Pages

Followers

30.4.11

BFF e-day

Hello!

nk share ngan  u'olls... arini my BFF pny e-day. She looked so GOJES!
 okay... so.. mls cter pnjang2..
tgk jelah Pict ni.

Me, Syasya & Ayu

yeay! she got the ring!

THREE of US were already BOOKED by them
me the 1st one Ayu the 2nd one
and Syasya the 3rd one...
we still waiting for our BFF
Dilla, Mimah & Sharina to their get e-ring!

peace!

see.... 
they looked so sweet!
bagai pinang dibelah dua..

CONGRATZ TO BOTH OF YOU!

19.4.11

NIKON Review



Model: DSLR D700
Announced : 01-07-2008 
Nikon Price: RM 8,888.00 (body only) 



Model: DSLR D90
Announced : 27-08-2008
Nikon Price: RM 3,598.00 (with AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR),
                      RM 2,598 (body only) 
*Adik, ni version dah dekat 3 tahun keluar. Not new anymore la syg*


  


Model: DSLR D3X
Announced : 01-12-2008
Nikon Price: RM 29,988.00 (body only)



Model: DSLR D5000
Announced : 14-04-2009
Nikon Price: RM 2,588.00 (with AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR),
                      RM 2,088 (body only).


Model: DSLR D300S
Announced : 30-07-2009 
Price:  RM 5,188.00 (body only)


Model: DSLR D3000
Announced : 30-07-2009
Price: RM 1,698.00 (with AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR)



Model: DSLR D3S
Announced : 14-10-2009
Price:  RM 16,888 (body only)


Model: DSLR D3100
Announced : 19-08-2010
Price:  RM 2,198.00 (with AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR); 
RM 1,798 (body only)


Model: DSLR D7000
Announced : 15-09-2010
Price: RM 4,998.00 (with AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR); 
RM 4,198 (body only)  

Model: DSLR D5100
Announced : 05-04-2011
Price: To be announced.
*model paling latest by NIKON* 

Apa tujuan utama aku post entry ni?
Tujuannya sebab aku nak beli salah satu model yang ada kat NIKON ni. So, before beli, kita kena r review dulu model yang ada, bila model tersebut dikeluarkan (takut t dah oudated plak..heheh.), yang paling penting adalah features dan harganya mestilah berpatutan dan sesuai dengan model yang ditonjolkan. 

Setakat ni hanya dua model yang bermain-main didalam kepala aku ni. Antara D3100 dan D5000. Harganya, not bad. Features pun best. Ada kelebihan masing-masing. Maaf le aku tak senaraikan pulak Key Features model-model yang aku review ni. If korang nak tahu details leh lawat laman web NIKON

So, for me, better beli yang simple pny dulu. Dah hebat t, baru boleh beli yang mahal-mahal (think before u buy).
P/S: Kot-kot..... angkat tangan dan berdoa.


8.4.11

Apa tanda Si Dia Sayang dan Serius dengan Anda?

Hello Peeps!

Arini Aku dah tak emo dah. Al-maklumlah, aku malsa nak pikir hal yang tak menguntungkan tu lama-lama. Allah tu ada, biarlah Allah yang balas. GUD DECISION IEKA!

Okay, well.. hey! arini aku nak share something yang aku baca bila aku duk balek-belek satu majalah ni (nama majalah tak boleh sebut sbb nak jaga sensitivity.. kang kalau kutuk kang kena saman.. heheh). Okay, masa duk belek2 majalah tu, aku terbacalah satu page yang agak menarik perhatian aku. Dan tajuknya iailah "Apa tanda Si Dia Sayang dan Serius dengan Anda?". hahah. Bila diingat-ingat, macam zaman kanak-kanak la kan. Duk nak baca benda-benda macam ni. Hahah. Tapi, kadang-kadang apa yang dituliskan tu, masuk akal okay. Okay, jom kita tengok ciri-cirinya. Manalah tau ada terkena ngan BF/Tunang korang. heheh. *poyo kau ni ieka*.



