Pages

Followers

12.5.12

Sabtu dan Simpton

Assalamualaikum....

Pepagi lagi aku dah bangun arini. Semangat ni nak balik umah ibu ngan ayah. Maklumlah hidup nomadkan, eheheheh haruslah excited bile dapat balik umah ibu ngan ayah. So, sementara tunggu en.Husband mandi, aku kemas bilik katil apa yang patut. Lepas tu, aku pulak gie mandi. Arini jugak aku ada appointment doctor. Bukan apa, aku asik rase something jek kat perut aku. Rase benda bergerak-gerak dan berdenyut-denyut kat bawah perut belah kiri (bahasa paling senang kat seblah kanan dibahagian ari-ari). Dan lately ni aku jadi sangat kuat makan. Lepas 2 jam makan, mesti aku jadi lapar lagi. Tak tahu lah kenapa. Pastu bangun tidur setiap hari mesti sakit pinggang dan perut aku lately ni buncit semcam. Aku ada jugak try guna pregnancy test kid, tapi jawapannya negatif. Kalau betul ada isi, aku lah orang paling happy sebab nak jadi mummy dan aku yakin, en.Husband lah orang paling bahagia nak jadi daddy. Tapi, is tak ade, aku takot benda lain jek. Ya Allah mintak jauhkan.

Aku sebenar tak tahu nak cerita apa. Cuma aku nak share simptom-simptom yang aku alami sejak 2 minggu ni.

1. Aku pening-pening mcm pusing-pusing sikit 2 minggu ni. Aku nak kata aku tak makan, aku makan jek. Nak kata tension kije tak jugak. Pelik ni.

2. Aku asik lapar jek. Lepas makan, makan lagi. Kalau makan yang sikit-sikit takpe. Ni lepas makan nasi lemas, makan bubur pulak pastu tengah ari makan lagi. Pelik sangat okeh.

3. Aku jadi cepat penat dan mengah. Aku asik ngantuk jek. Bawak kete pun ngantuk. Aku tak penah penat sangat sampai macam ni.

4. Aku kadang-kadang rasa mual. Tapi tak muntah. cuma rase nak muntah. Tapi tak kerap le. Kenkadang jek rase tu datang. Lagi pelik yang ni.

5. Aku sakit pinggang selalu bila bangun tidur. Macam badan tak larat jek. Ape kes ntah. Padahal aku sangat aktif okeh!

6. Aku punya perut besar!!! Ahahah seious, ramai tegur, macam perempuan mengandung. Jalan pun macam kedepan jugak perut tu. Kain dah tak muat!

7. Aku punya bahagian bawah perut sebelah kaan asik rase berdenyut-denyut jek. Bile tekan jadi sakit. Pastu, kadang-kadang rasa nyilu sangat kat bahagian ari-ari (rahim) ape kes ntah.

8. Aku selalu craving nak makan macam-macam. Tak tahu le nape. Bile check pakai pregnancy test kit, takde ape lak. Haishhhh pelik!

9. Aku period selalu on time, tapi kali ni lewat dua hari dan sekejap jek. Ape kes ntah. Takoooooot nih!

10. Aku selalu rase panas. On aircond suhu 16 c pun aku still panas. Kalau pakai kipas, tidur pun peluh-peluh. Nape ntah. Hormon tak stabil ke??

11. Aku sembelit. Aku tak pernah sembelit. Selalu buang air lancar jek. Dah 2 minggu ni aku sangat susah buang air (besar).

12. Dah 2 minggu aku asik dahaga dan minum air banyak tapi aku punya lidah still rase tajam macam dicucuk dan aku kerap kencing walaupun aku kurang minum air 3 hari kebelakangan ni. Ape kes??

Ha, tulah simptom-simptom yang aku alami. Sape boleh bagitahu aku, ape patut aku buat?? 

Okbai.

11.5.12

Doa Seorang Wanita

Ya Allah....
Aku bermohon kepada-Mu untuk diberikan aku kesihatan yang baik agar aku sentiasa dapat berbakti kepada suami dan juga keluargaku...

Ya Allah...
Aku bermohon kepada-Mu untuk dijauhkan aku daripada segala perbuatan keji agar aku dapat memelihara diriku daripada berdosa dengan suamiku...

Ya Allah,
Sekiranya aku bukanlah isteri yang baik untuknya, Kau tunjukkanlah aku jalan yang baik untuk aku sentiasa setia berada bersamanya ketika susah dan senang...

Ya Allah,
Hanya Kau tempatku mengadu dan aku yakin Kau tahu apa yang aku rasakan sekarang ini....
 Melihat suamiku, membuatkan aku sentiasa ingin jadi yang terbaik untuknya...

Ya Allah,
Jauhkanlah aku daripada segala kesedihan ini, agar aku sentiasa dapat melihat senyumannya... 
Agar aku sentiasa dapat bahagiakan dirinya.

Sesungguhnya Ya Allah, Mereka yang lain mungkin tidak tahu apa yang aku dan dia lalui...
Tetapi Ya Allah... Aku yakin... hanya Kau sahaja yang boleh bantu kami berdua.

Amin.