Pages

Followers

20.9.11

HIV Test

Assalamualaikum.

Arini banyak benda aku nak update. Tapi yang aku nak update dulu. HIV Test atau orang-orang kat pejabat agama panggil Ujian Saringan HIV untuk bakal-bakal pengantin. Ujian ni wajib diambil oleh semua bakal-bakal pengantin yang mahu berkahwin lagi 2 3 bulan. Dalam borang tu memang tulis "Tempoh Sah Laku Keputusan Saringan HIV Adalah Selama 6 Bulan dari Tarikh Ujian Saringan Dilakukan". Tapi, nasihat daripada Jabatan Agama, digalakkan bakal pengantin untuk mengambil ujian saringan ini 3 bulan sebelum tarikh bernikah. Anyway aku nak share post ini tu semua. Post ni aku dapat daripada blog ni http://hukum.mysifu.net/fatwa/wajib-ujian-saringan-hiv-kepada-bakal-pengantin/


Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin.

 Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Ujian saringan HIV kepada setiap pasangan yang hendak berkahwin wajib dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada pasangan dan keturunannya.

2. Usaha bersungguh-sungguh dilakukan ke arah mewujudkan undang-undang induk di semua negeri bagi memperkukuhkan pelaksanaan ujian saringan HIV ini pada masa-masa akan datang.

Keterangan/Hujah:

Walaupun perkahwinan adalah sunnah Rasulullah S.A.W dan amat digalakkan, namun ianya akan bertukar menjadi haram dan dilarang sekiranya kesan yang akan timbul daripada perkahwinan tersebut akan memberikan kemudharatan yang lebih besar. Apabila bertembung kebaikan dan kemudharatan maka menolak kemudharatan itu adalah lebih diutamakan bagi menjamin kelangsungan hidup masyarakat dalam sesebuah negara.

Antara Maqasid Syari’yyah yang lima ialah menjaga keturunan. Menutup sesuatu kemudaratan sebelum berlakunya mudarat tersebut adalah lebih baik daripada mengubatinya. Ia adalah penting bagi memelihara agama dan keturunan.

Muhammad az-Zuhayli mengatakan bahawa adalah harus bagi pemerintah mengeluarkan hukum mewajibkan sesiapa yang hendak berkahwin melakukan ujian HIV.
Ali as-Sabuni berpandangan bahawa pengesahan kesihatan daripada doktor tidak dikira melewatkan perkahwinan, akan tetapi ianya memberi gambaran yang jelas kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga mengenai perkongsian hidupnya pada masa akan datang. Syariat Islam membenarkan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat (ujian saringan kesihatan) kepada individu dan keluarga walaupun tidak dinaskan oleh fuqaha’ ke atasnya secara langsung.

So, kepada bakal-bakal pengantin, gud luck ya!



No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers