Pages

Followers

23.9.11

Maaf secara Terbuka.

Assalamualaikum.

Hari ni, aku nak share pasal hati berbisik. Bila hati korang berbisik pasal something memang akan jadi sesuatu kan? Yerp, itulah yang aku selalu rasa. Instinct orang putih panggil. Tapi, kebenarannya kita sebagai manusia kena kupas, satu demi satu. Lately ni, banyak betul dugaan dalam hidup aku. Dan aku sedang berusaha laluinya dengan bijak. Ye, aku percaya Allah turunkan segala ujian kepada hamba-Nya kerana Dia sayangkan hamba-Nya. Aku juga percaya, Allah takkan turunkan ujian ni, kalau hamba-Nya tu bukanlah orang kuat untuk terima ujian tu. Allah tu Maha Adil, dia lebih mengetahui apa yang dilaksanakan dan diberi kepada hamba-Nya.

Well, untuk ujian yang kali ni, aku tak menyalahkan sesiapa. Mungkin salah aku, sebab aku tak tahu dengan satu ayat boleh membuatkan orang marah sampai macam tu. Untuk kamu, aku mintak maaf banyak. As I've been explain to you, aku takde niat pun nak bandingkan ko dan aku atau dengan sesiapa. Aku sekadar share pengalaman yang aku lalui sebelum ni dan aku tak sangka pulak benda tu buat ko terasa. So, kat sini aku mohon maaf dan aku dan lakukannnya melalui text jugak. Aku harap ko terima kemaafan aku. Aku ikhlas mintak maaf. Well, aku manusia dan aku tak lari dari kesilapan dan lpas ni aku akan lebih berhati-hati dengan setiap yang aku ucapkan, lakukan atau luahkan. Setiap manusia hatinya tak samakan.

Dan untuk yang lain, aku jugak mintak maaf kalau selama ni aku ada menyakitkan hati korang secara sengaja atau tidak. Bukan raya je boleh mintak maaf. Tak raya pun boleh. Seriously, aku sangat terasa bila benda ni digembar gemburkan dan aku menjadi orang terakhir apa punca sebenarnya. Kalau ada yang tak puas hati, marah atau terasa hati dengan aku, aku lebih suka korang terus terang. Itu lebih aman dan lebih dewasa. Come on, kita dah berusia lebih dari 20 tahun, bukan budak-budak yang nak gaduh then bermasam muka. 

Dan aku harap, apa yang aku tulis dalam ni kau dapat terima. Aku mintak maaf untuk segala salah dan silap aku. Its depends on you nak kawan dengan aku lagi or tak. Aku tak mintak dan tak paksa ko. Itu pilihan ko. Cuma aku nak ko tahu, kalau aku nak kutuk ko, nak berkata yang buruk-buruk tentang ko, dah lama aku buat dan aku takkan bagi semangat kat ko setiap kali ko down. Itu jek. 

Sekian.

20.9.11

HIV Test

Assalamualaikum.

Arini banyak benda aku nak update. Tapi yang aku nak update dulu. HIV Test atau orang-orang kat pejabat agama panggil Ujian Saringan HIV untuk bakal-bakal pengantin. Ujian ni wajib diambil oleh semua bakal-bakal pengantin yang mahu berkahwin lagi 2 3 bulan. Dalam borang tu memang tulis "Tempoh Sah Laku Keputusan Saringan HIV Adalah Selama 6 Bulan dari Tarikh Ujian Saringan Dilakukan". Tapi, nasihat daripada Jabatan Agama, digalakkan bakal pengantin untuk mengambil ujian saringan ini 3 bulan sebelum tarikh bernikah. Anyway aku nak share post ini tu semua. Post ni aku dapat daripada blog ni http://hukum.mysifu.net/fatwa/wajib-ujian-saringan-hiv-kepada-bakal-pengantin/


Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin.

 Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Ujian saringan HIV kepada setiap pasangan yang hendak berkahwin wajib dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada pasangan dan keturunannya.

2. Usaha bersungguh-sungguh dilakukan ke arah mewujudkan undang-undang induk di semua negeri bagi memperkukuhkan pelaksanaan ujian saringan HIV ini pada masa-masa akan datang.

Keterangan/Hujah:

Walaupun perkahwinan adalah sunnah Rasulullah S.A.W dan amat digalakkan, namun ianya akan bertukar menjadi haram dan dilarang sekiranya kesan yang akan timbul daripada perkahwinan tersebut akan memberikan kemudharatan yang lebih besar. Apabila bertembung kebaikan dan kemudharatan maka menolak kemudharatan itu adalah lebih diutamakan bagi menjamin kelangsungan hidup masyarakat dalam sesebuah negara.

Antara Maqasid Syari’yyah yang lima ialah menjaga keturunan. Menutup sesuatu kemudaratan sebelum berlakunya mudarat tersebut adalah lebih baik daripada mengubatinya. Ia adalah penting bagi memelihara agama dan keturunan.

Muhammad az-Zuhayli mengatakan bahawa adalah harus bagi pemerintah mengeluarkan hukum mewajibkan sesiapa yang hendak berkahwin melakukan ujian HIV.
Ali as-Sabuni berpandangan bahawa pengesahan kesihatan daripada doktor tidak dikira melewatkan perkahwinan, akan tetapi ianya memberi gambaran yang jelas kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga mengenai perkongsian hidupnya pada masa akan datang. Syariat Islam membenarkan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat (ujian saringan kesihatan) kepada individu dan keluarga walaupun tidak dinaskan oleh fuqaha’ ke atasnya secara langsung.

So, kepada bakal-bakal pengantin, gud luck ya!



KTM owh! KTM

Assalamualaikum.

Pepagi ni aku semangat bangun sebab nak update pasal KTM ni. Sepanjang 2 tahun aku menggunakan KTM ni, pada aku takde sedikit pun perubahan pada service KTM ni. Makin teruk adalah. Orang kat kaunter toksah ceritalah, memang muka masing-masing semua mintak penampar. Dah pulak datang lambat. Orang dah berderet panajng, baru terkedek-kedek nak bukak pintu, belum kaunter okay!

Ceritanya, semalam memang aku marah gila kot. Mana taknya, dah la pepagi aku bangun awal (pukul 5 pagi okay!) dengan mood yang boleh tahan okaylah (Isnin kan.. so cm take time la nak okay). Sekali, dekat sejam lebih tercangak tunggu tren. Weh, agak-agaklah ko ingat ape? nak g jalan-jalan makan angin ke hape??? Time-time peak hour la ko nak bantai batalkan tren dan yang tren satu lagi ko kasi delay. Tengkorak ayam tul. So, after tren dah sampai, macam biasalah kan? orang duk bergaduh, berebut sebab masing-masing dah lambat. Yang aku hangin satu lagi dengan yang bukan warganegara tu yang datang cara haram tu, bukan main bising mulutnya bila tak dapat naik.

Derr...... lu jerit-jerit pun, kalau tren dah penuh, penuh gak derr.. Dari lu duk gado memekak depan pintu tren smp tak leh tutup.. apa kata lu kasi sabar sikit untuk next tren.. tak de beza pun derr.. tren yang awal ngan yang akan dtg... kalo lu punch card, tetap merah derr.... paham??

So, aku sampai opis agak lambat semalam. Biasa kul 7.30 pagi aku dah ada kat opis, tapi pagi semalam dekat kul 8 lebih baru sampai opis. Nasib opis aku ni fleksibel. Takde punch card kan.So, aku lalui semalam dengan best kat opis. Nak tahu asal?? sebab TEKUN NASIONAL belakang opis aku wat open house besar punya. Diorang jamu orang ramai dengan makanan yang sedap-sedap. Ade ayam grilled, ade satay (satay memanglah sedap), ada kambing pusing, ada cendol, ada bihun sup, ade nasi tomato tak silap aku. Ada macam-macamlah. Memang kenyang. Thanks TEKUN, tahun depan kalo wat, jemputlah kami lagi. heheh.

So, sebelah petang masa aku nak balik, aku kuar opis pukul 5.30 petang sebab aku plan nk sampai umah awal. Sekali tup..tup... tren dibatalkan. Tren seterusnya masih di Batang Benar (WTF la!!). Korang tahu Batang Benar kat mana?? Tu dekat ngan Nilai tu ha!!!.... Giler betul KTM ni. dekat sejam lebih tunggu. Pastu  bila dapat naik aku ingat satu kenikmatan la kan, rupa-rupanya tak!!!..... takde air-cond bhai... macam nak mati aku dalam tu. Bau orang kiri kanan toksah cterlah.. including me.. dah peluh mcm mandi, kalo ko tak berbau.. penipu besarlah tu kan. Hai la KTM, korang memang nak bunuh orang secara beramai-ramai dalam tren ke. Gila betul.

So aku harap kalo sesape saja wakil dari KTM ni baca post aku kali ni, aku harap sangatlah, korang tolong kasi improved korang punya service. Aku nasihatkan, time-time peak hour, korang tak yah le benarkan tren hangkot barang ke, simen ke, tren nak balik kampung ke lalu ya. Bagi lalu dulu orang yang nak balik kije ni. Kesiankanlah ibu-ibu yang nak balik awal yang duk jauh-jauh tu. Balik kang nak kena setelkan umah tangga pulak. Bhai, penat bhai duk dlm tren takde air-cond.. Macam sauna. Gua bagi lu cuba tengok, lu rasa macamana.

Korang tak kesian ke tengok orang-orang tua yang kena berdiri, ibu mengandung duk kena himpit akibat kelewatan korang. Pikirlah bhai. Bukan orang naik free. Bebayar. Hari-hari dapat duit ratus-ratus ribu, takkan air-cond pun tak leh kasi repair. Takkan masa pun korang tak boleh nak kasi on time. Kasi kesianlah kat penumpang.

So, aku harap sangat KTM ni ada improvement. Jangan pandai cakap kosong jek. So, LU PIKIRLAH SENDIRI.

Sekian.

16.9.11

Doa Ketenangan

Ya Allah Ya Tuhan ku,
Hanya padaMu berserah dan hanya padaMu aku meminta
Hanya Kau tempatku mengadu..
Kau kuatkan hatiku untuk menempuh segala ujian yang kau turunkan kepadaku

Ya Allah Ya Rahim
Sekiranya ini yang telah Kau tetapkan untukku
Kau permudahkanlah caranya
Kau dekatkanlah dia dengan ku
Ya Allah Ya Rahman
Bukan aku mengikut perasaan
Tetapi aku hanya hambaMu yang lemah lagi kerdil

Ya Allah Ya Rahim
Sekiranya dengan menangis ini dapat aku luahkan segalanya
Kau biarkanlah aku menangis namun janganlah Kau tinggalkan aku bersendirian.

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau berikan aku kekuatan, ketabahan dan keupayaan
Untuk aku lalui ujian yang kau turunkan ini Ya Allah
Kau kembalikan kebahagian dalam hubungan ini
Kerana aku tahu jauh disudut hatinya
Dia tak berniat untuk lukakan hati aku sejauh ini.

Amin.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers