Pages

Followers

27.10.11

Mrs. Sepet To Be...

Assalamualaikum.

First of all, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat kawan aku yang bagi aku title ni.. ahahaha. Cool okay panggilan tu. Aku suka. Thanks dude!.

Well, selepas lapan tahun lebih aku kawan dengan Sepet aku tak pernah sangka doa aku selama ni dimakbulkan DIA yang satu. Alhamdulillah. Apa istimewaannya Sepet ni? Banyak. Cukuplah aku katakan dia terlalu istimewa. Macam yang Best Friend dia katakan pada aku setiap kali aku risau akan ada perempuan lain yang mahu dekati Sepet.. "Babe.. Kaduk (Panggilan kawan-kawan Sepet kepada Sepet) yang aku kenal baik bab-bab ni.. jangan risau... Perempuan pun takot tegor Kaduk.. Dia sangat heartless okeh!" dan setiap kali dia kata macam tu aku akan senyum dan cakap... Indeed..& Insya Allah.

Apa persiapan aku untuk menjadi Mrs.Sepet..? Seriously, takde apa yang aku persiapkan.. ahahha.. Aku cuma menjadi diri aku. Menjadi Siti Zulaikha Zakaria yang pernah Sepet kenal masa aku berumur 18 tahun dan menjadi aku yang selama ini dia kenal. Tak pulak aku tiba-tiba berubah menjadi sangat sopan atau terlebih lembut. Tak aku just jadi dir aku. Aku memang begini. Dan setahu aku, dia terima aku pun sebab aku begini. Aku memang degil!.

Cuma, Sepet mintak aku jaga diri, jaga aurat, belajar masak dan belajar untuk mendengar kata dia yang tak melampaui syarak Islam bila dah jadi isteri nanti. Insya Allah akan aku perlahan-lahan belajar.

Mungkin aku perlu persiapkan diri.. Hingga hari yang bakal tiba. Doakan ya.

Sekian.

2 comments:

Aisyalicious said...

kaksya macam takde ape nak kene buat aje.

~IekaZakaria~ said...

Kak sya.. ade2.. ahahahha.... nk tempah kek... boleh ke??? nk red velvet boleh???

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Maternity tickers