Assalamualaikum...
Orang kata jangan stress kalau kita mahu dapatkan zuriat. Tapi macamana tak stress kalau every people yang kau jumpa tanyakan soklan... "Eh, dah nak masuk tujuh bulankan korang kawen.. bila lagi nak bertiga?". Aku sangat benci soklan tu. Hello encik/cik/puan/tuan/datuk/mak nenek, meh saya nak explain satu demi satu. Nak terang elok-elok supaya korang semua boleh masuk dalam kasut aku. Meh rapat-rapat meh. First of all, terima kasihlah ye sebab tanya soklan macam tu kat aku dan encik suami. Cuma aku nak le terang sikit kat korang. Kalau aku cuba dan berusaha hari-hari untuk dapatkan zuriat, tapi Allah kat belum masanya, so, belum masanyalah kan? boleh tolong stop tanya soklan yang OBVIOUSLY korang tahu itu kerja Allah. Boleh? Aku daripada sihat jadi sakit tahu dengan soklan korang. Sakit hati!
Okay itu je aku nak sampaikan. Sebenarnya aku nak cerita benda lain, cuma nak sampaikan apa terbuku dihati. Okay, berbalik kat cerita aku. Lately ni, dekat seminggu gak lak aku mengalami symptom-symptom yang hampir macam nak datang bulan tapi, masalahnya, aku baru je habis period dua minggu. Antara symptom-symptom aku alami ialah:-
1. badan aku selalu benor rasa panas. peluh-peluh je bila tido, padahal kipas ngadap kat aku.
2. Breast aku denyut-denyut. jarang aku rasa walaupun dah nak sampai waktu period. sangat pelik!
3. Perut aku sebelah bawah pulak toksah cerita. Sakit mcm nak cramp dan mencucuk-cucuk. kadang belah kanan, kadang belah kiri kadang kat bawah pusat. Ape kes ntah.
4. Aku susah benor nak membuang air besar. Padahal minum bukan banyak.
5. Aku susah tidur. Tengah malam mesti terjaga dan aku susah betul nak tidur balik.
6. Aku bangun pagi, dan 3 hari ni muntah. Tapi peagi jelah lepas siap pakai baju nak gie kije.
7. Aku tak leh makan coklat. Bila makan je, mesti aku muntah dan rasa loya. Haishhh!
8. Aku sakit pinggang dengan punggung kalo duk lama-lama.
9. Aku cepat penat. Lepas solat magrib mesti aku dah terlentuk tido. Kalau encik husband tak kejut confirm aku tak bangun. Tapi bila dah bangun aku tak mampu tido balik.
10. Aku sangat sensitip. Kalau encik husband wat ape-ape jek mesti aku sentap. Alahai.
So, korang tau ke ape penyakit aku ni? Aku sangat takot sebab banyak sangat info kat google ni Dan semuanya menakutkan. Aku nak gie jumpa doktor pun aku takot... huwah tolong!