Satu masa dulu, aku rasa susah sangat. Selalu je tak cukup duit.Yelah, masa tu belajar lagikan. Tapi sekarang ni aku rasa Alhamdulillah, rezeki semakin murah.Bisnes yang aku mulakan masa bulan puasa lepas, perlahan-lahan menunjukkan hasil.Ya Allah, terima kasih atas rezeki yang kau beri.
Since, aku dan Hubby dan paln nk ikat dengan lebih serius Disember ni, kami dh mula fikirkan bajet. Yelah, nak kahwin ni bukan pakai sikit-sikit duit. Byk wooo... zaman sekarang ni, kalau takde 20K, jangan nak berangan la nak wat majlis yang BEST! Aku taklah nk buat besar-besaran, cukuplah sederhana saja. Tapi, kos tuk sederhana punya majlis pun kurang-kurang 20K. Kalau yang besar?? hahahha.. lu pikir la sendiri.
Aku ada jugak survey-survey harga cincin, harga barang-barang untuk hantaran, set bilik lagi, khemah lagi, kat KL ni, confirm tak masak sendiri.. so.. hukumnya catering. Harga catering pulak, paling murah 6.50-7.00 ringgit. Kalau order tuk 1000, kan dah dekat 7K tuk makan jek. Set bilik aku survey-survey, paling murah pun 1K. Adeh... Hantaran pulak, mahu dekat 2.5K, Goodie bag lagi, Mak andam lagi. Aiyak! Ini macam, dating pasni bawak bekal la.. :P
Tapi, aku tahu, kalau dah sampai seru kahwin tu, Tuhan akan beri rezeki kat kita. Insyallah, asalkan kita berusaha. So, pasni.. aku kena betul-betul berjimat. Tak boleh dh nak enjoy-enjoy. Lepas SAH jek, nak cari rumah sewa lagi. Deposit kurang-kurang 2 Bulan. Rumah sewa kat KL ni, paling murah pun 600. Hubby!! Mari kita usaha cari duit dengan banyak!
P/S: Nak cari rumah teres, harap-harap.. adalah yang murah. Amin.
No comments:
Post a Comment