1. Cuba uji Si Dia, trylah ajak BF/GF anda jumpa family anda secara spontan, kalau dia setuju tanpa banyak alasan maknanya, dia memang betul-betul sayang anda. 
*stage ni aku dah berjaya, dan untuk pengetahuan korang ayah aku setuju aku kawan dengan dia sebab..... okay akan aku cerit pasal kami nanti di post akan datang*

2. Cuba share apa yang anda rasa pasal kerja ke, pasal apa sahaja yang merunsingkan anda. Kalau Si Dia sayang anda, dia akan bagi kata-kata semangat yang positif kepada anda dan dia akan berusaha mengurangkan kesedihan dan kerunsingan anda.
*So far, sepanjang 8 tahun ni, en.Sepet adalah pendengar setia aku dan tak pernah merungut setiap kali aku luahkan perasaan. Dia akan dengar dan senyum kata.. "Takpelah, jangan sedih k.. ada hikmah apa yang jadi. Insya Allah. Kuatkan hati okay. Tak mau nangis".*

3. Cuba ajak dia lepak dengan kawan-kawan anda dan request nak ikut lepak ngan kawan-kawan dia. Kalau dia relax jek dan tak malu or tak ada ape-ape alasan untuk bawak anda dan join anda lepak dengan kwn-kwn dia atau kwn-kwn anda, mean dia terima anda dan syg anda seadanya.
*selalu jek bwk dia lepak ngan kawan-kawan aku. Macam tu gak dia selalu bawak aku lepak dengan kawan-kawan dia. kami memang tak malu.*

4. Cuba tengok dia berkira tak dengan anda. Tak kiralah dari segi apa pun. Duit ke, masa ke, apa sahaja. If tak, maknanya memang dia nak berkongsi hidup dia dengan anda.
*So far, setakat ni en.Sepet tak kedekut dengan aku. Semua pun kami share. Even kalau dalam poket aku ada RM 1 dan dia ada RM 2, kami akan campurkan dan bagi sama banyak. heheh. Kalau bab mkn pun dia tak berkira ngan aku. Apatah lagi bab yang lain.*

5. Kalau dengan anda sahaja dia pernah ceritakan masalah keluarganya, dan dengan anda sahaja dia akan menangis setiap kali diamenyakiti hati anda dengan teruk. Yes, dia memang cintakan anda.
*Setakat ni, en.Sepet banyak story kat aku pasal family dia dan aku syg mereka semua walaupun aku belum jadi ahli keluarga yang sebenar. Mereka sangat baik dengan aku. Dan aku akan usaha protect mereka mcm en.Sepet juga. My promise. Insya Allah. Kalau bab nangis, hurmmmm setakat ni pernah sekali jek... masa tu memang dia betul-betul buat aku down dan dia menyesal. Tapi, jodoh ditangan TUHAN, his the best ever for me. Insya Allah*

So, hanya 5 inilah yang ada dalam majalah tu Kalau ada update apa-apa pasal isu perhubungan, akan aku update. Anyway, nantikan story CINTA Si SEPET dan Si BECOK dalam post yang seterusnya. hahahah.

Sekian.

P/S: Semoga perhubungan ini akan kekal dan terus mekar dalam hati kami. AMIN.

6.4.11

Kakak & Adik

Hello!
Arini aku nak story morry pasal kakak & adik.

Sapa diorang?

Diorang ni adalah kakak & adik en. Sepet 
Yang sangatlah cantik dan baik.
Aku sangat selesa dengan mereka. 
Alhamdulillah, even kami baru je kenal since aku & en.Sepet start rapat, 
tapi diorang wat aku rasa selesa. 
Tak pernah rasa kekok. 
Yelah aku tak pernah ada kakak & adik perempuan sebelum ni. 

Hati seronok bila ada kakak & adik yang boleh share everything ngan kita. 
Mereka sangat suuportive & alwiz be here wif me when i need a shoulder to cry on.

Thanks sistas!

Owh! sy syg kamu berdua! 
thanks for accept me as your future family. 
mmmuahhhhxxx! 
xoxoxoxoxoxo 

P/S: sy happy bila kamu berdua happy.
macam pelangi datang dlm hati sy arini.
rindu kamu berdua tiba-tiba.

5.4.11

Hidup


LIFE IS HARD
IT'S HARDER IF YOU ARE STUPID
                                                                                                                            *Mrs.Beto Kusyairy*


First of all, i would like to give a big thank you to Kak Tisha a.k.a wifey kepada Abg Beto Kusyairy. She let me "pinjam" qoute kat atas tu.. heheh Thanks Kak Tisha. *hug&kisses*

Okay, this qoute really cool rite? Yelah, if anda pikir secara logiknya, musti anda semua akan setuju dengan kenyataan kat atas tu. Hidup ni memang susah, tapi ianya akan lebih susah kalau anda BODOH*  kurang bijak dalam menjalani kehidupan anda. Cuba anda bayangkan, anda boleh je nak tunding jari kat orang lain dan bercerita apa sahaja yang boleh pada orang lain tentang keaiban mereka. Tapi pernah tak anda terfikir "consequences" nya? musti tak, kan? yelah kalo bab dh mengata orang ni.. mana nak ingat semua tu. Janji lepas semua. hahahha * . Aku  pun bukan nak kata aku ni malaikat. Aku pun bukanlah bagus sangat. Tapi, setiap apa yang kita lakukan, kita perlulah pakai O T A K... bukan otak2 okay! 

Aku ada beberapa persoalan untuk orang yang rasa hidup dia susah dan lagi menyedihkan bila anda adalah ketagori manusia BODOH kurang bijak. *ada diploma or degree, tak bermakna anda lagi bagus dr org SPM*.

Situasi 1: 
Pernah tak anda terfikir, atau bayangkan anda duk mengumpat orang lain kat kwn sekolahnya, dan tak ke anda takot kawan sekolahnya akan sampaikan kepada tuan badan? Yelah sah2 diorang satu sekolah dan kenal each other... tapi anda sedap2 ngumpat tanpa pikirkan kesannya. BODOH tak anda? 

Jawapan dari Aku:
*YE memang anda BODOH.. aku cuma bersikap jujur.. tak mau hipokrit. Tu la orang tua-tua selalu kata... sebelum buat sesuatu sila PAKAI OTAK bukan PAKAI LUTUT. sekian.

Situasi 2:
Pernah tak anda terfikir setiap kali anda melabelkan orang lain dengan benda yang tak baik contohnya *LAKHANAT* atau *BETINA* atau mendoakan benda tak baik pada orang contohnya mendoakan orang lain yang sedang bahagia "MAMPUS cepat", sebenarnya anda juga sedang mendoakan diri anda sendiri. Hidup ni roda la derr... Betapa JAHIL nya anda kan? NAUZUBILLAH.

Jawapan dari Aku:
*YE anda JAHIL sebab tak percaya bahawa, DOSA dan PAHALA tu ada. Mendoakan yang tak baik tuk orang lain seperti anda dh takde pegangan. Aku bukanlah malaikat, sekurang-kurangnya, aku tahu batas sebagai orang ISLAM. Adab tertib dalam berkata walaupun aku tak suka orang tu.Sekian.

Situasi 3:
Pernah tak anda terfikir, setiap kali anda mempunyai hati yang BUSUK seperti bangkai, benda tu akan cepat dihidu orang walaupun anda cuba berselindung disebalik MINYAK WANGI MAHAL JENAMA ANTARABANGSA? 

Jawapan dari Aku:
*YE kalau anda tak berubah sikap dan simpan hati yang BUSUK tu sampai mati pun hidup anda akan susah dan di BENCI orang.

Situasi 4:
Pernah tak anda rasa diri anda tu BODOH sebab anda duk jealous ngan kemampuan dan kebahagian orang lain?

Jawapan dari Aku:
*CONFIRM TAK PERNAH sebab anda memang tak ada hati perut. Pentingkan diri sendiri. Janji anda puas dapat mengapi-apikan orang lain. *HATI penuh HASAD DENGKI*

Situasi 5:
Pernah ke anda rasa BODOH sebab duk sibuk-sibuk STALKED page orang lain? Sedangkan dia tak pedulik pun siapa anda dan mana asal usul anda sebab anda bukanlah MODEL terkenal jauh sekali MODEL ANTARABANGSA.

Jawapan dari Aku:
*YE anda memang BODOH sebab, anda sakit hati sorang-sorang sedangkan dia langsung tak pedulikan anda. JGN JADI ORANG YANG DOUBLE BODOH... Sudah-sudahlah BUSUK HATI dengan orang. tak kemana hidup lu derr. Sekian. 

Situasi 6:
Pernah tak anda terpikir, anda sorang-sorang je BERCAKAP yang BUKAN-BUKAN, sedangkan orang yang anda ceritakan tu, RELAX je.. simpan CERITA BUSUK & HODOH anda dalam POKET. Tunggu masa nak kasi keluar jek. Tapi kalau orang tu buat macam tu sama BUSUK la kami macam anda. 

Jawapan dari Aku:
TAK PERNAH, sebab anda rasa anda selalu selamat dari semua benda BUSUK yang anda buat. Hakikatnya, ALLAH bayar CASH. Tunggu dan lihat. tu je nasihat aku tuk orang-orang yang BODOH ni.


Situasi 7:
Pernah tak anda terpikir kenapa masa kecik-kecik dulu kita semua ni belajar PENDIDIKAN ISLAM? 

Jawapan dari Aku: 
TAK PERNAH. Sebab tu anda buat sesuka hati mcmam takde AGAMA.

Situasi 8:
Pernah anda dengar "UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI bukan BADAN MODEL ANTARABANGSA"?

Jawapan dari Aku:
Kalau dh tak mampu jangan cakap banyak. Buata apa yang mampu. Janganlah sampai pg mengemis pulak. Pastu buat TAIK  berlagak lak kat orang yang banyak tolong anda. SENDIRI MAHU INGATLAH DERR.

Situasi 9:
Pernah tak anda dengar "WHAT GOES AROUND, COMES AROUND?" ke anda tak faham.. meh aku translatekan dlm BM... "apa yang kita buat kat orang , akan beralik kat kita balik".. INI KARMA.. baik dibalas baik. Jahat, simpan dosa banyak2, t kau tahulah kat akhirat. Tak pun ALLAH bayar cash kat anda, sikit hari lagi.

Jawapan dari Aku:
TAK PERNAH, sebab tu anda perangai mcm mintak maki. sekian.

Situasi 10:
Pernah tak anda cermin diri anda dan tanya pada diri anda, "KENAPA ORANG BENCI AKU'  dan huraikan satu-satu sebabnya, kemudian pergi muhasabah diri dan bertaubat supaya ALLAH tunjukkan jalan yang sempurna untuk anda? 

Jawapan dari Aku:
CONFIRM TAK LA, kan.. sebab tu la anda berlagak nak mampus. Sedangkan apa pun anda tak ada. Duk berhutang sana sini. Pastu, lari. Pastu menyorok. Bila susah, cari orang pernah anda musuhi dulu.  WTF* Kalau aku nampak orang mcm ni aku nak ckp 1 benda je... *BULLSHIT*.  sekian.

So conclusionnya, hidup ni memang susah sbb macam-macam orang kita akan jumpa setiap hari. Tetapi terpulang pada kita sama ada kita BIJAK atau BODOH nak handle semua ni. BIJAK tu bukan terletak pada RUPA kita. Tapi pada AKAL dan TINDAKAN kita. 

Fikirlah dulu kenapa hidup kita makin hari makin susah. Mana silapnya, fikrlah, kenapa hidup kita tak pernah senag, sedangkan orang baru kije 2 3 tahun dah mampu lakukan apa sahaja yang mereka hajatkan contohnya macam KAHWIN. Sebelum kita rasa kita susah, kita patut cari papa puncanya... 

Pikirlah, adakah REZEKI kita tu betul-betul halal atau tak?, Hidup kita ni betul-betul diBERKATI yang ESA atau tak?, Dosa-dosa kita pada MAK AYAH kita, hinaan yang kita bagi pada keluarga orang lain. Doa yang kita panjatkan untuk menjatuhkan orang sedangkan orang tu begitu baik dengan kita. 

Kehidupan yang kita lalui ni diBERKATI ALLAH tak. Manalah tahu kot2 kita buat DOSA yang kita rasa orang lain tak tahu, tapi ALLAH tahu. Senang cakap, Kalau kita BERAK dalam BILIK, dan sorok TAIK tu dr orang, lambat laun orang akan tahu. Tu jek.

So pada sapa-sapa yang terasa, SILALAH BERTAUBAT sebelum TERLAMBAT. kalau nak tahu, tulah salah satu sebab asal hidup kita susah. DUIT GAJI orang lain kita tak payah nak sibuk tolong handlekan. Biarlah orang tu handle sendiri. Pastu satu lagi, kalau diri kita tak mampu, jangan berlagak macam kita ni gaji 5 6 ribu. Aku bukan nak menghina tapi aku cuma nak nasihat. Janganlah dengki ngan orang. Susah t. Sekarang musti kau tahu nape hidup kau susahkan??. HIDUP NI MEMANG SUSAH.... TAPI KALAU KAU PUN BODOH asik nak sibuk HIDUP orang. MELINGKUP la hidup kau jawabnya. SEKIAN.

2.4.11

2 tahun

Alhamdulillah, 1/4/2011 aritu, genap aku 2 tahun kat company yang aku kije sekarang. Dah sign contract baru dan ada sedikit kenaikkan yang buat aku ras bersyukur sgt sbb bos dan company hargai aku. Thanks pada mereka-mereka yang approve penyambungan aku. Jasa anda semua tak terbalas. Hanya Allah yang mampu membalas.

Well, selama 2 tahun aku di company ni. Banyak sangat benda yang aku belajar. Kiranya, company ni banyak memberi ilmu secara PERCUMA pada aku. Bermula dengan mambuat data filtering. Aku mulanya memang tak tahu guna EXCEL. Seriously.. sangat tak tahu guna EXCEL. Tapi, kwn2 kat opis tak pernah gelakkan aku. Diorang tolong ajarkan. Itulah yang ada dalam company aku. Semangat bantu membantu.

Kemudian, Selepas setahun, aku dapat tawaran sebagai Training Coordinator dan Alhamdulillah smp sekarang aku masih memegang jawatan yang sama, walaupun sekarang ni aku sibuk menjadi Setiusaha Projek untuk projek di Skudai.

Sebagai salah seorang team unit training, kat unit nilah aku timba ilmu yang banyak. Bos aku memang suka bantu kami. Setiap kali meeting dia tak pernah tinggal soalan " Nak belajar tak?"... huhuhu dan dia akan jadi guru kami dihadapan menerangkan cara atau bagaimana nak jalankan sesuatu tugas tu.

Kat sini jugak aku belajar banyak perkara berkaitan IT. Sebelum ni aku tak tahu cari IP Adress, aku  tak tahu godek laptop sendiri. Tapi sekarang adalah kemajuan sikit. heheheh

Kalau sebelum ni aku tak tahu buat documentation, tapi sekarang dh boleh sikit-sikit. Kawan-kawan memang banyak membantu. Thanks to All Encoralian.

So, lepas ni kalau aku nak update resume aku, kira ruangan "Experiences" tu tak lah kosong dah. Alhamdulillah.

P/S: Setiap kali terpikir nak cari company lain, aku rasa syg dan selalu terbayang muka bos aku yang perempuan dan bos aku yang lelaki tu tu. Thanks Kak & Encik for the Oppurtunity. Ieka belajar banyak benda kat sini. Thanks to Kak Rose juga sebab tolong Ieka dengan banyak selama ni. Team Training & UTM jugak. Thanks All. *Hug & Kisses for all of u yang pernah bantu Ieka kat Opis*.