang sakit (bertungku)
4. Membantu untuk menghilangkan sengal-sengal badan
5. Boleh dijadikan sebagai alat bertungku untuk wanita yang baru lepas bersalin

Bagaimana cara untuk menggunakannya?
Senang sahaja, Bantal Panas ni telah disertakan dengan CHARGER sebagai alat untuk memanaskan Bantal tersebut. Kepanasan bantal ini boleh bertahan lebih dari 5 jam. bestkan?

So apa tunggu lagi, marilah dapatkan BANTAL PANAS ini. Harga Tak mahal cuma RM40 sahaja.

Kanak-Kanak Comey (MD'S Branding)

Fatin Amani

Aleesya 

 Husna

Iffah

Atiqah

Najwani

Actually ada lagi 4 orang anak-anak sedara.
Tapi takde pict diorang cox mereka tinggal nun jauh di Pahang
But still i remember them
Later if i have  chance to meet them
ill upload their pict okay!

P/S:Md's Branding memang ramai Perempuan.



Outing & Fitting

HELLO PEEPS!!
Happy May yaww!!.... eheheheh *gediks*.

Arini dah pun 3 May 2011, hujung minggu yang lepas.. jadual aku sangat PACK!... heheheh berjimba-jimba dengan family tersayang. 

Sabtu pagi, beraktiviti dengan Ibu dan Rakan-rakannya *aunty-aunty KEMAS*. 
Petangnya, berhibur dimajlis E-day kawan terbaik sejak sekolah. 

Pagi Ahad pula ke rumah sepupu di Banting. 
Owh! best sgt dapat jumpa kana-kanak riang. Berbual-bual. *aku tido dengan dahsyat kat umah tu*.  Anak-anak kecil yang becok betul-betul menghiburkan. Heart kamu semua wahai anak-anak sedara.
Petang Ahad, pergi berchenta dengan BFF dan adik kecilnya, 
di Mcd dan Jusco *beli Corset*

Pagi Isnin, kemas-kemas rumah *sikit jek*
Tengah harinya ke kedai Mak Andam, si jejaka Sepet fitting baju.
Nak tengok?
taddddddaaaa.....

*hang jebat sy*

Petangnya pulak ke The Curve
mencari Kasut sebagai hantaran untu En.Sepet
dan... dan.... melihat2 sesuatu yang lebih menarik.
sambil buat calculation.

P/S: Ya Allah terima kasih untuk minggu yang indah ini.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers