Pages

Followers

10.4.13

Janji Allah Itu Pasti... Alhamdulillah

Assalamualaikum dan hello kawan-kawan...

Syukur Alhamdulillah, masa Ieka sibuk taip post ni, Ieka dah pun berpantang selama 32 hari. Yahoo!! lagi 13 hari sahaja lagi nak abis pantang. Pewwit!! lepas ni kami (Ieka dan baby boo) boleh pergi shopping together-gether sebelum Ieka mula bekerja. Ieka sangat happy sebab berat baby boo pun dah naik lagi. Alhamdulillah. Kalau korang nak tahu masa baby boo lahir berat dia cuma 3.21 kilogram. Tapi selepas sebulan dilahirkan sekarang ni berat baby boo dah 4.40 kilogram. Naik 1.19 kilogram dalam masa sebulan. Rahsianya?? Keep breastfeed non-stop peeps! Mama baby boo pula dah turun 14 kilogram. Double yeah!! Sebelum bersalin dulu berat Ieka adalah 83 kilogram dan sekarang berat Ieka adalah 69 kilogram dan sedang berusaha untuk turunkan lagi 9 kilogram sebelum mula bekerja dan 8 kilogram lagi sebelum bermulanya bulan puasa. Korang doakan ya semoga Ieka dapat capai target yang diigini.

Anyway, sebenarnya Ieka ada lagi berita gembira yang ingin dikongsikan. Sejak bercuti pantang ni, Ieka selalu pikir untuk tingkatkan ekonomi family. Selain daripada nak bantu Hafiz ringankan beban keluarga, kalau ada duit lebih tu, boleh la dibuat simpanan dan kalau-kalau terdesak ada jugak duit tersimpan. Ye dak?? Sejak ada baby boo ni banyak betul rancangan masa depan yang Ieka plan. eheheh bercutilah, cari rumahlah, macam-macam lagi. Semoga niat Ieka ni diperkenankan olehNya. Ameen.

Okay back to berita gembira yang lagi satu yang Ieka nak share tu adalah Ieka telah dipanggil untuk menghadiri exam PTD M41. Dah dua tahun lebih Ieka tunggu tau. Akhirnya, dipanggil jugak. So, dengan peluang yang ada ni, Ieka akan study betul-betul. Nasiblah sekarang tengah cuti bersalin, jadi sementara baby boo tido, dapatlah Ieka belek-belek isu-isu semasa yang berlaku kat Malaysia ni. Hopefully, dapatlah Ieka jawab dengan baik. Semoga Allah permudahkan segalanya. Kalau ada rezeki dan diterima masuk ke sektor kerajaan, inilah anugerah Allah dan rezeki yang ditrunkan buat baby boo. Doakan untuk Ieka ya.





P/S: Dah lama tak stay up memalam dan study. Berusaha!!

9.4.13

New Header... Owh! Pelish!!

Assalamualaikum dan hai korang....

Rasa dh lama sangat Ieka tak update blog ni kan? Last Ieka update rasenya dua minggu lepas untuk memperkenalkan si cantik dan harta paling beharga untuk Ieka dan Hafiz iaitu kehadiran puteri sulung kami, Hani Zahirah Binti Muhammad Hafiz. Alhamdulillah, kehadiran si cantik dan berharga ini, betul-betul memberi cahaya ketenangan dan kebahagian kepada kami berdua. Dia pelengkap kasih sayang kami. Hari-hari Ieka rasa setiap saat sangat bermakna. Tak terucap dengan perkataan perasaan yang Ieka rasa. Tapi perasaan ini sangat istimewa. Syukur Ya Allah.

Anyway, sebenarnya, arini Ieka nak cerita pasal Header Blog ni. Since Im not Mommy to be lagi, sebab kenyataannya I am Mommy to my precious baby. Ieka rasa dah selayaknyalah Ieka membuat Header yang baru. So, Ieka pun memerlukan idea untuk buat header baru. Kalau sebelum ni, header blog ni Ieka dapat inspirasi daripada blog Kak Amy , kali ni Ieka nak cari idea yang lain sikit. Maknanya kena kerah sikit otak ni supaya dapat menjadi kreatif seperti zaman belajar dulu ya. Almaklumlah, sejak bekerja ni, tahap kreativitinya agak kurang dan kelaut.

Sejak jadi mommy ni, Ieka rasa happynya lain sangat. Seronok bukan main bile dah ade baby ni. Ehehehehe. Hari-hari boleh tgk dia membesar. Hari-hari nampak sesuatu yang baru baby buat. Too bad, papanya jarang ada dengan kami. Yelah, Ieka berpantang kat umah ibu dan ayah di Kepong. Hafiz pulak, kena kerja dan dia duduk Cheras sebab dekat sikit nak pergi kerja kat Sepang. Lagipun, jimat sikitkan. Bila hujung minggu je baru dia balik. Tiap kali Hafiz nak balik Cheras, babynya confirmlah tak boleh nak ekspres ape dirasakan. So, mama dia akan hujan tiap-tiap minggu. Tapi Alhamdulillah, dah hampir sebulan berpantang, makin kuat Ieka rasakan. Ieka nak cepat sihat, nak cepat abis pantang. Bukan sebab tak tahan, tapi Ieka tak sabar nak bawak Hani Zahirah jalan-jalan tengok kehidupan diluar. Ieka nak kami bertiga berjalan sebagai family.

Okaylah, sekarang nak pikir macamana nak buat header baru untuk blog ni. Nanti bila dah ada header baru tu, akan Ieka upload dengan segera.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers