Pages

Followers

7.3.12

A Gift!

Assalamualaikum Dan Hai korang...

Aku curi masa sikit untuk update blog ni. ehehehhe. Okay aku nak bercerita pasal kisah beberapa hari aku sibuk  berusaha menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Okeh, arini aku tak nak cerita pasal menu apa yang aku ambil Tapi aku nak cerita pasal aktiviti yang aku lakukan sepanjang 2 3 hari ni. Kalau korang nak tahu, orang yang paling memberi sokongan pada aku untuk turnkan berat badan aku supaya aku sentiasa sihat adalah en.Husband. Yang bestnya, dia siap belikan aku kasut jogging jumaat yang lepas. eheheh. Punyalah nak bagi aku semangat nak suro turunkan berat badan dan badan fit sentiasa. Thanks Husband. *gambar kasut nanti aku upload next post okeh*.

So, nak dijadikan cerita, jumaat malam tu, kami berdua pusing satu cheras cari kasut yang betul-betul comfort untuk aku pakai supaya masa aku jogging tu ringan jek untuk aku lari. So, en.Husband telah belikan kasut jenama ADIDAS untuk aku. eheheh aku suka sebab cantik dan memang ringan. Harganya korang silalah cari kat kedai tu. Tak mahu cerita kat sini sebab kang ada yang kata aku nak berlagak pulak. ehehehe.

Jadi, lepas ada kasut tu, semakin seronok aku bersukan. Nak tahu aku ada gang tau untuk pergi jogging. Setiap weekend kami pergi berjogging dah sejak akhir-akhir ni, siapa lagi kalau bukan my lovely MIL la. SIL pun ikut jugak tau. So, lebih interestinglah masa bersukan aku. ada gang yang sama-sama punya tujuan yang sama.



Selain itu, sekarang ni, setiap malam aku exercise kat umah. hari-hari aku pastikan aku buat exercise untuk upper body supaya badan aku fit. Aku follow video yang aku download dari youtube. Seronok tau. Sambil tu   aku belajar jugak macamana rahsia nak dapatkan perut yang flat dan fit.  Dan setiap hari aku amalkan tips tersebut dan hasilnya, korset aku dah tak ketat langsung. Yes!.

Tapi tak boleh nak seronok sangat sebab, aku focus nak pastikan yang aku boleh menyarung baju saiz M dan S semula. Jadi marilah kita focus! chaiyok!


P/S: Mari exercise supaya badan sihat dari penyakit!.

No comments: