Pages

Followers

11.5.12

Doa Seorang Wanita

Ya Allah....
Aku bermohon kepada-Mu untuk diberikan aku kesihatan yang baik agar aku sentiasa dapat berbakti kepada suami dan juga keluargaku...

Ya Allah...
Aku bermohon kepada-Mu untuk dijauhkan aku daripada segala perbuatan keji agar aku dapat memelihara diriku daripada berdosa dengan suamiku...

Ya Allah,
Sekiranya aku bukanlah isteri yang baik untuknya, Kau tunjukkanlah aku jalan yang baik untuk aku sentiasa setia berada bersamanya ketika susah dan senang...

Ya Allah,
Hanya Kau tempatku mengadu dan aku yakin Kau tahu apa yang aku rasakan sekarang ini....
 Melihat suamiku, membuatkan aku sentiasa ingin jadi yang terbaik untuknya...

Ya Allah,
Jauhkanlah aku daripada segala kesedihan ini, agar aku sentiasa dapat melihat senyumannya... 
Agar aku sentiasa dapat bahagiakan dirinya.

Sesungguhnya Ya Allah, Mereka yang lain mungkin tidak tahu apa yang aku dan dia lalui...
Tetapi Ya Allah... Aku yakin... hanya Kau sahaja yang boleh bantu kami berdua.

Amin.

1 comment:

Nana Farhana said...

Hai..selamat berkenalan..nana folo awak =)