Pages

Followers

23.9.11

Maaf secara Terbuka.

Assalamualaikum.

Hari ni, aku nak share pasal hati berbisik. Bila hati korang berbisik pasal something memang akan jadi sesuatu kan? Yerp, itulah yang aku selalu rasa. Instinct orang putih panggil. Tapi, kebenarannya kita sebagai manusia kena kupas, satu demi satu. Lately ni, banyak betul dugaan dalam hidup aku. Dan aku sedang berusaha laluinya dengan bijak. Ye, aku percaya Allah turunkan segala ujian kepada hamba-Nya kerana Dia sayangkan hamba-Nya. Aku juga percaya, Allah takkan turunkan ujian ni, kalau hamba-Nya tu bukanlah orang kuat untuk terima ujian tu. Allah tu Maha Adil, dia lebih mengetahui apa yang dilaksanakan dan diberi kepada hamba-Nya.

Well, untuk ujian yang kali ni, aku tak menyalahkan sesiapa. Mungkin salah aku, sebab aku tak tahu dengan satu ayat boleh membuatkan orang marah sampai macam tu. Untuk kamu, aku mintak maaf banyak. As I've been explain to you, aku takde niat pun nak bandingkan ko dan aku atau dengan sesiapa. Aku sekadar share pengalaman yang aku lalui sebelum ni dan aku tak sangka pulak benda tu buat ko terasa. So, kat sini aku mohon maaf dan aku dan lakukannnya melalui text jugak. Aku harap ko terima kemaafan aku. Aku ikhlas mintak maaf. Well, aku manusia dan aku tak lari dari kesilapan dan lpas ni aku akan lebih berhati-hati dengan setiap yang aku ucapkan, lakukan atau luahkan. Setiap manusia hatinya tak samakan.

Dan untuk yang lain, aku jugak mintak maaf kalau selama ni aku ada menyakitkan hati korang secara sengaja atau tidak. Bukan raya je boleh mintak maaf. Tak raya pun boleh. Seriously, aku sangat terasa bila benda ni digembar gemburkan dan aku menjadi orang terakhir apa punca sebenarnya. Kalau ada yang tak puas hati, marah atau terasa hati dengan aku, aku lebih suka korang terus terang. Itu lebih aman dan lebih dewasa. Come on, kita dah berusia lebih dari 20 tahun, bukan budak-budak yang nak gaduh then bermasam muka. 

Dan aku harap, apa yang aku tulis dalam ni kau dapat terima. Aku mintak maaf untuk segala salah dan silap aku. Its depends on you nak kawan dengan aku lagi or tak. Aku tak mintak dan tak paksa ko. Itu pilihan ko. Cuma aku nak ko tahu, kalau aku nak kutuk ko, nak berkata yang buruk-buruk tentang ko, dah lama aku buat dan aku takkan bagi semangat kat ko setiap kali ko down. Itu jek. 

Sekian.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers